BAB 29

448 30 2
                                    

Dua minggu kemudian...

Suasana dalam kafe pada pagi seawal pukul 8:00 pagi itu masih sahaja sunyi hanya ada beberapa pelanggan yang baru masuk dan juga seorang pekerja yang berada di kuanter membuatkan air.

"Miss Annabella. Ice latte is ready." Ujar si barista Wanita tersebut.

Annabella langsung bangun dan mencapai secawan kopi yang telah sedia di atas kuanter 'pick up' tersebut.

"Thank you." Ucapnya kepada si barista perempuan tersebut.

"Welcome. Have a nice day miss." Ucapnya.

"You too. Thank you." Balasnya. Lalu mengambil cawan kopi tersebut dan pergi.

Keluar daripada kedai kopi tersebut udara segar pagi berhembus menerpa ke wajahnya.

Terasa sedikit tenang untuk pagi ini.

'A good time will be coming Anna.' Ujarnya dalam hati.

Dia pun berjalan pergi dan masuk ke dalam kenderaannya mulai memandu pergi meninggalkan Kawasan tersebut.

Beberapa minit memandu dia pun telah tiba di bagunan tempat kerjanya.

Setelah mengunci keretanya dia pun berlalu pergi membawa semua berangkasnya dengan kopi yang tadi.

"Good morning cik Anna."

"Morning."

"Morning Anna.."

"Morning.."

Seperti hari-hari biasanya semua orang yang bertemu dengannya menguncapkan selamat pagi untuknya.

Dan dia juga akan membalas dengang ucapan selamat pagi juga kepada mereka.

"Good morning cik Anna. Wah...awal beli coffe." Tegur Zaza yang melalui lift saat terbuka itu.

"Morning. Saja nak ubah angin kejap minum ais pagi-pagi." Balas Annabella.

Dan mereka sama-sama berjalan masuk ke dalam ruang kerja mereka itu.

"Eh...eloklah ubah angin. Tak salah pun. Cik Anna dah breakfast juga ke?" soal Zaza.

Annabella menganggukkan kepala. Di kedai kopi itu bukan sahaja dia membeli secawan kopi dia juga membeli satu kotak kecil donat untul di makannya.

Dan semuanya dia habiskan di sepanjang pejalanan ke sini.

"Okeylah kalau cik Anna cakap macam itu baguslah. Ingat sarapan tu penting untuk mulakan pagi dengan semangat barulah boleh kuat kerja..!" ujar Zaza dengan penuh semangatnya.

Annabella tersenyum. Zaza memang orang satu-satunya yang akan membuat dia tersenyum dalam situasi apapun.

"Terima kasih. I will." Balas Annabella hanya melayani sahaja si gadis.

"Okeylah. Saya pergi dulu lah. Nak buat kopi lepas tu sambung kerja. Ah...walaupun kerja tak banyak sangat 2 minggu ni sebab dah tak banyak client yang datang. Lagi-lagi...Tengku Dafrim." ujarnya tanpa segaja nama Tengku Dafrim juga di ucapkan.

Dia perasan lelaki itu, lansgung tidak mendatangi ke pejabat mereka selama 2 minggu ini.

Dan itu bermula sejak malam dia dan Tengku Dafrim bertengkar hebat. Serta dia meminta lelaki itu menjauh daripadanya.

Serta malam yang paling dingin dia rasakan. Berjam-jam di dalam air. Keluar sahaja tubuhnya sudah terasa beku membiru.

Tanpa dia sedari nafas berat di lepaskan daripada mulutnya itu.

Namun nasib baiklah Zaza pun sudah tiada di situ melainkan dia sendirian masih sahaja berdiri tanpa berganjak.

Menyedari dia masih sahaja berdiri sendirian maka dengan itu dia pun berpaling dan masuk ke dalam bilik pejabatnya.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)Where stories live. Discover now