BAB 32

812 65 7
                                    

Di meja makan semuanya diam sahaja tidak berbicara. selain daripada aturan di meja makan itu juga alasan lainnya.

Salah satunya, orang di hadapannya sekarang ini. Selalui ucapan Aydella yang 'menjelaskan' lelaki itu terjebak dengan kereta yang mati enjin.

Maka dengan itu, Aydella membantu. Dan kini, di sinilah lelaki itu berada. Tapi di dalam fikirannya terdetik sesuatu. Kenapa? Lelaki itu tidak di minta pulang ke rumahnya sendiri?

"Makan yang banyak ke Dafrim. Maaflah makanan hari ini tak berapa mewah. Harap kamu suka." Ujar Puan Mariam yang gembira menjamu si bakal menantu.

Di senduknya beberapa lain lainnya serta kuah masuk ke pinggan Tengku Dafrim.

Makanan kampung. Annabella tersenyum. Mereka memang tahu selera Tengku Dafrim.

Ada ayam goreng, telur masak lemak, sayur campur dan tidak lupa sambal belacan dengan ulam-ulaman yang ada jantung pisang.

"Tak apa aunty. Ini memang makanan kegemaran saya." Balas Tengku Dafrim.

Nasi terakhir di dalam piring Annabella masukkan ke dalam mulut setelah itu langsung dia bangun.

"Saya dah habis makan. Minta diri dulu." Ujarnya berbasa-basi.

Tanpa memandang sesiapapun di situ Annabella langsung bangun ke dapur belakang.

Mak Yah yang setia berada di dapur langsung bangun mendapatkan Annabella dan saat mahu mengambil pinggan miliknya.

"Tak apa Mak Yah. Biar Anna sendiri basuh." Ujarnya.

Pinggan itu di bawa ke singki. Walaupun di larang mak Yah Annabella masih sahaja berdegil membasuhnya sehinggalah semuanya selesai.

"Anna masuk dulu ye Mak Yah. Letih sikit." Ujarnya berpamitan ke pada Wanita tersebut.

"Anna tak nak minum susu dulu ke? Anna kan selalu minum susu sebelum tidur." soal Mak Yah.

Si gadis mengelengkan kepala. "Tak kot malam ini Mak Yah. Rasa nak muntah sikit." Nyatanya.

Mak Yah mulai mendekat dengan rauk risaunya itu. "Kenapa? Anna tak sihat ke? Nak pergi hospital?" nyata Mak Yah dengan penuh risau.

Annabella mengeleng lagi. "Tak. Tak..Anna okey je. Cuma malam ni tak teringin nak minum susu sahaja." balasnya dengan lembut.

"Ah...macam itu ke. Tak apa. Kalau dah cakap macam itu. Anna naik lah atas berehat ye." Ujar Mak Yah lembut.

"Baik." Dan Annabella juga membalas dengan lembut.

Tidak lama daripada itu, Annabella pun berganjak pergi di hadapan pintu dapur tanpa segaja matanya berlaga dengan mata helang si Tengku Dafrim dingin memandang kepadanya.

Di sampingnya Aydella yang tidak habis-habis mengesek ke lelaki tersebut. Tapi langsung tidak di perdulikan.

Sesaat mereka menatap antara satu sama lain. Sebelum, di balas Annabella. Dia mengalihkan pandangannya tanpa menoleh lagi dan berlalu pergi naik ke atas.

Mungkin di sini dia harus benar-benar menyerah dan melupakan. Ia mungkin tak akan ada rasa sakit lagi.

Dia mulai mendaki naik ke tingkat atas. Rasa lemah longlai di kerahkan juga naik ke atas.

Tertiba sahaja dia terfikiran keputusan dia yang tadi. Rupa-rupanya, dia mulai menyesal dengan keputusannya yang balik ke sini.

Pada sisi lainnya, Tengku Dafrim diam memandang ke tingkat yang di naiki Annabella.

Gadis itu terlihat lemah. Walaupun luarannya Nampak baik. Namun...dalaman.

'Ah. Apa yang kau fikiran pasal dia lagi Dafrim?'

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)Where stories live. Discover now