Aku menutup pintu sebuah bilik yang cukup asing bagiku. Aku juga tak mengerti kenapa aku perlu di tempatkan di sini, disebuah universiti yang terletak nun jauh di selatan negara. Memanglah aku juga daripada selatan negara, tapi hujung ke hujung jaraknya.
Aku melihat sekeliling bilik tersebut. Ada dua buah katil yang tersusun rapi di kiri dan kanan bilik. Sekilas pandang aku tahu bahawa tilam itu sangat nipis dan tidak selesa memandangkan aku sedikit gempal. Katil itu juga hanya betul-betul muat dengan ketinggian ku, 173CM, atau mungkin terjulur sedikit kakiku.
Aku mengheret bagasi dan tas yang aku bawa untuk memuatkan barangan peribadi dan pakaian aku. Aku letakkan di sebelah kiri katil kerana aku ingin menggunakan ruangan dan katil tersebut.
Aku meletakkan punggung di atas katil tersebut dan aku kembali merenung sekeliling bilik. Ada sebuah meja belajar di kepala katil lengkap bersama kerusi, laci sisi, kabinet atas kepala berserta lampu kecil. Di hujung bilik sebelah kanan, terdapat sebuah bilik mandi dan tandas. Terdapat juga sebuah pintu geser, mungkin juga balkoni.
"How do you find the amenities in your room?" sapa satu suara lelaki yang berlenggok cina.
Aku menoleh, tentunya empunya suara ialah seorang lelaki cina, tapi tidak aku kenali. Lelaki itu tercetuk dikaki katilku, berdiri dan memberikan senyuman kepadaku.
"Good, but who are you?" balasku sambil memberikan wajah aneh.
"I'm Marcus. I am a representative from student affairs department. I should have introduced myself, my apologies. I figure i'd make a way in since the door was unlocked and a little ajar," terang Marcus.
Aku hanya menganggukkan kepala, "I see."
"Yasmine, I am here to personally request for few documents. I was made understand that you are a student on internal employer scholarship of Sierra Charlie bank," ujar Marcus.
"True," jawabku sepatah.
"Great, considering that you are our only scholarship student from this batch, and you are also a..." kata Marcus sebelum dia berhenti untuk berdehem, mungkin tidak selesa untuk mengeluarkan fakta tentang aku.
"Transperson, I'm a transwoman," kilasku.
"Oh yeah, a transwoman. Okay, so we need your scholarship form, as well as diversity inclusion statement from your bank. Do you happen to have them with you?" tanya Marcus.
"Yes, I have them with me." jawabku sebelum aku membuka bagasiku untuk mencapai sebuah fail yang telah diberikan oleh bank dimana aku berkerja.
Setelah mencapai dokumen yang diperlukan Marcus, aku hulurkan kepadanya.
"Thank you, Yasmine. I need to ask you few information, may I?" soal Marcus lagi sambil mencapai dokumen yang aku hulurkan.
Aku hanya menganggukkan kepala bagi menjawab soalannya.
"Your real name is Mohamad Rafael bin Samsul, and your preferred name is Yasmine, which one would you like to print on your student card?" tanya Marcus.
"Yasmine," jawabku ringkas.
"Understand that. I am so sorry to ask this following question, we need to understand this bit of information," kata Marcus.
"Ask away," kataku bersetuju.
"You have applied for bachelor degree in business economy studies with our university, which had been restricted to only male. Are you comfortable to be surrounded by other students?" soal Marcus.
"Yes, I am comfortable. Plus, my gender in my national ID is still a male." terangku.
"We won't be disclosing your information, but other students may be able to sniff, would you be alright?" tanya Marcus.
YOU ARE READING
BUNGA KHAYALAN
RomanceYasmine merupakan seorang transgender yang mempunyai kerjaya di salah sebuah bank terkemuka. Dengan segala susah-payah, Yasmine berjaya menempatkan dirinya di salah satu universiti swasta dengan bantuan biasiswa penuh. Namun kursus yang diambilnya...
