Chapter 59 [Last day]

2.8K 162 40
                                    

"Thank you so much for having us these three days. Signore and Signora. Halalkan makan dan minum kami di sini." Aryan berkata kepada Nicholas.

"No need to mention it, Aryan! Aku gembira sebab kau sudi melawat kami di sini. Sedih sebab kau dengan keluarga ceria kau kena balik ke Paris harini." Kata Nicholas. Aryan tersenyum.

"Insyaallah, ada rezeki kami akan datang ke sini lagi. Kalau kau sudi menerima kedatangan kami." Kata Aryan. Nicholas mencebik sebelum menepuk bahu Aryan.

"The door is always open for you to come, Bro!" Kata Nicholas. Aryan tersenyum. Dia bersalaman dengan Aryan sebelum dia memeluk tubuh sahabatnya itu.

"Kau pun sama! Aku dengan family aku sentiasa tunggu kehadiran kau dan family kau di Paris." Kata Aryan. Nicholas tersenyum.

Setelah tiga hari menginap di Palazzo, mereka bakal pulang ke Paris semula untuk menjalani kehidupan harian mereka kembali. Berat juga hati Elle namun dia tahu, Hannah dan Aryan sama-sama mempunyai komitmen mereka sendiri. Begitu juga dengan dirinya dan Nicholas.

"Jangan serik tau dengan kami." Kata Hannah. Elle menggeleng.

"Mana ada serik! Saya lagi happy sebab awak datang sini. Please and please come here again!! Banyak benda yang kita belum buat sama-sama." Kata Elle. Hannah tertawa.

"Insyaallah. Selepas ni, saya datang mungkin adik Theo pun dah lahir. Makin meriahlah selepas ni." Kata Hannah. Elle tertawa sebelum dia mengangguk.

Flurry bersalaman dengan Nicholas dan Elle. Sempat juga Nicholas menyelitkan wang di beg dukung belakang Flurry.

"Bye-bye Adek Theooo.. Nyanti Tatak datang yagi ocey? (Nanti kakak datang lagi okey?)" Flurry berkata kepada Theo yang berdiri di samping Elle itu.

"Nya! Nya! Baaa!!" Theo bersuara dan tangannya ingin menyentuh Flurry. Flurry mendekati Theo.

"Adek cakap apa yi? Tatak cak paham yah. (Adik cakap apa ni? Kakak tak fahamlah)"

Elle tersenyum.

"Adik Theo kata, Kakak jangan nakal-nakal dengan Mama and Baba. Nanti kita jumpa lagi." Kata Elle sambil mengangkat tangan Theo. Flurry berkerut.

"Capi adek macam cakap cikit je taji. Hurmm. (Tapi adik macam cakap sikit je tadi)" Kata Flurry sambil garu kepala. Elle tertawa.

Mereka mengiringi keluarga ceria itu ke arah kereta. Nicholas menggendong Theo dan dia dudukkan Theo di bahunya. Elle melambai ke arah mereka usai mereka masuk ke dalam kereta.

"Safe drive, Enzo!" Pesan Nicholas kepada Enzo. Enzo mengangguk dan menunduk.

Mereka akhirnya bertolak menuju ke lapangan terbang yang dipandu oleh Enzo itu. Mereka melambai antara satu sama lain. Flurry dan Fakhri melambai dari tingkap kereta belakang manakala Fakhrul melambai dari tingkap kereta hadapan.

Elle tersenyum sambil melambai sehinggalah kereta itu hilang dari pandangan mata mereka. Elle memuncungkan bibirnya kerana sedih. Nicholas toleh. Dia kemudiannya memaut pinggang Elle dan merapatkan tubuh Elle dengan tubuhnya.

"Kenapa sedih ni?" Tanya Nicholas. Elle mengangguk.

"Sedih sikitlah." Elle berkata.

"Well. Kalau ada rezeki nanti, abang boleh je bawa Love pergi ke Paris. Macam tak biasa pula." Kata Nicholas. Elle menoleh.

"Ish dia ni!" Elle mendengus. Nicholas tertawa. Elle ingin mendukung Theo namun Theo enggan. Erat dia peluk leher Nicholas.

"Nyo!"

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now