Twenty-six

8.1K 44 0
                                        

Pagi ini tiada breakfast gathering di kediaman Keith. Masing-masing terdampar keletihan terutamanya Rissa dan Rania.

Tubuh mereka bagaikan baru lepas dilanggar oleh kontena berat.

Namun mahu tidak mahu Rania tetap perlu bangun untuk ke kampus.

"Hey, princess. Let's go together?" Hayden menyapa Rania ketika dia menuruni tangga.

Serentak dengan itu dia teringatkan kata-kata daddy.

Daddy kahwin dengan mummy kerana dendam Hayden kepadanya.

Tanpa menjawab pelawaan Hayden dia terus melalui jejaka itu dengan jelingan yang tajam. Dia menaiki kereta mummy dan terus memecut keluar dari rumah.

Dia tidak mahu memberi muka kepada sesiapa pun, seluruh keturunan Keith! Lelaki tak guna!

-----

Dia kampus.

"Nia, aku rasa tak lama lagi mesti aku akan get back dengan Hayden." Erica dengan yakin mengatakan itu kepada Rania.

Dia mengerutkan dahinya.

"Jangan tengok lagi. Dia dekat hujung sana tengah tengok belah sini." Bisiknya tidak perlahan bersama ketawa gedik yang biasa dia lakukan.

Rania melihat sekilas sebelum matanya bertembung dengan mata helang Hayden. Tegang. Wajah dan rahangnya menegang.

Ahh, sial. Rania mahu menerkam dan menjilat rahang tegang itu tetapi hatinya terlalu sakit memikirkan kekejaman mereka!

"Baguslah." Rania tahu pandangan Hayden tertumpu kepadanya tetapi dia membiarkan saja Erica merasa dirinya dipandang oleh Hayden.

"Hey girls, can I join you all? Table penuh." Sean menyapa.

Sean, crush Rania yang selalunya membuatkan perutnya berkupu-kupu ketika berdekatan dengan lelaki itu tetapi disebabkan rasa kecewanya kepada Hayden, dia tidak merasakan apa-apa kepada Sean lagi.

Dia hanya tersenyum kekok dan mengangguk, mengizinkan lelaki itu turut bergabung dengan mereka.

Dia hanya menguis-nguis makanannya dan menyampuk sesekali ketika ditanya.

Dan tiba-tiba sepasang kaki dan kasut yang dia kenali berada tepat di sebelah kerusinya.

Dengan dada yang berdebar dia mendongakkan kepalanya mengikuti bentuk tubuh sasa itu sehingga ke wajahnya.

Sama tegang dengan pandangan yang lebih tajam dan gelap.

"Follow me now or I'll carry you on my back."

Rania dan Erica sama-sama tercengang kerana lelaki itu bercakap dengan sangat tegang tetapi matanya berapi memandang kearah Sean.

Hayden hampir kerasukan ketika Rania mengabaikannya dirumah tadi dan dia tidak diajar cara bersabar apatah lagi apabila ada lelaki lain cuba mendekati gadisnya.

Dia tahu dari pandangan Sean kerana dia juga lelaki.

Erica bangun dengan serta merta, telah rela dan bersedia mahu dibawa pergi oleh lelaki idamannya.

Hayden mencapai bag diatas meja dan terus menarik tangan Rania tanpa melihatnya dan tanpa mempedulikan pandangan orang lain.

"Lepas Hayden! I can walk on my own!"

"Shut up and just follow."

"Why should I, huh?"

"Say one more word and I will kiss you here."

Diam.

Dia memberi arahan dan kembali melangkah menuju ke keretanya sambil mengheret Rania.

Sesampainya di kereta dia terus menolak Rania duduk di kerusi penumpang didepan dan dia masuk di belakang tempat duduk Rania.

Keith's Toys | 21+Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang