Chapter 58 [The Flurry's]

2.3K 171 14
                                    

Hari kedua bersama keluarga Aryan dan Hannah, memang riuh rumah itu. Ditambah lagi dengan suara comel dari Theo, Puteri, dan si kembar Fakhrul dan Fakhri. Memang riuh rendah dibuatnya. Nicky pula sedang sibuk dengan persiapan pertunjukkan peragaan butiknya yang bakal berlangsung di Hong Kong tidak lama lagi.

Elle dan Hannah juga banyak meluangkan masa bersama-sama. Mereka juga turut memasak bersama-sama. Guess what they cook? It's Nasi Lemak. Originally made by Hannah and Elle. Malaysian food. Memang menjilat jarilah dibuatnya. Kesemua pekerja dan pembantu di Palazzo itu juga turut dijemput untuk makan bersama.

Pujian melambung ya sehingga tukang masak Nicholas menawarkan dirinya untuk belajar memasak makanan kegemaran rakyat Malaysia itu.

Elle dan Hannah juga tidak lekang berkongsi cerita sambil bersantai di yard milik Nicholas itu. Cuaca agak nyaman dan santai.

Aryan. Walaupun dia sedang bercuti, tetapi tetap sahaja dia perlu terlibat dengan mesyuarat yang melibatkan tentang projek kajian terbaharu bersama ahli kumpulannya.

Theo? Jangan ditanya. Dia punya seronok ada rakan bermain itu sampai enggan untuk tidur seperti selalu. Kebiasaannya, Theo akan tidur pada pukul 12.30 tengah hari dan akan bangun pada jam 2 petang. Namun tidak ketika ada Flurry dan juga si kembar. Waktu tidurnya terus tergendala dan dia enggan untuk masuk tidur.

Nicholas, dia perlu menghadiri majlis makan tengah hari di salah sebuah hotel untuk program dana anjuran rakan perniagaannya dan akan terus pulang sejurus selesai majlis tersebut.

Mereka kini duduk bersama di ruang tamu Palazzo itu. Theo, Flurry dan the twins betul-betul seronok ya bermain bersama. Sungguh pandai Flurry melayani adik-adik kecilnya itu. Elle hanya tersenyum melihat keletah Flurry. Dengan bebelan dia itu. Haih, rasa nak cubit je pipi dia tu.

“Aryan beritahu saya malam tadi yang awak dan Signore sama-sama minat dalam bidang Equestrian. Betul ke?” Hannah bertanya. Elle tersenyum.

“Bidang Equestrian tu hanya untuk Nicholas je. Saya ni setakat naik badan kuda then berjalan pusing padang ni je, Hannah. Saya tak beberapa mahir lagi dalam Equestrian ni. Nicholas pernah nak ajar saya, tapi itulah. Masing-masing sibuk.” Kata Elle.

Well, lagilah sekarang awak tengah pregnant kan. Tak elok untuk awak dengan baby.” Hannah menyambung. Elle muncung dan tertawa.

“Hannah pernah naik kuda?” Tanya Elle.

“Pernah. Dulu masa zaman saya study dulu. Dekat dalam Universiti saya dulu ada Equestrian Centre. Itu pun saya naik sekali je.” Kata Hannah. Elle angguk teruja.

“Kalau awak nak naik kuda lagi, awak beritahu saya.” Kata Elle. Hannah tertawa.

“Sudah! Jangan macam-macam ya Elle.” Kata Hannah.

Elle dan Hannah ketawa bersama-sama.

🦋🦋🦋🦋🦋

“Hebatlah awak Elle! Awak ada kuda peliharaan awak sendiri. Terpegun saya.” Kata Hannah dengan teruja. Elle hanya diam dan tersenyum.

“Semuanya sebab Nicholas juga. Dia yang mula-mula ajar saya tunggang kuda bila waktu petang. Dulu itu hobi dia. Lepas je berkahwin dengan dia, tiba-tiba dah jadi hobi kami berdua pula.”

Sweetlah tu. Kongsi hobi sama-sama.” Kata Hannah sambil mengusap lengan Elle. Elle tertawa.

Mereka kini sedang berkumpul di Gazebo bersebelahan padang polo mini Nicholas. Nicholas mengajak Aryan untuk menunggang kuda usai sahaja mereka selesai solat Asar secara berjemaah. Elle agak teruja ketika dia melihat Layla. Lama pula tidak berjumpa anaknya itu. Ahmad pun sama.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now