2 years later
"Theo, Lily.." Elle memanggil anak-anaknya.
"Yesh!" Theo menyahut panggilan Elle dan berlari ke arahnya. Elle tersenyum ketika dia melihat Theo muncul. Elle menunduk dan memeluk anaknya.
"What are you doing?" Tanya Elle kepada Theo.
"Paying with yiyi (Playing with Lily)" Kata Theo. Aww, dah macam Flurry dulu-dulu dah.
"Mummy ada masakkan mashed potatoes for y
ou. Do you want to eat?" Tanya Elle. Theo ternganga dan teruja."Yiyiiii!!" Theo memanggil. Elle tertawa. Dia kemudiannya melihat Lily berlari dengan terkedek-kedek menuju ke arah mereka berdua itu.
"Yeyyyy." Lily berkata. Elle tertawa.
"Jom makan. Mummy suap." Kata Elle. Elle merendahkan tubuhnya dan memeluk kedua-dua anaknya itu.
"Tom macannn (Jom makan)" Theo bersorak. Elle senyum. Pipi Theo dicium dan pipi Lily juga dicium. Elle kemudiannya meminta bantuan Sienna untuk membawa mangkuk berisi mashed potato itu. Elle mendukung kedua-dua anaknya serentak.
Mereka melangkah keluar.
"Matt!!! Mummy.. It's Matt!!" Theo menunjuk. Elle senyum melihat kuda-kudanya yang bebas di padang polo mini Nicholas itu. Sudah tentu tuannya juga berada di padang itu.
Elle meletakkan kedua-dua anaknya di bangku panjang bawah Gazebo itu.
"Daddyyy!!"
"Dadaaa."Theo dan Lily sama-sama teruja memanggil Nicholas yang sedang berlatih bersama Ahmad. Nicholas menoleh dan melambai ke arah mereka.
"Yayy!! Daddaaa." Lily berdiri dengan teruja. Mereka melambai semula. Elle gelengkan kepalanya melihat Lily. Bukan main teruja ya nampak bapaknya. Lupakah dia dulu yang membuatkan Elle terpaksa berjauhan dengan Nicholas semasa Lily di dalam kandunganya dulu? Elle tertawa.
"Dah jom makan." Kata Elle. Sienna menghulurkan mangkuk berisi Mashed Potato itu kepada Elle. Elle mengucapkan terima kasih kepada Sienna. Sienna tersenyum dan berdiri bersebelahan mereka.
"Baca apa?" Tanya Elle kepada anak-anaknya.
"Cimilah. (Bismillah)" Kata Theo. Elle tertawa.
"Cimilah apanya Theo? Bismillahirahmannirahim." Elle berkata sebelum dia menyuap ke mulut Theo. Theo suka dan menepuk tangannya.
"Yiyi uyak. (Lily pula)" Kata Theo. Elle mengangguk. Elle menyuap Lily.
"Bismillahirahmannirahim." Elle berkata dan menyuap Lily. Lily turut mengikuti keletah abangnya. Elle tertawa.
Nicholas dan Ahmad berjaya membuat latihan lompatan itu. Theo menepuk tangannya. Lily yang melihat abangnya menepuk tangan itu turut menepuk tangannya.
"Daddy puyoo (Daddy fuyo)" Theo berkata.
"Say daddy hebatlah." Elle berkata kepada Theo.
"Daddy yebatyahhhh (Daddy hebatlah)" Kata Theo.
"Dadda yabbyhhh" Lily mumbles. Elle tersenyum sebelum dia mencium pipi Lily. Lily yang bertocang dua itu tersenyum melihat ibunya.
Nicholas turun dari tubuh Ahmad. Dia menepuk badan Ahmad.
"Good job buddy." Nicholas berkata kepada Ahmad. Dia kemudiannya melangkah ke arah pintu keluar padang itu dan menuju ke arah mereka bertiga.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...