BAB 31

518 40 1
                                    

Suasana hospital yang sibuk itu tidak langsung menganggu pandangan malah terasa tenang saat di sini.

Lebih tenang. Di bandingkan dia di rumah keluarga tersebut mahupun di luar.

Bukannya perasaan. Tapi setiap kali dia berada di luar pasti dia akan bertemu dengan lelaki Bernama Tengku Dafrim tersebut.

Kaki melangkah dengan santai di Kawasan hospital Putrajaya yang cukup luas dan mesra eco system itu membuatkan dia tidak terasa lama pun untuk menunggu.

Sesaat kaki melangkah untuk masuk ke salah satu lorong itu telinganya mendengarkan satu suara yang tidak jauh daripada tempat dia berdiri.

Dia berpaling kosong.

Namun tidak lama daripada itu muncul seorang Wanita cantik, kecil molek berlari kecil. Dengan...menangis.

Si Wanita berpapasan dengannya. Dan kemudianya.

"Ay! Ay tunggu!" seorang lelaki pula muncul mengejar si Wanita yang lari tadi.

Namun, muncul lagi seorang Wanita lain. Wanita mengandung?

Sesaat mereka berpandangan mata tanpa segaja Annabella langsung melarikan pandangannya dan berpaling pergi.

Dia tidak perlu masuk campur hal orang lain. Kerna itu, dia lansgung pergi tanpa berpaling.

Entah sudah seberapa jauh dia pergi kakinya akhir berhenti di satu lobi tingkat yang tidak terlalu ramai orangnya.

Sesaat itu, telifon bimbitnya berdering dari tas tangannya itu.

Lalu tidak tertangguh segera dia ambil dan menjawab panggilan tersebut setelah melihat si pemanggil tersebut.

"Hello."

"Anna. Awak ada dekat mana? Dah sampai?" soal Fahreen di panggilan.

Seketika Annabella melihat ke sekeliling. Mencari papan tanda atau apa-apa yang menjadi petunjuk.

Ting! 'nampak!'

"Saya ada dekat Hematologi department." Jawabnya setelah menemui nama papan tanda yang sedang tergantung itu.

"Ah. Dekat bawah sini sahaja. Tak apa. Awak tunggu. Saya datang pada awak." balas lelaki itu.

"Hum. Okey." Setelah daripada itu panggilan mereka pun putus.

Selang beberapa minit daripada panggilan mereka putu situ. Tidak lama Fahreen pun muncul dengan pakaian biasanya.

Dengan kata lain tidak memakai kot putih mahu pun pakaian khursus di hospital.

"Cepatnya." Ujar Annabella setelah melihat pakaian yang di sarung Fahreen.

Lelaki itu tersenyum kecil dengan pertanyaan gadis tersebut.

"Masa saya call awak tu saya dah selesai kerja saya. Sebab itulah cepat ni." balasnya.

"Oh.."

"So..kenapa. tiba-tiba awak tanyakan saya free ke tidak?" soalnya.

Kali ini, Annabella tersenyum. "Saya ingat nak keluar dengan Jannah. Tapi lupa pula dia dengan Erwan pergi Jepun. Second honeymoon." Balasnya.

Ada nada menyampah. Tapi nak buat macam mana. Sahabat satu-satunya itu memang pantang kalau kedua-duanya memiliki cuti panjang mesti akan pergi berliburan bersam-sama.

Akan tetapi dia masih turut bahagia dengan mereka berdua. Itulah apa yang dia mahukan pada orang sekelilingnya.

"Jadi. Sebab ini lah ye. So saya ni jadi pilihan kedua?"

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)Where stories live. Discover now