Fathi Gabrielle: 8

1.5K 209 3
                                    

"DAH ada kekasih?" soal Tuan Diego dalam lantunan suara yang agak serius. Clarissa mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Macam mana Claire boleh jumpa dengan lelaki tu? Mind to share with me?"

Clarissa diam buat seketika sebelum dia membuka cerita tentang pertemuannya dan Fathi yang tidak disengajakan pada tempoh hari.

"Minggu lepas kan Claire ada pergi dekat Subang sebab nak jumpa dengan kawan. Waktu Claire jalan tu, Claire tak perasan ada orang dekat depan. Dia pun tak perasan Claire dekat depan. Kitorang terlanggar."

Dahi Tuan Diego berkerut seketika. Jadi, lelaki yang diminati oleh Clarissa itu bukanlah lelaki yang Clarissa sudah kenal lama? Love at the first sight ke ni?

"Situlah Claire start suka dia."

"Is it love at the first sight, princess?" soal Tuan Diego meminta kepastian.

Malu-malu, Clarissa menganggukkan kepalanya. Dia sendiri pun tak tahu bagaimana dia boleh jatuh cinta pandang pertama kepada lelaki yang bernama Fathi itu.

"And macam mana Claire tahu yang dia dah ada girlfriend? Did he tell you?"

Clarissa menggelengkan kepalanya.

"Taklah. Claire tahu sebab Claire stalk Facebook dia. He's a teacher. Waktu berlanggar tu, tanda nama dia jatuh. Claire ambillah tanda nama dia. Dari situ Claire tahu nama dia apa."

Terkebil-kebil Tuan Diego mendengar penerangan daripada Clarissa. A teacher? Seorang guru? Mati-mati dia ingat lelaki itu seorang businessman.

"A teacher?" gumam Tuan Diego perlahan. Cukup hanya dia yang mendengar. Namun, Clarissa dapat mendengar perkataan tersebut.

"Haah. Cikgu."

Tuan Diego menilik wajah Clarissa. Anaknya ini layak mendapatkan lelaki yang berketurunan bangsawan. Harta dia pun tak habis makan untuk berpuluh-puluh keturunan. Tentu dia pun nak lelaki yang sekufu. Anaknya pula seorang ini sahaja.

Namun, dia tidak akan mampu melukakan hati Clarissa dengan membangkang permintaan anaknya itu. Tambahan, lelaki ini merupakan lelaki pertama yang Clarissa minat.

"Can I see his photo?" pinta Tuan Diego.

"Boleh. Kejap Claire ambil phone."

Clarissa bangun lalu menuju ke arah telefon pintarnya yang berada di katil. Tuan Diego masih lagi mencantum-cantumkan puzzle mengenai maklumat yang dinyatakan oleh sang anak sebentar tadi.

"Ini, dy."

Clarissa menghulurkan telefon pintarnya ke arah Tuan Diego. Tuan Diego menyambut huluran telefon tersebut. Setelah itu, dia menilik gambar seorang lelaki yang terpapar pada dada skrin.

Tampan! Wajah ini ada kacukan Arab sedikit. Tuan Diego memandang ke arah nama pemilik akaun Facebook tersebut.

Fathi Fattah.

Nama pun agak kuno dan oldschool.

Tuan Diego kembali menyerahkan telefon tersebut kepada Clarissa.

"Nak daddy tolong dapatkan info tentang dia ke?"

Mata Clarissa bersinar-sinar mendengar tawaran daripada daddy.

"Boleh ke dy?"

"Of course, yes! Kenapa pula tak boleh. Nanti, hantar gambar dia dekat daddy okey? I'll ask my men to investigate about him."

"Thank you so much daddy." Sekali lagi, Clarissa menjerit halus lalu memeluk daddynya.

Tuan Diego tertawa kecil sebelum dia mengusap belakang anaknya.

Fathi Gabrielle: A Broken SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang