Chapter 57 [What Surprise?]

3.1K 179 21
                                    

Elle melihat Nicholas yang sedang menuangkan bedak talkum Theo di tangannya dan disapukan di wajah dan juga lehernya. Elle tertawa melihat Nicholas yang sedang bersiap untuk tidur. 

"Habislah bedak Theo kalau macam ni." Elle berkata sambil tertawa. Theo berada di atas katil dengan mainannya. Nicholas tertawa sebelum dia dengan selamba memeluk Elle dari belakang. Elle tersenyum. Nicholas memeluk erat dan bergumam manja. Elle tersenyum dan tangan Elle memegang lengan Nicholas di bahagian atas tubuhnya itu.

"Mengada-ngada betul eh abang." Elle berkata. Nicholas mengangkat kepalanya dan menatap Elle.

"Mengada-ngada? Elle tahu tak berapa lama abang berjauhan dengan Elle? Sebulan. Se..Bu..Lan.." Nicholas sengaja menekankan perkataan Sebulan itu. Elle geleng kepala dan menepuk lengan Nicholas.

"Time for sleep abang! Esok abang ada meeting. Jangan buat-buat lupa." Kata Elle.

"Ala. Tak boleh ke kalau abang cancel je meeting tu? Abang baru nak spend time dengan isteri abang." Kata Nicholas dengan manja. Elle tersenyum sebelum dia menjeling.

"Tak payah nak mengada-ngada. Saya suruh abang tidur dekat bilik lama abang nanti! Nak?" Elle ugut. Nicholas mengangkat kedua tangannya dan menggeleng. Elle kemudiannya tertawa. Mereka bersama-sama menuju ke katil tidur mereka. Theo teruja melihat kedua orang tuanya itu. 

Elle membiarkan Nicholas bermain bersama Theo selama 10 minit. Terkikih tidak berhenti Theo dibuatnya apabila bapanya menggeletek perutnya. 

"Nya! Nya! Nya! Dadaaaa!!" Theo menggumam dalam ketawanya. Dia menolak wajah Nicholas diperutnya itu. Nicholas turut ketawa. Elle ketawa. Dia bersandar di kepala katil sambil bermain telefon pintarnya. Dia membuka aplikasi Tiktok. 

Jari Elle terhenti ketika dia melihat satu video Tiktok tentang Macaron. Elle melihat nama pemilik video tersebut.

Bella's Bakery

Elle duduk dengan tegak. Huwa!! Patutlah macam familiar je dengan tempat yang ditunjukkan di dalam video itu. Bella!!! 

"Sedapnya..." Elle berkata dengan nada perlahan. Ternganga mulutnya melihat video itu. 

Nicholas yang sedang baring bersama Theo menoleh ke arah Elle. Berkerut dahi Nicholas tatkala melihat Elle yang tidak berkelip melihat skrin telefonnya itu.

"Love?" Nicholas memanggil. Elle terkejut dan dengan cepat dia berdehem.

"Ya, abang?" Elle bertanya.

"Tengok apa sampai ternganga tu?" Tanya Nicholas.

"Tak.. Tak ada apa-apa. Mana ada saya ternganga! Tak adalah!" Elle gugup.

"And why are you look nervous?" Nicholas bertanya. Elle mengangkat kepalanya dan menatap Nicholas. Dia tersenyum. Dengan yakin!

"Mana ada!" Elle berkata lagi. Nicholas tersenyum. Dia kemudiannya kembali memberikan perhatiannya kepada Theo. Theo sedang mengomel sendiri bersama mainannya. Elle menghela nafasnya dengan lega. Elle kembali membuka telefonnya itu dan dia membuka halaman Tiktok milik Hannah itu. 

Hannah baru sahaja membuat akaun Tiktok tersebut. Mungkin tujuannya adalah untuk mempromosikan kedai bakerinya itu. Terutamanya kepada pengunjung yang beragama islam yang pastinya mencari kafe atau restoran yang halal untuk mereka bersantap semasa mereka mengunjungi Paris. Ini peluang yang sangat bagus untuk Hannah mempromosikan bakerinya itu. 

"Macaron?"

"Arghhh!!!!" Elle menjerit dengan kuat. Dadanya turun naik gara-gara terkejut dengan suaminya yang tiba-tiba sahaja bersuara di sebelahnya. Theo mendongak menatap ibu bapanya. Pelik mendengar ibunya yang tiba-tiba menjerit itu.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now