BAB 4

718 59 3
                                        

۶ৎ Hah, vote dulu~

HANA terkejar-kejar masuk ke dalam kawasan hospital

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

HANA terkejar-kejar masuk ke dalam kawasan hospital. Kaunter jururawat dihampiri dengan wajah yang resah.

"Excuse me, Anggun Kasturi binti Kamal. Dia dekat bilik mana sekarang?" Soalnya. Lantas, jururawat berbangsa India itu mencari maklumat di komputer.

"You boleh pergi bilik paling hujung sekali. Doctor masih rawat dia di dalam."

"Baik, terima kasih." Laju Hana berlari ke bilik yang ditunjukkan.

Dia tak kisah dengan pandangan orang lain. Sekarang ini, Anggun perlukannya. Selepas mendapat panggilan daripada Hud tadi, Hana terus meninggalkan tempat kerjanya.

Bergegas dia memandu kereta ke hospital. Nafas Hana tak menentu. Kakinya terpaku di lantai hospital bila melihat Hud yang terduduk lemah.

"Abang--" Serunya, lembut.

Luluh hatinya bila melihat sang abang yang bagaikan tak bermaya. Dengan wajah berserabut, baju kemeja dipenuhi darah serta nampak tak terurus.

Bahu Hud yang terhinjut-hinjut itu, dia usap perlahan. Jangankan bertanya, dia sendiri tak pasti apa yang abangnya buat di situ. Bersama Anggun?

"Hana-- Aku takut." Serak suara itu menahan tangis. Sudah beberapa jam dia termenung disitu ditemani tangisan mendayu.

"Abang, bangun. Jangan la macam ni." Lengan Hud cuba ditarik bangun. Ada kerusi, tapi nak juga duduk di lantai.

Hud diam. Tersedu-sedan dengan tangisan yang tersisa. Tangannya menggigil hebat.

"Kenapa jadi macam ni, abang? Apa dah jadi ni?" Soalnya lembut. Tak mahu Hud beremosi tapi dia harus tahu. Anggun kawannya.

"Abang yang salah. Sepatutnya abang temankan dia pergi ke kereta tapi abang ada meeting. Abang tak sangka Naim--" Dia meraup wajah. Tak kisah lah dengan darah pun. Dadanya sesak sekarang ni.

"Naim? Siapa dia?"

"Bekas pekerja office abang. Abang buang dia lepas kantoi curi duit syarikat. Mungkin, dia berdendam dengan abang."

Menyesal pun dah tak guna. Akhirnya, Anggun yang terpaksa hadap. Kenapa lah dia bodoh sangat? Kalau lah dia berdegil temankan Anggun tadi, pasti Anggun baik-baik saja.

"Astaghfirullah haladzim. Tergamak dia buat macam tu dekat anak orang? Habis, mana jantan keparat tu?" Berangin terus kepalanya.

Melihat keadaan Hud sekarang, pasti si manis lebih teruk.

"Polis dah tangkap. Abang tak kira, dia pasti akan meringkuk dalam penjara." Keras nadanya. Menunjukkan kata-katanya tidak main-main.

"Hm, bagus la. Hana risaukan Anggun sekarang ni. Kesian dia, mesti mak dia risau nanti." Pintu bilik yang masih tertutup itu direnung bagai nak tembus.

HUD: HIS LITTLE BRIDE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang