۶ৎ 𝒫𝓇𝑜𝓁𝑜𝑔 ۶ৎ

703 264 23
                                        

。‧˚ʚ🍓ɞ˚‧。⋆⋆。‧˚ʚ🍓ɞ˚‧。⋆

Hujan baru sahaja berhenti, meninggalkan jalan yang masih basah dan berlopak. Seorang gadis beruniform sekolah menengah berdiri di hentian bas, tangannya memeluk erat beg sekolah yang sudah mula terasa berat.

Matanya melilau ke kiri dan kanan, mencari kelibat kereta yang sepatutnya datang menjemputnya. Namun, jalan lengang. Sunyi.

Dia menggigit bibir, menarik nafas dalam. Kesejukan mula merayap ke tubuhnya.

Sebuah kereta mewah meluncur laju di hadapannya. Tanpa berfikir panjang, dia mengangkat tangan, cuba menahan kenderaan itu.

Namun-

SPLASHHH!

Lopak air besar di tepi jalan dilanggar tanpa belas kasihan, menyebabkan air bercampur lumpur terpercik kuat ke arah gadis itu.

Terdiam.

Fiorella menunduk, melihat uniform putihnya yang kini sudah bertukar warna. Rambutnya yang separuh kering kembali melekat di wajah.

Giginya mengetap. Jarinya mengepal hujung skirt sekolahnya, cuba menahan marah yang mula mendidih.

"Oi!!!" jeritnya kuat. "Are you blind?! Bawa kereta guna lutut ke apa?!"

Kereta itu tiba-tiba berhenti beberapa meter di hadapan. Lampu brek merah menyala terang.

Pintu pemandu terbuka.

Seorang lelaki tinggi dengan kemeja hitam keluar dari kereta dengan langkah tenang. Tangannya menyeluk poket seluar, ekspresinya langsung tidak berubah.

Fiorella mendengus, menapak ke arahnya dengan wajah berang. "Excuse me?! Are you not gonna say sorry?"

Lelaki itu hanya berdiri di hadapannya, memandangnya dari atas ke bawah dengan wajah kosong. "Kau lambai aku tadi, kan?"

Fiorella berkerut. "Of course! I thought you were gonna stop! Not-" Dia menunjuk ke arah pakaiannya yang basah. "-drench me in dirty water!"

Lelaki itu masih tidak menunjukkan sebarang reaksi. Seolah-olah perkara itu bukan masalahnya.

"Kau tunggu siapa?" soalnya tiba-tiba.

Fiorella teragak-agak. "My guardian. But apparently, they're late."

Lelaki itu memandang ke arah jalan yang sunyi sebelum kembali menatap gadis itu.

"Kau nak mati kesejukan dekat sini, atau kau nak naik kereta aku?"

Fiorella tersentak. "Huh?"

"Kau nak tunggu berapa lama lagi? Kat sini tak ada teksi," katanya dengan nada malas.

Fiorella menggigit bibir. Tawaran lelaki itu mengejutkan, tetapi entah kenapa dia rasa boleh percaya. Tambahan pula, dia benar-benar menggigil dalam uniform basah ini.

Dia menghela nafas. "Fine. But if you kidnap me, I'll haunt you forever."

Lelaki itu hanya menjeling tajam. "Masuk sebelum aku tukar fikiran."

Fiorella membuka pintu penumpang dan masuk dengan perlahan. Kereta itu hangat, serta-merta membuatkan dia rasa lebih selesa.

Tanpa berkata apa-apa lagi, lelaki itu menghidupkan enjin dan mula memandu.

VILLA TENGKU MIQAIL, Kereta itu berhenti di hadapan sebuah villa besar yang kelihatan elegan dan klasik. Fiorella terkebil-kebil memandang sekeliling sebelum melangkah keluar.

"Where is this?"

"Rumah aku."

Belum sempat Fiorella menjawab, seorang wanita anggun dalam busana elegan melangkah keluar dari pintu utama. Senyumannya mesra, penuh kelembutan.

"Ryan, siapa ni?" soalnya.

Fiorella perasan lelaki di sebelahnya akhirnya menunjukkan sedikit perubahan ekspresi-walaupun sedikit sahaja.

"Mummy, dia ni basah lencun. Bagi dia tukar baju dulu."

Datin Syura Alma segera memandang ke arah Fiorella. Matanya membulat sedikit. "Oh, kesiannya! Mari sayang, masuk dulu. Nanti demam pula."

Fiorella sedikit terkejut dengan layanan mesra itu. "Uhm... it's okay. I don't wanna bother-"

"No, no, no! You're not a bother, dear," Datin Syura Alma cepat-cepat memotong. "Masuklah dulu. Biar aunty ambilkan pakaian kering untuk kamu."

Fiorella akhirnya mengikut langkah wanita itu masuk ke dalam rumah.

Tak sampai lima minit, dia diberikan sehelai gaun labuh berwarna putih krim. Lembut kainnya, dengan rekaan elegan yang ringkas.

"Saya boleh pakai ni?" Fiorella bertanya, sedikit kagum dengan kain yang begitu cantik.

Datin Syura Alma tersenyum. "Of course, dear. Ini milik arwah anak perempuan aunty, Tengku Arlysa Miqail."

Fiorella tersentak. "Arwah?"

Datin Syura Alma mengangguk perlahan, tetapi senyumannya masih terukir. "Dia sudah tiada... tapi kalau dia masih ada, dia mesti suka kalau bajunya dipakai oleh seseorang yang cantik macam kamu."

Fiorella sedikit terkejut dengan pujian itu. "Uhm... thank you."

Wanita itu meneliti wajahnya seketika sebelum bersuara, "Your eyes are beautiful. Hazel, right?"

Fiorella tersengih kecil. "Yeah. People say it's rare."

Datin Syura Alma mengangguk kecil. "Memang jarang. Cantik sangat."

Fiorella tersipu malu sebelum menundukkan kepala. "Uhm... I'm Fiorella. Fiorella De Luca. I'm Italian."

Belum sempat Datin Syura Alma membalas, suara dingin dari belakang mencelah.

"Italian datang ke Malaysia... buat apa?"

Fiorella berpaling, mendapati lelaki yang menyelamatkannya tadi sedang bersandar di dinding dengan wajah kosong.

Dia menjongket bahu. "I live here now."

Aryan mengangkat kening sedikit. "Cari pasal dengan lopak air?"

Fiorella ternganga. "Hey! That was you!"

Aryan hanya menghela nafas, sebelum menoleh ke ibunya. "Mummy, dia dah kering. Ryan naik dulu."

Fiorella mendengus, tetapi Datin Syura Alma hanya ketawa kecil.

"Don't mind him, dear. He's always been like that."

Fiorella masih tidak puas hati. "He has issues."

Datin Syura Alma menahan senyum. "He has his own way, sayang."

Fiorella hanya menjeling ke arah lelaki yang sudah menghilang ke tingkat atas.

Dalam hati, dia bersumpah-ini bukan kali terakhir dia berjumpa Tengku Aryan Miqail.

Author masih sekolah, so update pun slow sikit...

The Cold Aryan's : Tesoro [ 𝐎𝐆 ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang