BAB 8

1.2K 78 30
                                        

۶ৎ vote pwisssssss~

BUNYI sudip bertemu kuali di dapur buat Anggun menuruni tangga dengan kadar segera

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

BUNYI sudip bertemu kuali di dapur buat Anggun menuruni tangga dengan kadar segera. Penat dia mencari keberadaan sang suami di bilik tidur, namun tiada. Rupanya lelaki itu sedang 'berperang' di dapur.

Memang setiap pagi, suaminya itu akan hilang dari pandangan. Tak sempat Anggun nak ucap selamat pagi.

Nampak saja belakang tubuh sang suami yang tidak mengenakan sebarang pakaian, Anggun tersenyum lebar. Jumpa! Lelaki itu sedang memasak untuk sarapan pagi mereka.

"Tuan Hud." Serentak, Anggun memeluk tubuh Hud dari belakang. Kepala tersandar di belakang badan Hud.

"Dah bangun? Good morning."

Anggun berdecit sebal. Hud ni, sejenis lelaki tidak berperasaan. Dulu, bukan main lagi lelaki itu tunjuk sikap miang dia. Sekarang, ucap selamat pagi pun macam nak tak nak saja.

Laju saja jari halus itu mencubit belakang tubuh bogel sang suami. Kalau dulu masa mula-mula mereka berkahwin, memang ada rasa malu dengan Hud. Ye la, Hud dengan selamba badaknya menayang tubuh seksi dia depan Anggun.

Keluar tandas, Hud seksi. Turun ke dapur, Hud seksi. Sampai malam semasa Anggun nak tidur pun, Hud tak pakai baju. Anggun malu tau!

Tapi, bila sudah hampir seminggu dia menjadi isteri kepada Hud Ahsan, sedikit sebanyak Anggun dapat sesuaikan diri. Walaupun masih ada rasa sedikit malu.

Ye la, Anggun dapat suami hot kot!

"Sayang?" Seru Hud bila Anggun di belakang tidak menyahut. Nasi goreng dalam kuali masih menjadi tarikan mata. Kalau lalai sikit, takut tak makan si manisnya nanti.

"Ye, baru bangun. Bangun-bangun je, tengok suami saya dah tak ada." Sinis. Sengaja nak kacau Hud.

Hud diam. Api dapur ditutup seraya memindahkan nasi goreng yang sudah dimasak ke dalam pinggan. Dengan keadaan si manis yang masih memeluk pinggangnya, Hud atur langkah ke meja makan. Pinggan itu diletak lalu tangan Anggun ditarik lembut.

Wajah Anggun ditatap sayang. Rambut yang serabai itu Hud kemaskan. Nak tergelak dia apabila melihat riak muram di wajah si manis.

Bukan sengaja dia mahu meninggalkan Anggun di bilik tidur mereka. Tapi, Hud tak mahu kacau lena si manis kerana Hud tahu Anggun masih rasa penat disebabkan mereka tidur lambat semalam. Ini pun, mereka terpaksa ambil sarapan pada pukul 11 tengahari.

Ehem! Faham-faham je la, hal laki bini.

Selepas solat subuh pagi tadi pun, Anggun terus cari tilam kembali. Hud tak dapat lelapkan mata, jadi dia ambil keputusan untuk bersenam di gym dalam rumahnya saja.

"I'm sorry, okay? Aku tak nak kacau kau tidur sebab kau nampak penat. Semalam kan kau tak cukup tidur." Ujar Hud lalu mencubit sedikit pipi gebu si manis yang bertukar warna. Merah!

HUD: HIS LITTLE BRIDE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang