Fathi Gabrielle: 10

2K 235 15
                                    

TUAN Diego menyambut huluran dokumen oleh Tuah. Sempat dia memandang lama ke arah Tuah dan Arjuna sehingga membuatkan anak buahnya meneguk liur sendiri.

"Aku harap maklumat yang korang dapat ni lengkap seperti mana yang aku nak," ungkap Tuan Diego dengan perlahan.

"Lengkap, tuan," balas Arjuna.

Tuan Diego mengoyakkan sedikit bahagian atas dokumen sebelum dia menarik keluar semua helaian kertas yang terkandung dalam dokumen tersebut.

Gambar-gambar Fathi yang diambil dari jarak dekat dan jauh diperhati betul-betul. Memang benar. Lelaki inilah yang menjadi igauan anak perempuannya.

"Nama penuh lelaki tersebut ialah Fathi Gabriel bin Fattah. Seorang guru sekolah rendah berdekatan dengan Petaling Jaya. Umur 24 tahun. Ibu dan bapa kandungnya pula bercerai dari kecil lagi. Hak penjagaan dapat kepada ayahnya. Ayahnya ialah Dato' Fattah bin Syauqi. Mempunyai beberapa buah syarikat di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Penang. Bapa kandungnya menjalankan bisnes hartanah. Ibunya pula bernama Amaya binti Zamirul dan merupakan seorang suri rumah. Masing-masing dah berkeluarga," terang Tuah terlebih dahulu. Setelah itu, Tuah menepuk perlahan tangan Arjuna. Menyuruh Arjuna menyambung penerangan kepada Tuan Diego.

Tuan Diego mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia agak terkejut dengan maklumat yang diterima. Rupa-rupanya, keluarga lelaki itu pun bukan calang-calang. Kalau dah berpangkat Dato', sudah tentu kaya-raya.

"Dato' Fattah mengahwini seorang pengusaha butik manakala Amaya mengahwini seorang businessman. Fathi mempunyai beberapa orang adik-beradik tiri."

"Tuan nak dengar semua atau nak kami highlight kan pada bahagian penting sahaja?" Sempat Arjuna bertanya. Sekiranya ingin bercerita tentang salasilah keluarga Fathi, tak tahulah bila akan selesai.

Tuan Diego memandang ke arah Arjuna. Pandangan matanya tajam. Seperti memberikan isyarat kepada Arjuna.

"Erk kalau macam tu kami cakap semualah." Laju sahaja Tuah menjawab. Kang nanti ada yang tembus kepala juga nampaknya.

"Bahagian yang agak menarik tentang hidup Fathi ialah mengenai bapa tirinya. Bapa tiri Fathi merupakan seorang mualaf setelah berkahwin dengan ibu Fathi. Bapa tiri Fathi bernama Lodovico atau nama Islamnya ialah Muhammad."

Kepala Tuan Diego terus tertancap ke arah Tuah. Lodovico? Dia bagaikan mengenali akan sebaris nama itu?

"Bapa tiri Fathi ada menjalankan bisnes kelab malam dan juga kasino di Kuala Lumpur. Ada juga beberapa buah di Itali."

Dan kini, mata Tuan Diego tidak lari dari terus berada pada wajah Tuah. Kenapa dia bagaikan mengenali dengan rapat Lodovico itu?

"Ini gambar bapa tiri Fathi." Tuah menghulurkan iPad miliknya kepada Tuan Diego. Terus saja Tuan Diego menyambar iPad tersebut. Matanya sedikit membulat tetapi sempat dikawal. Tatkala itu, bibirnya

"Lodovico Ilario." Perlahan Tuan Diego mengungkapkan sebaris nama itu. Memang tepat seperti yang dia jangka. Individu yang berada dalam gambar tersebut merupakan seseorang yang dia kenal. Atau boleh dikatakan, kumpulan mafia kecil di Itali. Tidak pula dia tahu bahawa Lodovico memilih untuk berkahwin dengan orang Malaysia. Lodovico terlalu menutup rapat soal keluarga lelaki itu.

"Ya, tuan. Lodovico." Arjuna mengiyakan. Mereka turut mengenali Lodovico. Setakat yang mereka tahu, Lodovico tidak pernah melakukan apa-apa ke atas Tuan Diego. Begitu pun dengan sebaliknya. Cuma, mereka mengenali Lodovico kerana acara-acara yang diadakan. Kebiasaannya, orang terkenal Itali akan mengikuti.

"Interesting. Jadi, Fathi ini anak tiri Lodovico kan?" soal Tuan Diego meminta kepastian. Dia tidak mahu tersilap nanti.

"Ya, tuan. Anak tiri Lodovico. Hasil perkahwinan Lodovico dan Amaya, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Fathima Gabriella yang berumur 17 tahun," terang Arjuna.

Fathi Gabrielle: A Broken SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang