(raw, non edited)
word count : 1356MATA helangnya disebalik helmet hitam itu mencerlung tajam memandang Awfiah. Zip jaket kulit hitam dibuka semula. Tangan disilangkan ke dada. Kepala turun naik satu kali. Bertanya.
Liur ditelan. "A-Awfiah tak jadi ikut Akalil ke KL. Awfiah kena jaga ayah—"
"Siapa tanggungjawab utama kau? Aku atau ayah kau?"
Terdiam Awfiah apabila soalan itu menjerat lidahnya. Semestinya seorang isteri wajib dahulukan suaminya. Tapi...
Akalil yang bersandar di badan motosikal berkuasa tinggi miliknya itu perlahan-lahan melangkah ke arah Awfiah. Berdiri betul-betul di hadapan isterinya itu. "Kenapa kau masih nak tinggal dengan seseorang yang dah siksa mental fizikal kau?" Lembut, Akalil bertanya. Awfiah yang menunduk bermain dengan jari-jemari sendiri didongakkan biarpun Awfiah tidak dapat melihat matanya.
Dia...yang mahu menatap mata jernih itu.
"Ayah satu-satunya keluarga yang tinggal untuk Awfiah..." Bibir Awfiah terketap-ketap menahan sebak. Walaupun ayah seringkali mengasarinya, dia masih tetap sayangkan sosok seorang ayah itu.
Dia tak boleh benci. Dan tak akan membenci sampai bila-bila.
"Aku?" Suara Akalil menekan. Bagaikan tidak berpuas hati mendengar statement Awfiah itu.
Satu-satunya?
Habis dia nak campak mana?
Awfiah terdiam. Sudikah Akalil nak menjadi sebahagian dari hidupnya? Semestinya tidak...Akalil tidak akan hidup dengan perempuan kampung seperti dia. Perkahwinan antara mereka pun atas dasar terpaksa.
Bukan...kerelaan lelaki itu sendiri.
"Letak aku dalam hidup kau. Nak tak nak, aku dah jadi suami kau. Jadi, mulai sekarang, kau tanggungjawab aku." Akalil menbongkok sedikit. Didekatkan muka dengan Awfiah sembari dibisikkan sesuatu kepada gadis itu.
"Sekarang, hanya ada aku dan kau. Hanya kita berdua. Aku jaga kau, dan kau jaga aku. Faham?" Kedua belah pipi gebu itu ditekup.
Awfiah tidak menjawab. Dia buntu dan keliru dengan layanan Akalil. Adakah Akalil sekadar melayannya baik tidak ubah seperti layanan seorang abang kepada adiknya? Atau lebih dari itu?
Mustahil lebih...
Akalil cuma nak keluarkan dia dari kesakitan yang ayah berikan. Ya, itu sebetulnya.
"Dzikra Awfiah..."
Awfiah cepat-cepat mengangguk kepala tatkala namanya diseru Akalil. "Fa-faham, Akalil."
Akalil tersenyum miring. Pundak kepala Awfiah diusap-usap. "Good girl." Dia kembali semula ke arah motosikalnya. "Cepat. Kita dah nak kena gerak. Aku ada urusan nak kena settle petang ni." Helmet hitam untuk Awfiah dipegang, menunggu gadis itu untuk datang sendiri ke arahnya.
"Sekejap, Awfiah naik ambil beg baju dekat atas."
"Kau nak bawa baju buat apa? Kita bukannya naik kereta. Kau nak campak mana beg kau tu nanti?" Helmet ditepuk-tepuk. "Cepat Dzikra Awfiah. Baju kau nanti kita pergi beli aje."
"Tapi—"
"Satu..."
Cepat-cepat Awfiah berlari anak. Berdiri di sebelah Akalil sambil menadah kepala. Terus helmet hitam itu disarungkan ke kepala kecil Awfiah. Tali diketatkan. "Ketat sangat ke?"
Awfiah menggeleng. "Tak. Dah okay." Penuh cermat, Awfiah naik duduk di tempat duduk belakang yang jauh lebih tinggi itu.
Agak menggerunkan buat dia yang pertama kali naik motor begini.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Love We Never Said [TERBIT]
RomanceLoyal Husband Series - 2 Muhammad Akalil Dzulfaqor x Dzikra Awfiah Police x kampung girl start : 3 october 2024 end : -