BAB 4

1.5K 194 4
                                        

Xiena tak tahu apa yang dia harus lakukan selain menjerit tetapi jeritannya tak akan berhasil keluar kerana mulutnya ditekup rapat oleh tapak tangan besar Zero. Dia tak sepatutnya akur dengan arahan Zero ikut ke bilik pejabat. Hasilnya, makan tuan badan sendiri. Bagaimana pun, Xiena tak pernah sangka Zero meletakkan perasaan asing kepada dirinya.

Adakah Zero sudah gila?! Macam mana kalau orang luar tahu Zero ada perasaan terhadap pelajar sendiri?!

"Aku dah lama tunggu saat-saat ni, Xiena. Saat kau berada dalam genggaman aku..." Seringai Zero. Gerakan bola mata Xiena jelas menunjukkan bahawa gadis itu sangat takut kepadanya. Zero tahu tindakan ekstrem ini membuat perasaan Xiena lagi ingin menjauh. Tidak. Zero tidak akan biar Xiena jauh daripadanya.

Xiena menahan nafas. Mungkinkah Zero keliru? Bahawa perasaan yang lelaki itu miliki adalah obses? Jika benar Zero ada perasaan kepadanya, mesti Zero tidak akan bertindak agresif seperti tadi. Baru saja dia melihat sisi Zero yang hangat. Sekarang, bertukar jadi raksasa pula?

Apabila dia rasa tekanan tapak tangan Zero longgar di mulutnya, Xiena beranikan diri untuk turunkan tangan Zero. Perlahan-lahan. Mata takut-takut melihat wajah tegang Zero. Tindakan Xiena tiba-tiba itu seperti menyedarkan Zero bahawa dia telah bertindak kasar dan ganas sebentar tadi. Tak sepatutnya dia berperilaku seperti itu tetapi peluang yang ada, tak semudah itu dia lepaskan saja. Dia ingin Xiena tahu bahawa dia selalu memperhatikan gadis itu di mana-mana sahaja. Hatta rumah dan tempat kerja sekali pun.

"Ke... kenapa saya?" tanya Xiena tersekat. Debaran di dada tak surut-surut. Dia takut soalannya makin buat Zero mengganas dan mencederakan dirinya. Tarikan Zero tadi pun buat tengkuk belakang sakit.

"Why you asking? Hm?" Zero mencerlung wajah Xiena tajam.

"Sir bukan suka saya tapi sir obses pada saya!"

Fakta Xiena membuat Zero tertawa rendah. Dia akui itu. Dia obses. Obses pada wanita bernama Xiena Ashlee. Zero tak peduli jika rasa ini menakutkan Xiena. Alih-alih, Xiena akan masuk pelukannya juga. Xiena harus terima hakikat bahawa dia gilakan gadis itu.

Entah apa reaksi gadis itu kalau dia ceritakan semuanya. Pasti Xiena akan lari jauh daripadanya kerana merasakan dia sudah gila!

"Obsess? What does that mean, Xiena?"

"Xiena..." Tubuh Xiena menggeletar tatkala jari kasar Zero melirik sisi wajahnya dengan gerakan perlahan bersama aura dominan yang menguar tinggi. Bebola mata bergetar melihat gerakan jari Zero.

"Aku nak kau."

Zup! Berdegup kencang jantungnya mendengar ayat itu. Ayat yang sangat mengundang hubungan terlarang terjadi. Zero sudah gilakah?! Mana mungkin benda itu akan terjadi! Dia tak mahu imej yang dia tunjuk selama ini, hilang begitu saja bila dia ada hubungan terlarang dengan Zero. Xiena tak mahu juga terlibat dengan sebarang masalah.

Habislah kalau pihak atasan universiti dapat tahu. Sudahlah dia masuk sini kerana dapat biasiswa. Kalau tidak, dari dulu dia tak akan dapat jejak bumi Amerika ini. Kehidupan universiti di negara orang sangat keras. Nak tak nak dia harus tempuh segala ujian sampai habis belajar.

Dia ada cita-cita dari kecil. Cita-cita yang tak mungkin akan terjadi kepada orang susah dan miskin macam dia. Lahir dari sebatang kara memang menguras hidup Xiena untuk melangkah ke hadapan. Takut, menangis, kecewa, punah, semua itu sudah Xiena rasakan.

"Tak mungkin sir mahukan saya. Saya bukan sesiapa, sir. Saya masuk sini sebab dapat biasiswa. Jadi, tolong..." Xiena menyatukan kedua-dua tapak tangan. Memohon. Melihat Zero penuh rayuan dan belas. Air mata meluncur deras di pipi. Dia tak mahu ambil risiko yang tinggi dalam hidupnya.

The Zero | EBOOKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang