Mencintai Dia... 1

Start from the beginning

"Bayar baju tu,"

Raisya tersengih. Berseri-seri wajah itu.

"Tapi, harganya cuma tujuh puluh ringgit,"

"Lebihnya kamu belilah apa pun...,"

Raisya tersengih lagi. Laju mencapai duit di tangan Puan Rogayah.

"Lebihnya saya ambil. Buat claim duit makan. Sebab dari tadi kita keluar, kan belum makan lagi ni. Okay?,"

Puan Rogayah menggeleng perlahan. Sudah dia agak. Dan, dia juga memang tidak berniat untuk mendapatkan semula bakinya. Dia menggeleng lagi melihat Raisya berlalu menuju ke kaunter bayaran.

"Mama... janganlah layan sangat kerenah budak tu. Nanti lagi bijak dia ambil kesempatan,"

Puan Rogayah berpaling. Matanya jatuh ke wajah anak lelakinya itu. Kaku dan tidak berperasaan seperti selalu. Barangkali sudah lama Farish memerhati gelagat dia dan Raisya.

Farish tegak memandang susuk Raisya yang leka mengagah Qalish sementata menunggu gilirannya membuat bayaran. Cermin mata hitam yang dipakai, ditarik naik ke kepala.

"Dia nak belikan baju untuk Qalish, apa salahnya? Lagipun, memang cantik pun baju tu,"

Mendengar jawapan daripada ibunya, dia mengalihkan pandangan. Bersemuka dengan ibunya.

"Itu betul. Tapi, ragam budak tu mama jangan ikut sangat. Asyik minta claim aje. Apa, gaji kita bagi tak cukup ke?,"

Puan Rogayah tersenyum. Sungguh langsung dia tidak berkira dengan permintaan kecil gadis itu. Komitmen Raisya menjaga cucunya berjaya membuat dia jatuh sayang pada gadis itu.

"Bukan banyak pun dia minta. Bukan minta untuk dia pun. Mama tahulah perangai dia macam-mana. Kamu tak payah risau,"

Farish diam. Tidak lagi bersuara. Malas mahu terus berdebat tentang Raisya dengan ibunya. Kalau ibunya selesa, biarkanlah. Dia tidak perlu ambil peduli. Sesekali dia memandang jam di pergelangan tangan. Tidak betah untuk terus lama berada di situ.

"Lama lagi ke, mama?,"akhirnya dia bertanya. Dia mahu pulang. Mahu diam di bilik sambil melayan perasaannya sendiri. Dia betul-betul rimas berada di dalam suasana yang riuh begini. Dia mahu bersendirian.

"Kamu ni, baru aje keluar kan? Kalau keluar lama sikit pun, apa salahnya? Dah berbulan-bulan kerja kamu berkurung aje dalam bilik. Asyik dengan kerja dua puluh empat jam. Dah sampai masa kamu mulakan semula semuanya... Farish,"Puan Rogayah bersuara separuh merungut.

Farish tetap diam. Tidak berminat untuk menyampuk. Dia tercegat lagi. Memandang ke arah Raisya yang masih beratur di kaunter bayaran. Sudahnya dia mengeluh perlahan sambil pandangan dialih ke wajah ibunya semula.

"Nanti nak balik, beritahu saya. Saya kat cafe depan tu,"akhirnya dia bersuara pendek sebelum berlalu. Meninggalkan ibunya di dalam pasaraya. Tidak ada apa yang hendak dia buat di situ. Lebih baik dia menunggu sambil menikmati segelas kopi di Starbucks. Tempat yang dulu penuh dengan cerita indah.

"Kasih order sama macam abang,"

"Kenapa?,"

"Kasih tak pernah datang sini. Kasih tak tahu menu apa ada kat sini,"

"Kalau macam tu, kita ambil order favourite abang,"

Kasih mengangguk. Dia tersenyum.

Tanpa sedar, memori itu turut menggarit senyumnya. Memang indah tiap kali pemilik nama Kasih itu datang menjengah ingatannya. Kasih yang polos. Kasih yang tulus. Kasih yang istimewa. Rasanya tidak mungkin dia akan bertemu dengan insan seistimewa itu lagi. Tidak mungkin wujud Kasih kedua di dunia ini barangkali.

Sayang Papa Saya Tak?Read this story for FREE!