BAB 6

1.2K 172 3
                                        

Suasana kedai makan yang ramai dan hiruk-pikuk membuatkan Xiena di belakang kedai mencuci pinggan dan cawan tergesa-gesa mencuci kerana tak mahu dimarahi oleh staf lain kerana lambat bekerja. Pelanggan yang ramai juga membuat kedai makan itu tidak cukup pinggan. Xiena berkali-kali kesat peluh yang menitik. Kerja ini hanya dia yang memikul seorang. Semua ke depan melakukan tugas masing-masing sebagai orang dalam restoran.

Dia hanya kuli yang mencuci segala peralatan makanan.

"Hoi, Xiena! Kau tak boleh cepat sikit ke? Banyak nak guna pinggan sudu ni. Kau ni dari dulu memang lembablah!" kata seorang lelaki sebagai tukang masak di dapur kedai makan itu. Muka berkerut-kerut memarahi Xiena.

Xiena mendongak sambil menggosok pinggan dengan span. Kemudian, dia hanya mengangguk laju. Selebihnya, tangan bergerak pantas mencuci pinggan dan sudu silih ganti.

Demi sesuap nasi dan bayar sewa yang tertunggak 2 bulan, Xiena terpaksa ringan tulang untuk mencari wang. Tak kisah kerja sebagai apa pun, asalkan itu pekerjaan yang boleh memberikan dia wang. Xiena meringis. Dia berhenti seketika. Tangan yang dipenuhi sabun, direndam dalam air besen.

Xiena meringis lagi. Dahinya berkerut seribu merasai pedih di tapak tangan. Xiena menghela nafas tatkala tapak tangannya banyak lecet. Mungkin sudah beberapa jam tangannya bermain dengan air saja. Jadi, cepat koyak kalau bergerak kasar. Terpaksa Xiena sambung cuci pinggan. Sakit ini akan dia uruskan nanti. Pedih dan peritnya, hanya Xiena saja yang tahu. Kali ini, Xiena bergerak agak perlahan kerana tak mahu menambah luka di tapak tangan.

"Xiena! Dah ke belum?!"

Xiena mendongak. "Ah ya kejap!" sahut Xiena.

"Ish! Apa yang lambat sangat kau ni! Dah siap separuh, bagi lah budak depan. Nak tunggu orang depan ambil sendiri ke?! Pemalas betullah!"

"Maaf. Maaf... Saya buat cepat." Bergetar Xiena menjawab. Perasaannya mudah sensitif bila ada orang naik suara kepadanya. Tekanan yang diterima pun membuat hati Xiena diselubungi rasa sedih. Xiena sedar pekerjaannya agak susah tapi dia sendiri pilih kerja ini semata-mata mahukan duit.

"Eee bodohlah kau ni! Dahlah lembab, bodoh pula tu! Apalah bos aku fikir ambil kau bekerja? Bos aku dah gila agaknya. Entah-entah kau ni ada buat sesuatu dekat dia. Sebab tu, dia terima kau kerja, kan?"

Sinis lelaki itu kurang ajar. Dari wajah Xiena, tiada yang kurang. Perempuan itu cantik nan jelita. Tubuh kecil tapi mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Air muka yang lembut. Sifat yang penurut dan tak melawan. Namun, kesusahan hidup Xiena menutup wajah cantiknya. Dia sering ditekan dan dibuli oleh rakan sekerjanya. Memandangkan dia saja yang miskin di kedai makan itu. Sesiapa saja boleh pijak dia sampai lunyai.

Xiena mendongak. Dia terkejut dengan maksud Fendy. Dia bukan bodoh. Fendy ingin memberitahu jika dia memberi badan kepada pemilik kedai ini supaya menerima dia bekerja. Tak masuk akal! Dia masuk ke sini atas kebaikan bos itu. Xiena masih ada maruah! Meskipun hidup terlalu susah, otak Xiena tak cetek untuk melakukan kerja hina itu.

"Saya tak macam tu, Fendy. Bos yang bagi saya kerja ini. Kalau tak sebab kebaikan bos, saya tak dapat kerja sampai sekarang. Saya masih ada maruah diri." Kata Xiena berani.

Fendy tertawa mengejek. "Maruah lah sangat. Muka macam ni siapa je tak terpancing. Mana tahu bila hidup kau dah susah sangat, kau sanggup jual maruah diri kau tu..."

Fendy cangkung depan Xiena. Melihat Xiena atas bawah. Peluh yang membasahi wajah Xiena membuat Xiena nampak menyerlah kerana beberapa helaian rambut melekat kerana basah. Bibir mungil ranum itu pula terbuka kecil bernafas.

"Eh... Kalau kau terfikir nak buat macam tu, kau panggillah aku. Aku boleh servis tip top punya! Badan kau sedap macam ni, takkan nak lepas, kut? Sayanglah kalau tak rasa..." Fendy tersenyum nakal. Lidah menjilat bibir merenung tubuh Xiena yang ideal berisi.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 16 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

The Zero | EBOOKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang