Fathi Gabrielle: 7

1.8K 229 7
                                    

BANGUN sahaja dari tidur, perkara pertama yang dilakukan oleh Clarissa tentulah memeriksa Facebook miliknya. Dia terjerit kecil tatkala mengetahui bahawa Fathi telah menerima permintaan rakan daripadanya

Tanpa berlengah, terus saja dia menekan profile Fathi. Dan tepat seperti mana telahan dia semalam bahawa setiap post Fathi telah ditetapkan untuk tontonan rakan sahaja. Latest post lelaki itu adalah gambar konvokesyen. Fathi menghadiri konvo tahun ini. Maksudnya, lelaki itu masih muda. Mungkin dalam lingkungan 22 ke 25 begitu.

Gambar-gambar konvokesyen lelaki itu diperiksa satu- persatu. Dia meng'oh'kan kepada diri sendiri tatkala dia mendapat informasi berkaitan dengan tempat pengajian lelaki itu. Itu pun dia tahu setelah dia melihat kain rentang yang dipasang di dalam dewan konvokesyen.

Ada lebih kurang 15 keping gambar yang dimuat naik. Setelah sampai kepada gambar yang terakhir dalam post tersebut, terus saja dahinya berkerut. Jiwa tiba-tiba sahaja dihurung dengan satu perasaan yang dipanggil cemburu. Namun, cepat-cepat dia menepis perasaan tersebut. Ah, gadis yang berdiri di samping Fathi itu mungkin adiknya. Ya, mungkin adik Fathi.

Kerana tidak berpuas hati, dia skrol lagi post-post Fathi yang lain. Kebanyakkan gambar lelaki itu adalah diambil secara candid. Kalau nampak wajah pun, sekadar sipi-sipi sahaja. Lelaki ini sangatlah misteri.

Dia menilik wajah Fathi dengan khusyuk. Lelaki itu mempunyai taik lalat di bawah mata sebelah kanan. Lesung pipit pula terdapat di kedua-dua belah pipi. Jenis gaya rambut yang dipotong pula adalah Ivy League. Kenalah dengan imej Fathi sebagai seorang guru. Kemas dan berdisiplin.

Setelah puas dia menilik wajah Fathi, terus saja dia menerokan posting yang lain. Tangan terhenti tatkala gambar seorang gadis terpampang pada posting Fathi. Bersama kapsyen yang dibuat oleh lelaki itu, dia telah dapat mencerap sesuatu. Benarlah. Gadis tersebut adalah kekasih hati Fathi.

-"With you by my side, I feel like I'm living my best story. 💖"

Kapsyen post tersebut telah memberitahu segala-galanya. Tiba-tiba, terasa kekecewaan yang begitu menggila di dalam dada. Tak sedar, ada air mata yang mengalir di pipi. Telefon pintar ditutup lalu dicampakkan di atas katil. Setelah itu, dia menumbuk-numbuk katil miliknya lalu dia menjerit kuat.

Disebabkan jeritannya begitu kuat sehingga menembus ke luar, pembantu-pembantu rumahnya terus saja bergegas ke arah bilik Clarissa.

"Cik. Cik Clarissa." Bertubi-tubi ketukan yang dikenakan pada pintunya. Namun Clarissa masih saja menjerit seperti tadi. Gayanya bagaikan terkena histeria.

Setelah dia sedikit tenang, dia turun dari katil dengan langkah yang malas. Kalau tak disebabkan pembantu rumahnya masih rancak mengetuk pintu biliknya bagaikan ingin roboh, tak adanya dia nak membuka pintu.

Selak dibuka. Setelah itu, pintunya dibuka luas-luas.

"Ya, bik. Kenapa?" soalnya ringkas.

Dua orang pembantu rumah sempat menjenguk ke dalam bilik Clarissa.

"Cik okey ke?"

"Saya okey," balasnya dalam nada malas.

"Tapi bilik-..."

"Oh, tadi saya tengok drama Korea. Lepastu saya geram dengan heroin cerita tu. Sebab tu je saya menjerit." Laju Clarissa memotong percakapan bibiknya. Dia malas ingin bersoal jawab. Nanti, tentu bibik-bibik di rumahnya akan memberitahu daddy. Bukan dia tidak tahu.

Dua bibik tersebut berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang ke arah wajah cantik Clarissa.

"Oh. Kalau macam tu tak apalah. Kami minta izin nak kemas bilik cik ya?" Bibik Salina meminta izin untuk masuk mengemas bilik Clarissa yang sangat bersepah dengan bantal dan juga comforter di bawah.

Fathi Gabrielle: A Broken SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang