"GAB tak nak tinggal dekat sini terus ke? Rumah ni terlebih besar untuk kita berempat Gab. Tinggallah dekat sini. Tak adalah mummy risau makan pakai Gab dekat Bangi sana tu." Mummy memujuk lagi Fathi untuk kesekian kalinya.
Minggu lepas, dia sudah pun mengadakan sesi memujuk Fathi untuk tinggal di sini. Namun hampa apabila anaknya itu menolak dengan kencang. Minggu ini, dia pujuk pula. Harap-haraplah menjadi ya.
"Taknak lah my. Gab dah biasa dekat rumah sana. Lagipun dekat kalau nak ke sekolah Fathi."
"Menipu! Tak adanya dekat. Damansara dengan Petaling Jaya tu lagi dekat. 10 minit dah sampai. Jangan nak auta mummy eh." Mummy memicingkan matanya ke arah Fathi. Kerja anaknya ini ingin mengauta saja. Mentang-mentanglah dia ini tidak selalu keluar berjalan. Apa anak dia ini ingat dia tidak tahu ke jalan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur?
Fathi ketawa kecil melihat reaksi mummy. Dia memang tak nak pindah ke sini. Hati dia sudah ada di rumahnya di Bangi. Dia suka akan kesunyian kerana dari dulu lagi hidupnya sunyi. Hanya Aisya sahaja melodi dan nada dering dalam hidupnya.
"Tak apalah my. Lagipun Gab pun balik setiap minggu kan? Minggu lepas balik. Minggu ni balik. Malam ini pula, Gab tidur sini kan? See. Mummy tak hilang pun Gab. Gab tetap anak mummy." Fathi memeluk bahu mummynya.
Terbersit halus hati mummy tatkala mendengar ungkapan ayat sebegitu yang keluar dari bibir Fathi.
"Yelah. Tapi pastikan eh yang lepasni kerap-kerap balik ke sini."
"Ya, mummy. Kalau sempat, setiap hari Gab balik okey intan payungku sayang."
Mummy menepuk bahu Fathi. Ada-ada saja anak sulungnya ini ingin menyakatnya. Mujurlah. Setelah kes dia bergaduh dengan anaknya mengenai syarikat itu, dia sudah tidak lagi mengutarakan niat bekas suaminya kepada anaknya. Suaminya pun ada menasihati bahawa tidak usahlah dia memaksa-maksa Fathi. Bimbang jika Fathi makin menjauh lagi.
"Adik dekat mana my? Hilang je dia lepas makan malam tadi." Fathi mencari-cari kelibat adiknya. Baru perasan yang ruang tamu itu sunyi tanpa celoteh sang bongsu.
"Macam biasalah. Fathima tengah study."
"Oh yelah. Budak seorang tu terlebih rajin."
"Nak jadi macam abang dialah. Pandai," balas mummy. Fathi senyum seketika. Dia ini tak adalah rajin. Kerana tahu diri itu tak sepandai orang lain, terpaksalah dia berusaha keras sikit.
"Goodnight adik." Fathi mencium dahi adiknya sebelum dia berjalan ke arah biliknya. Setelah menonton televisyen dengan mummy tadi, dia sempat melawat adiknya buat seketika. Memang benarlah. Fathima dan buku berpisah tiada.
Fathi merapatkan daun pintu biliknya. Setelah itu, dia terus sahaja bergerak ke arah meja kerjanya. Komputer riba dihidupkan dan terus saja jarinya bergerak menekan fail yang terkandung bahan-bahan artikel. Baru saja dia ingin mengetik sesuatu pada keyboard, kedengaran deringan kuat daripada telefon pintarnya. Fathi menggerakkan kepalanya memandang ke arah telefonnya yang tersadai di atas katil. Terpaksalah dia bangun dan berjalan dengan malas ke arah itu.
'Sayang❤️🩹'
Fathi memandang lama ke arah telefonnya. Setelah tiada tanda-tanda untuk berhenti, barulah dia mencapai telefonnya. Baru saja dia ingin menekan ikon hijau. Panggilan itu telah terputus. Fathi membuang keluhan buat sesaat.
"Kenapa susah sangat nak jawab call Isya? Busy sangat ke?"
Terus saja Fathi ditembak oleh Aisya dengan pertanyaan bagaikan peluru berpandu setelah panggilan diangkat.
"Busy sikit je. Kenapa call?" soal Fathi malas-malas. Dia masih lagi terasa dengan kes yang berlaku hampir dua minggu lepas. Jadi, jangan salahkan dia sekiranya dia bereaksi begini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Fathi Gabrielle: A Broken Soul
RomanceA spin-off: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband Fathi Gabrielle | Clarissa Arabella Start: 27/12/2023 End: - All right reserved @nssignature ©NSSIGNATURE, 2023