"Korang ni siapa ha!" Tuan Fairuz yang sudah marah sendiri makin mengamuk jadinya.
Namun tanpa membalas bicara si lelaki tertiba sahaja lelaki itu tercampak dek tendangan daripada si susuk tubuh yang tinggi lampai tersebut.
Akibat suasana yang gelap gelita di tambah dengan cahaya lampu kereta yang tepat memancar di titik buta matanya membuatkan dia sukar untuk memastikan siapa susuk tubuh yang menyelamatkan dia itu.
Namun itu tidak lama satu orang lainnya mendekati kepada dia. "Cik Anna. Cik Anna okey?" suara garau itu membuat Annabella segera berpaling.
'Lelaki ini? Dia Jeffrie kan?! Tak mungkin...'
Dia memandang kehadapan. Tepatnya kea rah Tuan Fairuz dan seorang lelaki yang bertumbuk dengan lelaki tersebut.
Annabella segera bangun daripada tempat dia jatuh. "Tengku Dafrim!" dia segera berlari mendekati kepada mereka.
"Tengku Dafrim. Berhenti." Ujarnya.
Namun lelaki itu seakan tidak mahu mendengarkannya. Dan lagi-lagi melepaskan amarahnya kepada Tuan Fairuz yang sudah mulai lembik di pukul lelaki tersebut.
"TENGKU DAFRIM! LEPASKAN DIA!" kali ini Annabella mencegah dan menarik lengan lelaki tersebut.
Maka dengan itu, lelaki itu automatik berhenti daripada bertindak lebih gila.
Cengkaman di kerah baju Tuan Fairuz di lepaskan dan lelaki itu melorot terjatuh ke tanah dengan wajah yang sudah hampir berlumuran darah itu.
Annabella yang melihat langsung mendekati kepada lelaki tersebut. Namun terhalang dek tubuh Tengku Dafrim yang menjadi penghadangnya.
"Kau nak pergi mana?!" soal itu datar. Tapi dia tahu lelaki itu masih dalam keadaan marah.
Annabella diam tidak membalas. Mulutnya mahu meminta Tengku dafrim bawa kan Tuan Fairuz ke hospital.
Namun apabila melihat tindakkan gila Tengku Dafrim itu. Dia tahu lelaki itu akan membunuh pula.
Melihat pada Annabella yang diam. Tengku Dafrim meregus langsung bersuara.
"Jeff. Bawa dia. Aku bawa perempuan ni." arah lelaki itu.
Dan tidak sampai sesaatpun Annabella langsung di tarik paksa oleh lelaki itu pergi daripada situ.
Akibat terkejut, secara tidak langsung Annabella bertindak dengan cuba merentap tangannya daripada genggaman lelaki tersebut.
"Tengku Dafrim lepaskan saya. Awak nak bawa saya pergi mana ni?!" dia menjerkah.
Suasana malam yang gelap. Tambah tiada orang di sini seakan dia menjerit hanya akan menjadi sia-sia sahaja.
"Tengku Dafrim." dia masih sahaja cuba untuk melepaskan tangannya.
Namun tindakkannya mendapat respon dengan secara tiba-tiba lengannya di tarik dan tubuhnya bertembung dengan pintu kereta yang tadi memancarkan cahaya tadi.
Dan kini mereka saling berhadapan. Walaupun suasananya gelap. Dia masih boleh melihat wajah tersebut.
Tiada calitan luka apa-apa itu sedikit membuat dia lega. 'Nasiblah dia tak cedera.'
"Berapa kali aku cakap. Jangan jalan seorang dekat lorong gelap." Nada itu rendah tapi dia boleh rasakan aura dingin dan hangat yang bertembung tersebut.
Menyakitkan...dan mematikan.
Annabella tidak menjawab. Hanya Cuma mata dia yang tidak lepas memandang kepada Tengku Dafrim yang memberi pandangan dingin kepadanya itu.

YOU ARE READING
ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)
FanfictionShe fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun berlainan pula untuk kisah yang satu ini. Bagaimana dengan ayat seperti ini? He fall first, he fall h...