Zero hentikan kereta di depan rumah Xiena yang sederhana kecil tapi lumayan tak terurus. Zero melihat sekitar rumah Xiena lalu menoleh melihat Xiena yang ketiduran. Zero lepas tali pinggang keledar lalu maju mendekat, satu tangan kekar mengurung Xiena. Menelisik seluruh wajah Xiena yang berkulit putih bersih. Tiada jerawat menimbul. Dia suka wajah lembut Xiena.
Tapi, dia suka mengusik wajah itu menjadi gugup, gementar, takut dan menangis. Zero tunduk sejenak. Dia banyak cara untuk miliki Xiena tetapi dia tak mahu Xiena mendapat kenangan buruk tentangnya. Meskipun dia sangat obses pada Xiena, tidak terlintas ingin merampas benda berharga di dalam diri Xiena.
Dia hanya mahukan ketakutan Xiena. Wajah polos itu selalu berjaya menggelikan hatinya. Dia memang lelaki tak guna di mata Xiena tapi apakan daya, Zero tiada rasa ingin melepaskan Xiena.
"Kau milik aku, Xiena..." Zero mengelus lembut garis rahang Xiena. "Kau milik aku. Tak ada siapa boleh ambil kau dari aku. Aku boleh gila kalau kau bahagia dengan orang lain tapi tak dengan aku. Aku mesti buat kau akur dengan aku supaya mudah aku dapatkan kau." Zero menyeringai tajam. Mata menembus dalam wajah lena itu.
Andai ada mana-mana lelaki mendekati gadisnya, dia siap mencabut nyawa lelaki tersebut. Zero tak rela melihat Xiena digoda oleh lelaki lain. Hanya dia saja boleh menggoda gadis itu!
Lenguhan bangun tidur milik Xiena mengalih tatapan Zero naik ke sepasang mata bundar Xiena. Xiena celik mata dan langsung pemandangan menyapu wajah datar Zero. Dengan gerakan reflek, Xiena tolak pintu kereta ingin keluar secepat mungkin. Suasana yang hening tadi berubah dingin panas saat bertemu mata dengan mata hitam pekat itu.
Sayangnya, Zero cekap menahan gadis itu dengan menarik kasar tengkuk Xiena. Membalikkan Xiena dengan sekali tarikan. Wajah mereka saling berhadapan. Nafas laju dan kasar berlaga. Jeritan Xiena dalam tangisan menghiburkan Zero. Bagaimana terliuknya tubuh Xiena ingin melepaskan diri dari tekanan di tengkuk.
"Lepaskan saya, Sir Zero! Sir nak apa lagi?!" jerit Xiena ketakutan yang luar biasa. Tatapan buas milik Zero menambahkan kegerunan yang sedia ada. Meski takut, Xiena harus berani menghadap situasi yang mencemaskan ini.
"I want you! Aku nak kau jadi milik aku!" jerit Zero tepat di depan wajah merah Xiena.
"Sakit..." Xiena mengerang. Tekanan di tengkuk semakin kuat. Rasanya akan patah kalau Zero enggan melepaskan.
"Hei, Xiena... Aku dah lama tahan apa aku nak. Sekarang dah tiba masanya untuk aku ambil apa yang milik aku,"
"Saya bukan milik sir! Sir dah gilalah!" lawan Xiena berani. Satu tangan di tengkuknya dan satu tangan lagi menolak-nolak dada keras Zero. Tak guna! Tubuh Zero yang lebih besar berbanding dia yang kurus lemah, tak dapat menandingi kekuatan Zero.
Kening Zero ternaik. Wah... Dah berani sekarang. Tentulah Zero tercabar dengan tolakan kasar itu. Tapi tak apa... Dia suka melihat Xiena cuba melawannya.
Ibu jari Zero mengusap kasar bibir mungil merah semulajadi milik Xiena. Air muka Zero sangat tenang tetapi selaput amarah di isi mata hitam itu buat Xiena termangap dan mengerjap. Namun begitu, dia berjaya melawan Zero. Mengingatkan jejaka itu kalau dia bukan milik lelaki itu!
"Keluar. Sebelum aku hilang kawalan dengan kau. Aku tak nak buat sejarah hitam dalam hidup kau. Kau faham maksud aku kan, sayang?" Zero lepaskan tengkuk Xiena lalu mengurut tengkuk itu lembut. Meredakan kesan sakit tekanannya. Emosinya menyulut sampai menyakitkan anggota tubuh Xiena.
Xiena menghembus nafas kasar. Mata berair itu melihat Zero dengan segala rasa. Siapa sangka pensyarah yang menakutkan itu, kini mengaku obses dengannya. Bahkan ingin memiliki dia sesegera mungkin. Dosa apa Xiena lakukan dahulu sehingga dipertemukan lelaki gila macam Zero.
Melihat tiada gerakan Xiena, Zero beransur keluar dari kereta. Mata helang itu melingas melihat keadaan sekitar sambil menyingsing lengan kemeja. Pintu kereta ditarik. Xiena terkejut dengan tingkah baru Zero.
"Sir nak buat..."
"Call me Zero. Otherwise... I took you to my mansion. Choose it." Zero senyum miring.
Xiena tergemap dipotong dengan ayat itu. Bawa dia ke rumah agam Zero? Tidak mungkin! Sah Zero dah gila. Tak cukup menyeksa perasaannya, kini ingin bawa dia ke tempat asing pula?!
"Sir pensyarah saya..."
"Ada aku peduli? Dekat sana kau boleh sir-sir dengan aku. Dekat luar, aku tak nak ada perkataan sir keluar dari mulut kau. Panggil aku Zero. Next time mana tahu boleh panggil aku selain Zero." Seloroh Zero santai. Muka Xiena jadi cemberut. Bukan dia tak tahu maksud Zero.
"Sir!" terjerit kaget Xiena saat tubuhnya dicempung tiba-tiba oleh kedua-dua tangan besar dan kekar milik Zero. Laju tangan memeluk leher Zero. Takut jatuh. Xiena pandang bawah dan wajah Zero silih ganti. Memang main gilalah Zero ni!
Zero senyum lucu. Kelakar wajah terkejut Xiena.
"Panggil aku Zero, Xiena..." kata Zero meleret dengan nada cuba bertenang. Ada yang dibawa ke rumah agamnya nanti!
Xiena menggeleng laju. Mana mungkin dia panggil pensyarahnya dengan nama saja. Itu dah dikira tak menghormati pendidik! Tapi adakah Zero seorang pendidik yang benar? Dengan pelajar sendiri pun ada hati!
Zero angguk samar. Xiena yang mahu.
"Aku bawa kau ke mansion sekarang..."
Mata Xiena membulat lebar. Oh tidak!
"Hah?! Saya tak nak! Tolong jangan buat saya macam ni, sir. Saya tak nak..." Xiena sorok wajah ke bahu lebar Zero. Erat dia peluk leher Zero seakan-akan tak mahu masuk ke dalam kereta semula.
Sudut bibir Zero menyungging. Seronok juga menjahili gadis kecilnya ini.
"Then, call me Zero. I just want to hear you call me Zero."
Xiena gigit bibir kala suara bariton itu berubah keras. Zero tak main-main mengatakannya. Mata Xiena curi melihat wajah tegas Zero.
Kemudian, Xiena pejam mata lalu menghembus nafas gementar. "Ze... Zero."
Bibir Zero perlahan naik.
"Zero." Sebut Xiena makin jelas.
"Thank you, hottie." Ucapnya lalu pusing menuju tangga rumah. Naik sampai tiba di depan pintu rumah. Zero turunkan Xiena perlahan lalu mundur hingga punggung bersentuhan dengan palang beranda. Peluk tubuh penuh. Melihat Xiena gigih cari kunci di dalam beg. Renungan Zero di belakang melemahkan sendinya untuk bergerak normal.
Dapat saja kunci, Xiena cucuk kunci di tombol pintu lalu dipusing. Xiena bernafas sukar. Lega dapat masuk rumah akhirnya! Terasa hari ini begitu panjang bila bertemu sifat Zero yang posesif dan obses.
Zero berdiri tegak lalu melangkah dekat. Dada Xiena berombak kecil. Ekor mata melihat takut susuk Zero di belakangnya. Bau semerbak menerpa hidung. Xiena terhinjut kecil bila bahunya disentuh. Tak menyedari jika Zero mengamati haruman rambut Xiena yang sangat nyaman. Zero pejam mata menghidu bau rambut gadisnya. Kemudian, mata dibuka. Mata jatuh melihat belakang Xiena.
"Takut?" kekeh Zero terdengar mengejek.
Nafas Xiena terlepas kuat.
"To... tolong pergi..." Rintih Xiena perlahan. Tombol pintu dicengkam kuat.
"Okey." Zero akur. Rambut Xiena digosok. Tunduk sampai mulut paras telinga Xiena. "See you tomorrow, my hottie girl..." Bisik Zero hangat bersama senyuman kacak. Zero berlalu meninggalkan Xiena sendirian. Xiena cepat-cepat masuk ke dalam rumah.
Hampir-hampir jantungnya mahu luruh!
Saya ada buat chanel tele untuk spoil any part of this story. Saya juga ada nak tampilkan berita baik malam. Boleh tekan link di profil kalau nak masuk. Feel free to join it <3!

ANDA SEDANG MEMBACA
The Zero | EBOOK
RomanceDia bagaikan singa yang sudah lama ketiduran, kembali bangun ketika mangsa yang dia inginkan dalam diam, sudah tiba masanya untuk dimiliki. Semuanya meluluhkan jiwa seorang Xiena Ashlee yang dalam diam menyimpan rasa takut kepada jejaka yang dikena...