Elle tertawa melihat keluarga mertuanya yang terloncat setelah mengetahui berita gembira yang diumumkan oleh Nicholas usai sahaja bersarapan. Maria terus mendekati Elle dan memeluk tubuh menantunya dengan erat. Bibirnya tidak henti mengucapkan tahniah.
"It's really Romano's big weekend!" Nicky berkata dengan teruja. Nicholas tersenyum.
Maria menatap Theo yang agak pelik melihat neneknya memeluk ibunya. Maria kemudiannya mencium pipi Theo dan mendukung cucu lelakinya itu. Elle mendongak menatap Theo. Theo ketawa.
Nicholas memaut bahu Elle dan mencium kepala isterinya. Matanya kemudian menatap adik perempuannya itu. Tangannya langsung enggan melepaskan lengan Enzo. Ceh! Mentang-mentang dah jadi suami isteri yang sah.
Elle mendongak menatap Nicholas. Nicholas tersenyum.
"Are you okay?" Nicholas bertanya. Elle kemudiannya mengangguk dan tersenyum. Dia menoleh ke arah Theo.
"I know that face, Love. What's wrong?" Nicholas berbisik. Elle gelengkan kepalanya dan merapatkan kepalanya di dada Nicholas.
Elle menatap Theo. Entahlah, dia rasa sebak tiba-tiba apabila melihat anak sulungnya itu. Rasa sayu hatinya. Terlalu awal untuk dia berkongsi kasih dengan adiknya. Elle mengigit bibir bawahnya sebelum dia memeluk erat pinggang Nicholas. Nicholas pelik.
Elle bangun dari sofa ruang tamu rumah mereka itu dan meminta izin untuk beredar. Elle menatap Theo.
"Mi..Mi.." Theo memanggil. Elle kemudiannya tersenyum dan dia meraih huluran tangan Theo. Elle kemudiannya memeluk tubuh kecil itu sebelum berundur. Nicholas pelik.
Bibir Elle tersenyum namun tidak dengan wajahnya. Maria dan Angelo duduk bersebelahan sambil teruja membicarakan tentang berita gembira tadi.
Nicholas memandang ke arah tangga. Elle menaiki tangga itu menuju ke arah laluan bilik tidur mereka. Nicholas tidak berlengah, dia bangun dan melangkah membuntuti isterinya.
Pintu bilik tidurnya dibuka dengan perlahan. Dia melihat Elle sedang baring di katilnya sambil menatap Theo yang sedang merangkak di atas katil itu. Elle mengelus kepala Theo.
"Elle?" Nicholas memanggil. Elle mengangkat kepalanya. Dia kemudiannya tersenyum sebaris.
"Boleh abang masuk?" Nicholas bertanya. Elle mengangguk dan senyum. Nicholas masuk dan dia terus mendekati isteri dan anak lelakinya. Nicholas melangkah menaiki katil bersaiz King itu.
Elle bangun dari baringnya dan bersila. Dia melihat Theo yang sedang bermain dengan mainannya. Nicholas mencium kepala Theo sebelum dia mendongak menatap Elle.
"Love?" Nicholas memanggil. Elle menoleh dan dia tersenyum.
"Ya, abang." Elle menjawab.
"What happened? Elle okey ke ni? Kenapa abang tengok muka Elle macam sedih je? Elle tak happy ke?" Tanya Nicholas dengan lembut. Tangan isterinya diraih.
"Mana ada! Tak adalah. Saya okey je." Elle berkata Dan tersenyum. Nicholas menatap Elle tidak lepas. Matanya tepat menatap Elle. Elle melirik ke arah Nicholas sebelum dia ketawa.
"Ya Allah abang. Saya okey betul." Elle berkata.
"Love nak tahu tak? Perkara apa yang Love tak boleh sembunyikan dari abang? Love tak pandai menipu dekat depan abang. I know that face." Nicholas berkata.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...