Fathi Gabrielle: 9

1.8K 228 8
                                    

FATHI berdiri di hadapan sambil memandang ke arah anak-anak muridnya yang sedang berlatih choral speaking. Disebabkan sekolah ini kekurangan guru bahasa Inggeris, maka terpaksalah Fathi menggalas semua program yang dianjurkan di bawah panitia bahasa Inggeris. Minggu depan pula ada pertandingan choral speaking yang dianjurkan di bawah PPD Petaling Jaya. Jadi, Fathi lah yang perlu menjadi guru bertugas.

"Louder Mira. You're the chief speaker of choral speaking. You must use a higher tone," tegur Fathi. Tidaklah begitu tegas. Cukup saja untuk menegur anak muridnya.

"Okey sir."

Setelah itu, latihan choral speaking itu dijalankan dengan lancar sehingga ke hujung. Tidak banyak yang Fathi perlu tegur murid-muridnya kerana memang murid-murid yang terpilih untuk mewakili sekolah bagi choral speaking ini adalah mereka yang telah handal.

"Okay, training dismissed. Thank you everyone."

Tepat jam 4.00 petang, latihan selesai. Setelah murid bersalaman dengannya, Fathi turut keluar dari bilik muzik. Pintu bilik muzik dikunci sebelum Fathi mulai bergerak ke bilik guru. Ingin mengemas-ngemas dan pulang. Sewaktu melalui perpustakaan, Fathi terdengar suara seorang wanita ketawa diselangi dengan ketawa orang lelaki.

Dahi Fathi berkerut. Siapa yang masih belum pulang pada jam begini? Fathi sempat memandang ke arah tingkap neko yang terbuka sedikit. Tergamam Fathi buat seketika apabila melihat cikgu Marsha dan cikgu Fikri berdua-duaan di dalam perpustakaan.

Mungkin perasan kelibat seseorang di tingkap neko, terus saja tawa cikgu Marsha dan cikgu Fikri terhenti. Pandangan mereka dialihkan ke arah tingkap neko. Wajah kedua-dua orang guru itu tampak jelas terkejut dengan kehadiran Fathi di situ.

Fathi tersenyum sedikit sebelum dia kembali membuka langkah. Dia cuba berfikiran positif. Mungkin saja cikgu Marsha dan cikgu Fikri berbincang mengenai sukan kerana cikgu Marsha merupakan setiausaha sukan manakala cikgu Fikri pula bendahari.

Ah, bukan urusannya pun. Tak ada kena mengena dengannya sedikit pun.



Fathi mengambil kad namanya lalu diletakkan ke dalam mesin punchcard. Setelah itu, dia kembali meletakkan kad namanya pada bahagian miliknya.

"Cikgu Fathi."

Baru saja Fathi ingin mengalihkan langkahnya ke arah bilik guru, tiba-tiba dirinya diseru. Kepala dialihkan menghadap suara itu. Cikgu Marsha. Tiba-tiba, dia teringat akan situasi semalam.

"Selamat pagi, cikgu." Fathi menyapa hormat. Dah orang siap panggil nama dia. Takkanlah dia ingin membuat bodoh sahaja.

"Tentang apa yang cikgu nampak semalam-..."

"Jangan risau, cikgu. Saya tak cakap dekat sesiapa. Saya berhusnuzon yang cikgu dengan cikgu Fikri sedang berbincang atas hal kerja." Fathi memotong laju kata-kata cikgu Marsha. Sudah dia telah bahawa cikgu Marsha ingin berbicara tentang hal ini. Namun jujur, dia tidak ingin berbicara akan hal ini.

Cikgu Marsha bagaikan tergigit lidah sendiri. Darah panas bagaikan menyerbu ke wajahnya. Malunya apabila ditegur sebegitu.

"Cuma cikgu saya nak pesan. Dekat sekolah ni dinding pun boleh dengar kita bercakap. Jadi cikgu, elakkan berdua-duaan dengan cikgu lelaki. Tambahan lagi dekat tempat sunyi begitu. Kita masih berada dalam kawasan sekolah. Kita hormat tempat kita cari rezeki dan tempat pelajar tuntut ilmu. InsyaAllah, rezeki kita pun berkat," tegur Fathi lembut. Dia nasihat kerana dia cakna atas tugas seorang mukmin. Tambahan lagi, sekiranya murid yang tangkap cikgu Marsha dan cikgu Fikri berdua-duaan. Lagilah malu cikgu dibuatnya.

"Saya pergi dulu ya, cikgu." Fathi senyum segaris sebelum dia membuka langkah. Jujur, dia tidak ingin bermusuh dengan sesiapa di sini. Harapnya, cikgu Marsha tidaklah mengambil hati dengan tegurannya sebentar tadi.



Hidup Fathi terasa lebih nyaman setelah cikgu Marsha bagaikan menjauhkan diri daripadanya. Berborak apabila perlu sahaja. Alhamdulillah, itulah yang dia inginkan. Dia tidak berminat dengan mana-mana wanita selain daripada Aisya. Jadi, tolonglah faham.

Ting.

Satu mesej dari messenger naik pada skrin telefonnya. Dahi berkerut apabila melihat nama 'Daisy Bloom'. Bukan ke Daisy Bloom ini merupakan individu yang menghantar permintaan rakan kepadanya beberapa hari lalu? Siapa ya Daisy Bloom ini?

Kerana disapa perasaan ingin tahu, laju sahaja tangan Fathi bergerak kepada mesej tersebut.

"Hi. Ini Fathi ke?"

Laju tangan Fathi menaip balasan ayat kepada individu tersebut. Setelah itu, dia menekan butang hantar.

"I, Clarissa. We're bumped into each other in front of the bake shop last week. Remember?"

Depan kedai kek ke? Minggu lepas? Siapa eh?

"Sorry saya tak ingat. Tapi kenapa ya?"

"Oh tak adalah. Waktu kita terlanggar tu, nametag you jatuh. I tolong ambilkan. Kalau boleh, I nak hantar balik lah nametag ni sebab milik you kan."

Setelah membaca balasan ayat tersebut, barulah Fathi ingat. Haa yelah. Dia ada terlanggar seorang perempuan minggu lepas. Nametag dia hilang hari itu. Tercari-cari dia keberadaan nametagnya sampai dia lewat ke sekolah keesokkan harinya.

"Oh now I remember you. Tapi tak apa, buang je nametag tu. Saya ada duplicate nametag. No worries."

Dan butang hantar ditekan. Fathi lihat orang sebelah sana terus saja read. Memang betul-betul on the phone ni.

"Fath, kau busy tak? Aku nak bincang tentang aktiviti Pengakap minggu depan. Puan Gayah nak tengok kertas kerja."

Kepala Fathi terangkat ke hadapan. Umar menyapanya. Terus saja Fathi menutup telefonnya lalu diletakkan ke tepi. Balasan daripada pemilik akaun 'Daisy Bloom' tidak dibalas lagi. Tak ada apa-apa lagi yang perlu diborakkan.

"Tak busy pun. Ambillah kerusi. Kita bincang sekarang pun okey. Nanti tak adalah kalut." Fathi memberikan lampu hijau. Umar menganggukkan kepalanya sebelum dia menarik kerusi yang berhampiran lalu diletakkan di hadapan meja guru Fathi.



Clarissa menjerit kegembiraan apabila mesej dia dibalas. Tak sia-sia dia mencuba nasib menghantar messenger kepada Fathi.

'Oh now I remember you. Tapi tak apa, buang je nametag tu. Saya ada duplicate nametag. No worries.'

Kecewa pula dia rasa apabila Fathi membalas sebegini. Ingatkan lelaki itu bersetuju untuk berjumpa dengannya bagi mengambil kembali nametag yang berada dalam tangannya. Rupa-rupanya, Fathi tidak kisah akan kehilangan nametag tersebut.

Nametag Fathi yang berada dalam genggaman dipandang.

-Fathi-

Nama yang ringkas tetapi sedap didengar.

"Tak apa. Aku akan tunggu sampai kau minat dekat aku Fathi. Just wait and see," gumam Clarissa perlahan. Jujur, dia sendiri tidak tahu mengapa dia begitu berminat dengan Fathi. Bukan dia tidak pernah bertemu dengan mana-mana lelaki. Malah, yang lebih hensem daripada Fathi pun ramai yang inginkannya. Anak-anak rakan daddy pun ramai yang berminat dengannya. Namun, dia yang tak sudi ingin mengenali. Tapi dengan Fathi, terasa begitu lain.

Mungkinkan inilah yang dinamakan cinta?

Fathi Gabrielle: A Broken SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang