BAB 3

1.3K 203 7
                                        

Jam menunjuk 6 petang. Cahaya matahari yang menyelusuri masuk melalui jendela bilik tidur pejabat Zero menyedarkan Xiena perlahan-lahan. Mata rasa dicucuk dengan sinar matahari. Xiena mencelik mata sedikit. Kemudian, dia bangun seraya menolak selimut tebal dari menutup tubuh. Sekarang pukul berapa? Dah berapa lama dia tidur? Xiena termenung seketika di atas katil.

Tabiat seorang Xiena Ashlee bila bangun dari tidur.

"Kenapa you tak nak balik? Sebab dia? Hm?"

"Jangan sibuk urusan aku. Aku tak nak terlibat apa-apa dengan keganasan korang."

"Keganasan? Apa maksud you, Zero? Keganasan dalam keluarga kita memang dah wujud dari dulu, kan? You jangan lupa siapa you, Zero. Kalau you buat silap, Kazuya boleh bawa you balik dan jauhkan you dari perempuan hingusan tu!"

Xiena dengar kekecohan di luar bilik. Suara perempuan? Xiena bangun tanpa bunyikan langkah. Dia berdiri di celah pintu. Berkerut halus dahi Xiena melihat gadis seksi duduk di depan Zero dengan wajah kesal. Xiena lirik perempuan itu atas bawah.

Kulit putih pucat, rambut lurus hitam pekat, poni di dahi, berbalut gaun ceongsam hitam putih mengikut lekuk badan, kain terbelah di bahagian paha kanan. Mengekspos kulit putih perempuan itu. Badan idaman para lelaki. Hurm... Dari pakaian jelas menunjukkan perempuan itu bukan orang sini.

Tangan pula memegang kipas bercorak naga berbunga. Sepertinya perempuan itu ada hubungan dekat dengan pensyarahnya sampai tak ada rasa takut menentang mata dengan Zero. Xiena tak dapat lihat reaksi Zero bagaimana kerana Zero membelakanginya. Siapa perempuan itu sampai tak ada rasa takut dengan Zero yang terkenal dingin dan garang?

"Baliklah. Jangan ganggu aku. Kalau aku rasa nak balik, aku balik. Kalau tak nak, suka hati aku. So please..."

"Leave me... alone." Tekan Zero keras dengan mata membunuh merenung sepupunya. Dia tak sangka sepupunya akan datang ke mari semata-mata ingin dia balik Jepun semula. Dia tak akan balik selagi dia tak dapat apa dia mahu.

Hikari mendengus kasar. Reaksi Zero sungguh menjengkelkan. Sia-sia saja dia datang ke Amerika. Benar kata adik Zero. Zero sukar memutuskan keputusan untuk balik ke negara asal. Semua tahu kenapa Zero berada di sini. 4 tahun mereka beri Zero masa untuk dapat apa yang dimahukan tapi nampaknya Zero harus bertindak cepat kerana Kazuya enggan membiarkan dia berada di negara orang lama-lama.

"Okey. I pergi." Itu saja pamitan Hikari sebelum bangun berlalu pergi. Tak menyedari Xiena mendengar perbualan mereka dari bilik. Hikari tutup pintu kasar. Bengang sungguh dia!

Zero menunduk, mengurut pangkal hidung. Tertekan memikirkan keluarganya. Apa yang Hikari katakan tadi mengganggu fikirannya. Tak mungkin dia bersama orang lain sedangkan dia sudah berada di fasa hampir memiliki Xiena sepenuhnya. Zero menyumpah Kazuya. Kazuya selalu mengacau kemahuannya.

"Sir..."

Tubuh Zero spontan berhenti bergerak. Perlahan badan menegak. Menoleh separuh sebelum sepenuhnya menoleh melihat Xiena yang berdiri di belakang. Xiena menunduk kerana enggan melihat wajah lelaki itu. Perutnya akan sebu kalau memandang sepasang mata mematikan itu.

"Dah bangun. Lena tidur?"

Xiena mengangguk laju. Takkan tak lena, kan? Katil punya empuk. Sejuk berhawa dingin. Kalau boleh, rasa nak tidur terus. Dia tak pernah rasa tidur di atas tilam empuk dan selimut yang selesa. Itu pertama kali dalam hidupnya. Dalam takut, Xiena bersyukur atas kebaikan yang Zero lakukan untuknya. Meski mengejut, sekurang-kurangnya Xiena dapat tenaga kembali.

"Terima kasih, sir. Boleh tak saya nak balik? Saya kena kerja pukul 7 nanti."

"Perlu ke kau kerja, Xiena?" tanya Zero seraya membelakangi Xiena kembali. Duduk bersilang dan memeluk tubuh. Sakit benar telinganya mendengar Xiena akan bekerja kembali pada pukul 7. Tak mungkin Xiena balik lewat lagi.

Zero pejam mata sambil menghembus nafas panjang. Urat-urat hijau menimbul di sekitar pelipis. Nampaknya sudah tiba dia lakukan sesuatu agar Xiena tidak menanggung hidup yang sadis lagi.

Xiena gigit bawah bibir. Kau? Tadi berlembut saya-awak. Sekarang aku-kau? Macam tu saja Zero berubah angin. Oh! Mungkin kerana mereka bukan berada di situasi pelajar dan pensyarah. Wajar jika Zero tidak lagi formal dengannya. Xiena melepaskan nafas sukar. Melalui reaksi Zero, Zero seperti menahan emosi dari melepaskan marah.

Padahal apa yang Xiena fikirkan, tidak seperti itu. Zero hanya tidak sanggup melihat gadis incarannya menjadi babu di mana-mana kedai. Rasa ingin membunuh begitu meliar apabila melihat Xiena diarah sana sini melakukan sesuatu tanpa henti. Apalagi bila ditengking tanpa sebab. Cukup 4 tahun ini dia banyak menyaksikan air mata Xiena dari jauh.

"Come here." Panggil Zero perlahan. Perlahan tapi kedengaran menakutkan di telinga Xiena. Namun, Xiena tak dapat mengurungkan panggilan Zero. Xiena berjalan sampai di sisi depan Zero. Zero tatap jemari Xiena yang saling bermain.

Zero tak buta. Dia nampak setiap sisi kuku Xiena luka. Mungkin Xiena mengopeknya dalam keadaan tak sedar.

"Aku nak kau tidur nyenyak supaya..." Tanpa apa-apa, Zero tarik pinggang kecil Xiena duduk di atas ribaannya. "Kau tak kerja lagi hari ni dan hari seterusnya."

"Sir Zero!" Xiena terkejut besar dengan tindakan Zero yang boleh buat orang salah faham jika sekali pandang. Dia tak mahu ada apa-apa berita angin tentang dia dan Zero. Tak pasal-pasal dia kena buli dengan perempuan yang adore Zero gila-gila di universiti ini.

Xiena tak nak cari maut! Apalagi perbuatan Zero sekarang sangat salah dalam gelaran pelajar dan pensyarah.

"Shhh... Kau tak nak, kan orang dengar jeritan kau? Aku yakin kau tak nak jadi perhatian kampus sebab kau ada hubungan dengan pensyarah sendiri. Xiena, it's not good for us, right? Kau perempuan baik. Mana mungkin ada skandal. Lagi-lagi dengan pensyarah..." Zero melarikan rambut Xiena ke tepi lalu mendekatkan bibir ke kulit leher Xiena. "Sendiri."

Tubuh Xiena menggeletar. Desah nafas Zero di kulit lehernya menggugat kedudukannya. Xiena tak tahu harus beriak bagaimana tetapi pandangannya sudah kabur. Dia ingin lari tetapi dia yakin Zero takkan lepaskan dia dengan mudah. Tangan Zero besar. Mudah saja dia masuk dalam genggaman Zero.

"Si... sir nak buat apa? Saya ta... tak ada apa-apa urusan lagi dengan sir..."

Xiena pejam mata saat mendengar tawa Zero yang terdengar... jahat.

"What do you mean, baby? Urusan aku adalah kau. Kau tak perasan ke selama ni? Aku nak kau, hottie. My hottie girl...!"

Run, Xiena. Run!!

Hati dan akal Xiena menjerit sama. Xiena tak fikir dua kali. Siku tajamnya menumbuk perut rata Zero. Tentu serangan mengejut itu membuat Zero tersentak dalam godaan sendiri. Xiena mencuri peluang untuk lari bersama barang keperluannya.

"Shit!" Zero mengerang geram. Mata hitamnya berubah mengkilap garang. Ini mengagumkan Zero. Gadisnya tahu cara pertahankan diri.

Sungguh menarik. Sungguh menarik sampai Zero bertekad tak ingin lepaskan gadis itu sampai bila-bila!

Xiena buka pintu dan ingin keluar secepat mungkin tetapi belum kaki jejak lantai luar bilik, mulut dan pinggangnya dikaut sekelip mata dari belakang. Mata Xiena membulat. Ketakutan dan panik semakin berleluasa. Dia bergelut dan pelukan ketat Zero.

Zero ketawa iblis di telinga Xiena. "I got you, hottie. I got you..."

The Zero | EBOOKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang