。‧˚ʚ🍓ɞ˚‧。⋆⋆。‧˚ʚ🍓ɞ˚‧。⋆
Dewan peperiksaan Luthienne Royal Academy kini sepi, hanya tinggal bunyi kertas yang dikumpulkan pengawas. Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba-hari terakhir SPM.
Langit petang berwarna keemasan ketika Fiorella dan Melda melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Angin bertiup lembut, seolah-olah turut merayakan kebebasan mereka.
Fiorella menarik nafas panjang, matanya terpejam seketika menikmati udara kebebasan yang selama ini terasa jauh dari genggaman. Kemudian, dia menoleh ke arah Melda dengan senyuman lebar.
"Finally! Kita dah merdeka, Mel! No more exam, no more stress!" Fiorella bersorak sambil melompat kecil.
Melda tergelak kecil melihat gelagat sahabatnya itu. "Rell, kau nampak macam orang baru keluar dari penjara, tau tak?"
"Memang pun! Kau tak rasa ke? Kita boleh buat apa je sekarang! No more cikgu bising, no more homework, no more waking up early!"
Melda menyandarkan badan ke dinding, matanya bersinar-sinar. "Speaking of that... Aku ada teka-teki untuk kau."
Fiorella mengangkat kening. "What? Teka-teki? Dari tadi aku excited pasal kebebasan, kau boleh pula nak bagi teka-teki?"
Melda tersengih nakal. "Just listen. Apa beza kau dengan babi?"
Fiorella terkebil-kebil. "Babi? Krok... krok... tu?"
Melda mengangguk laju.
Fiorella merenung jauh seolah-olah berfikir dalam-dalam, padahal dalam hatinya, dia tahu jawapan paling logik-tentulah dia manusia dan babi haiwan. Tapi knowing Melda, mesti ada plot twist.
"Tak tahu," akhirnya dia mengangkat bahu.
Melda bersandar sedikit ke depan, wajahnya penuh misteri. "Nak tahu jawapan?"
Fiorella mula rasa tak sedap hati. Perlahan-lahan, dia mengangguk.
Melda tersenyum lebar sebelum tiba-tiba-
Cucuk!
Dua jarinya terus menusuk ke lubang hidung Fiorella!
"Beza kau dengan babi? Tak ada beza-sebab hidung kau kembang bila Sir William puji kau!"
Fiorella terkedu. Beberapa saat kemudian-
Pak!
Belakang kepala Melda ditampar dengan penuh kasih sayang.
"That's what you pay for," Fiorella bersilang tangan di dada, muka berubah serius.
Melda ketawa terkekeh-kekeh, air mata hampir menitis kerana terlalu geli hati. "Ya Allah, Rell! Kau patut tengok muka kau tadi! Priceless!"
Fiorella menjeling tajam. "Ketawa lah, ketawa sampai pecah perut kau." Dengan itu, dia terus melangkah pergi, meninggalkan Melda yang masih terguling-guling ketawa di belakang.
Semenjak habis SPM, Melda makin menjadi-jadi gilanya. Tapi, Fiorella tahu-itulah yang dia akan rindukan suatu hari nanti.
Fiorella keluar dari pagar sekolah dengan langkah penuh keyakinan-sehingga matanya menangkap sosok yang sangat dikenalinya.
Tengku Aryan Miqail.
Langkahnya serta-merta terhenti. Wajahnya berubah serta-merta. "What the hell? Mamat beku ni buat apa kat sini?"
Dia mengintai-intai dari celah rambutnya seperti kucing jalanan yang cuba mengelak daripada ditangkap tuannya.
Wajah Tengku Aryan tetap seperti biasa-beku, tenang, tak berperasaan. Mata tajamnya seakan-akan dapat menembusi segala helah. Fiorella mengerutkan dahi, menyampah. Kalaulah dia boleh, mahu saja dia lempang pipi lelaki itu supaya sedikit ekspresi muncul di wajahnya.
![The Cold Aryan's : Tesoro [ 𝐎𝐆 ]](https://img.wattpad.com/cover/389528935-64-k260834.jpg)