BAB 17

136 8 1
                                    

Kereta Honda Type-r milik Syakir masuk ke dalam kawasan rumah teres dua tingkat itu. Enjin kereta dimatikan, beg dicapai. Satu helaan nafas dihembus sebelum pemegang pintu ditarik. Kaki kanan melangkah keluar, pintu ditutup, kereta dikunci. Tiupan angin petang menerpa tubuh. Sejuk.

Kaki mengatur langkah ke arah pintu rumah. Kasut kulit yang dipakai olehnya ditanggalkan lalu diletak rapi diatas rak. Pintu ditolak perlahan.

"Assalamualaiku-" Lidah terkelu apabila terdengar alunan suara merdu menyanyi, menyentuh gegendang telinganya.

Menuju dia ke kota~
Di tangannya penuh bunga~
Di hati penuh cinta~
Berbagai macam bunga dibawa~
Untuk dijual di gerai mama~
Matanya lirik-lirik selalu~
Rupanya manis-manis ayu~

Bibirnya mengukir sebuah senyuman manis apabila sedar akan pemilik suara itu. Isterinya, Syakira Umairah.

Beg diletakkan di atas sofa, laju kaki melangkah ke arah dapur.

Kaki menjejak lantai dapur, melihat sosok tubuh ramping yang disarung apron. Rambut berparas pinggang diikat kemas. Umai yang sedang memasak tidak sedar akan kepulangan suaminya.

PAP!

Lantas Syakir memeluk tubuh kecil itu dari belakang.

"OI MAK AKU!!" Latah Umai. Senduk yang dipegang olehnya hampir sahaja ingin melayang namun sempat disambar oleh Syakir.

"Best eh nyanyi lagu macam tu?" Perli Syakir.

"Orang tua-tua cakap, jangan menyanyi masa dekat dapur. Nanti dapat suami tua." Tambahnya lagi.

"Oh, ye ke? Habis tu, abang tu siapa? Takkan lah Umai nak kahwin lagi?" Ujar Umai. Anak mata menjeling Syakir yang berada di belakangnya.

"Ke situ pulak dia, BIASHE DIA TUU." Ujar Syakir, ibu jari berserta jari telunjuk mencubit hidung Umai.

"HAISHOMMM!!" Terbersin Umai dibuatnya. Terkikik kecil Syakir melihat gelagat isterinya itu. Ada aje yang nak diusik.

"Dah, dah. Abang pergi mandi dulu. Dah busuk macam belacan." Tangan melepas lengan Syakir yang membalut pinggangnya.

"Oh, busuk belacan? Dulu masa bercinta takde pulak complain abang busuk ye sayang?" Kening terangkat sebelah sambil tersengeh. Kalau boleh, sampai ke telinga sengeh itu.

"Dulu lain, sekarang lain. Dah pergi mandi." Ucap Umai. Ke situ pula dia.

"TAKNAKKK!" Ejek Syakir sambil menjelir lidah ke arah Umai. Dah macam budak-budak dilihatnya.

"NOW!! MUHAMMAD SYAKIR ADAM!!" Umai menolak tubuh Syakir ke arah tangga. Boleh tahan berat juga ye mamat ni.

"Boleh tahan kuat juga eh isteri abang ni." Ujar Syakir, memijak anak tangga ke atas.

"Tengok lah siapa? Syakira Umairah kan?" Umai mencekak pinggang dengan bangganya.

Syakir hanya ketawa sebelum menghilangkan diri ke atas. Umai hanya tersenyum sambil mengingat kembali gelagat suaminya itu.

####
##
#

Menu makan malam siap! Nasi putih, sup ayam, sambal belacan berserta ikan goreng siap dihidang. Air oren turut terhidang.

Umai melabuhkan punggung di kerusi, menunggu kehadiran Syakir. Pinggan dicapai, nasi dicedok lalu dihidangkan.

Bayang tubuh Syakir muncul di hadapannya.

"Duduk abang." Suruh Umai.

Tanpa basa-basi, Syakir menarik kerusi di hadapan Umai, duduk. Semangkuk sup ayam ditarik ke arah pinggan nasi. Satu persatu sudu di curah ke atas nasi.

Mereka berdua mulai menjamu selera. Satu persatu nasi disuap ke dalam mulut.

"Okey ke abang kerja harini?" Soal Umai, memecah kesunyian.

"Okey aje. Cuma biasa lah bos, kalau tak membebel tu memang tak sah." Ujar Syakir

Mereka menjamu selera dengan tenang.

####
###
##
#

Selesai dari makan, Syakir melabuhkan punggung ke sofa di ruang tamu manakala Umai mencuci pinggan di dapur.

RING! RING!

Telefon bimbit milik Syakir berdering, laju mata melirik ke arah skrin telefon. Tangan mencapai, memandang skrin telefon yang memaparkan nombor tidak dikenali menghubungi.

Terpaku.

Dengan ragu, butang hijau ditolak naik, panggilan dijawab.

Tiba-tiba...

Suara isakan seorang wanita di talian.

"Syakir..." Sayu suara itu memanggilnya.

Syakir terdiam sejenak sebelum bertanya.

"Ni siapa?" Soalnya dengan berhati-hati. Tak mungkin lah cik H menghubunginya.

"I Layla..." Sayu suara itu menjawab, masih tersedu menangis.

"Eh, Layla? Kenapa you menangis ni?" Soal Syakir.

"You boleh tolong I tak?" Ujar Layla masih terisak.

"Yes, what?" Tanpa ragu, Syakir menjawab. Dia sebagai sepupu tak mungkin tak boleh tolong kan?

"Kereta I rosak. Lepastu, kawasan sini sunyi. I takut lah. You boleh tolong I? Please Syakir..." Pujuk Layla dengan memohon simpati.

Umai baru sahaja selesai mengurus kerja nya di dapur kini, hanya terpaku di pintu dapur sambil menatap Syakir.

"Takpe, you send location dekat I. Nanti I pergi. I on the way sekarang!" Ucap Syakir mematikan panggilan, bingkas bangun dari sofa.

"Kenapa abang?" Soal Umai memandang Syakir yang sudah cemas.

"Layla. Kereta dia rosak. Abang kena pergi sekarang." Ucap Syakir mencapai jaketnya.

"Sayang nak ikut." Ucap Umai mengikut langkah Syakir.

"Tak payah. Sayang duduk rumah. Nanti abang balik ok?" Ujar Syakir, berlari masuk ke dalam kereta.

Umai hanya memandang kereta milik Syakir melaju keluar, meninggalkan kawasan rumah.
######
####
###
##
#
#######

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kekasih Yang Hilang Kini Kembali Where stories live. Discover now