Chapter 56 [ One month later ]

1.5K 99 26
                                    

Seperti yang dijangka, Elle masih lagi mempunyai alahan yang menyebabkan dia dan Nicholas terpaksa berjauhan selama sebulan. Ya! Sebulan. 30 Hari, 740 Jam. Selama itu dia dan Nicholas berjauhan.

Nicholas? Tak perlu ditanya. Dia seperti hilang arah. Di pejabat, di rumah? Sangat sukar untuk dirinya terima apabila Elle yang juga nyawa — hidupnya — itu hanya boleh dilihat dari jauh namun tidak boleh disentuh.

Sebulan juga dia tidur di bilik tidur lama Elle itu. Rindu. Dia sangat merindui isterinya. Dia rindu untuk memeluk isterinya. Haih, anak lelakinya itu sangat menang besar ya. Sudah sebulan, asyik dia saja yang dapat perhatian penuh dari Elle.

Elle menjengah di balik pintu biliknya, kosong. Elle mengeluh. Selalunya, Nicholas akan duduk di sofa ruang tamu kedua sebelum mereka masuk tidur. Kadang-kadang, Nicholas tidur di sofa itu semata-mata untuk dekat dengannya. Elle menutup pintu biliknya.

Dia melihat jam sudah pukul 11 malam. Elle menutup semua lampu dan biarkan lampu tidur tepi katilnya terpasang. Dia menaiki katil dan baring di katil bersaiz king itu. Theo? Jangan cakap. Dia sudah berada di alam mimpi dari pukul 10 malam tadi.

Elle tersenyum dan dia mengelus wajah Theo lembut. Dia mencium pipi Theo dan rambut Theo. Entahlah, wangian dan aroma dari tubuh badan Theo membuatkan dia obses untuk dirinya. Sampaikan dia sanggup bawa kain napkin milik Theo semasa dia pergi ke pejabat.

Theo bergerak sedikit memandangkan tidurnya terganggu. Elle mengigit lidahnya. Berharap Theo tidak terjaga. Theo mengiring sebelum dia kembali tertidur. Elle tersenyum. Geram betul dengan pipi dia. Tembam sangat.

Theo akan genap setahun pada minggu hadapan. Sungguh cepat masa berputar. Dia memeluk tubuh kecil itu. Elle baru sahaja ingin memejamkan matanya sebelum dia mendengar bunyi pesanan di telefon pintarnya. Elle menoleh dan tangannya meraba telefonnya itu.

Elle tersenyum ketika dia melihat skrin kuncinya itu. Pesanan dari “My Lovely Husbaby

Are you already sleeping?

Pesanan dari Nicholas buatkan Elle tersenyum. Dia membalas pesanan suaminya.

What do you think?

Elle melihat Nicholas sedang menaip.

Love..

I miss you

Aww, Elle menutup mulutnya. Rasa serba salah pula dibuatnya. Sudah hampir sebulan dia melihat Nicholas dari jauh. Hanya melalui telefon pintar sahaja tempat untuk mereka berkomunikasi. Sama seperti sekarang. Elle menghela nafasnya.

Saya minta ampun ya abang. Saya rasa berdosa besar sebab buat abang jauh dengan saya.

No need to apologise my Love. It's...

Elle mengerutkan dahinya.

What?

It was my fault then.

Elle tersenyum dan tertawa sedikit.

It was mine too. But still, we can't deny that the baby also the gift and sustenance from Allah to bless our family.

Yeah, you right. But I miss you so much. One month! We even don't do any skinship for one month, baby. Gosh.

That little tiger, so lucky!

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now