"CLAIRE sayang, come here princess."
Langkah kaki Clarissa untuk menaiki tangga terhenti tatkala nama manjanya diseru oleh seseorang. Lantas, kepalanya dikalihkan ke tepi. Mata membulat tatkala melihat dua figura yang sedang duduk di atas sofa di living hall itu.
"Daddy, mummy!"
Clarissa berlari anak ke arah ibu dan bapanya. Terus saja dia melompat ke dalam pelukan ibu dan bapanya.
Tuan Diego lantas mencium dahi sang anak. Puan Azura pula mengusap-usap belakang anak tunggalnya. Rindunya dengan anak tunggal seorang ini. Disebabkan ada masalah di Itali, maka Tuan Diego dan Puan Azura terpaksa pulang ke Itali. Clarissa pula tidak dibawa bersama kerana anak perempuannya itu sedang menduduki final exam pada minggu lalu.
"Rindunya dengan anak daddy ni." Tak habis-habis Tuan Diego mencium dahi anaknya. Meluahkan rindu pada anak perempuan seorang yang tak pernah dia tinggal ini. Anak manja!
"Daddy dengan mummy sampai bila?" soal Clarissa setelah pelukan mereka renggang.
"Around one hour ago. Claire pergi mana tadi?"
"Oh, Claire jumpa dengan kawan kejap. A quick catch-up session."
Tuan Diego dan Puan Azura menganggukkan kepalanya sebagai tanda memahami.
"Macam mana exam? Okey tak?"
"Everything was okay. Haraplah dapat dean award lagi kalini."
"InsyaAllah. I know you can. I know my baby very well." Puan Azura mengelus lembut kepala Clarissa. Bagaikan menyalur kata-kata bahawa anaknya itu akan mendapat anugerah dekan lagi pada semester lepas. Memang dia percaya bahawa anaknya akan dapat. Clarissa ini dilahirkan dengan pakej yang mencukupi.
"Thank you, mummy!" Sempat Clarissa mencium pipi sang ibu.
"Cium pipi mummy je? Daddy tak?" Tuan Diego berpura-pura merajuk. Clarissa tertawa terlebih dahulu sebelum dia mencium pula pipi sang ayah.
"Mestilah ada. Untuk mummy dengan daddy kan."
Tuan Diego tertawa halus. Sisi penyayang ini hanya ditunjukkan buat keluarga sahaja. Tidak pernah dia membawa sisi ini masuk ke dalam tempat kerja. Dalam bisnes, musuh amat menggeruni dia. Tiada belas kasihan sedikit pun diberikan kepada musuh atau lawan. Orang-orang turut menggelarnya kuku besi. Namun, sedikit pun dia tidak kisah. Buat apa buat baik dengan orang? Tak ada gunanya.
"I love you, princess," ucapnya separa berbisik. Setelah itu, dia kembali mencium dahi sang anak.
"I love you more, daddy, mummy."
Sungguh, anak ini merupakan harta yang tidak ternilai buat dia dan isteri. Jangan ada mana-mana tangan yang berani mencederakan insan yang bernama Clarissa Arabella ini. Jika ada, kelak orang itu akan berada dalam musibah.
Sayangnya kepada satu-satunya anaknya ini amatlah tak ternilai banyaknya.
Clarissa bergolek-golek di atas katil. Walaupun seharian berjalan, badannya masih tidak memberikan tanda-tanda keletihan. Mindanya kuat menunjukkan tentang seseorang lelaki. Lelaki yang tidak sengaja berlanggar dengan dia pada tempoh hari.
"Kenapa aku ni asyik fikir pasal dia je?" Clarissa menyoal diri sendiri. Terasa diri bagaikan sudah gila bayang dengan lelaki yang bernama Fathi itu.
"Tak pernah lagi aku jadi macam ni. Kenapa eh?" soalnya lagi.
Lelaki itu merupakan lelaki pertama yang membuatkan dia menjadi gila bayang sebegini. Selama ini, mana pernah dia gila bayang dengan sesiapa. Antara sebab dia tak suka kepada mana-mana lelaki adalah disebabkan oleh kawalan ketat daripada daddy yang memaksa dia untuk tidak mengenali mana-mana insan yang bernama lelaki. Disebabkan itu, dia pun tidak ada rasa untuk kenal dengan sesiapa. Ada family pun dia dah cukup bahagia. Namun kini entah mengapa dia terasa ingin memasukkan seseorang ke dalam kisah hidupnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Fathi Gabrielle: A Broken Soul
RomanceA spin-off: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband Fathi Gabrielle | Clarissa Arabella Start: 27/12/2023 End: - All right reserved @nssignature ©NSSIGNATURE, 2023