Pagi berikutnya, sewaktu Ara sedang membancuh segelas air teh. Tiba-tiba Ara mendengarkan suara tawa seseorang yang tidak jelas asal-usulnya mula mengisi telinganya. Ara menoleh ke sekeliling, tetapi tidak ada siapa pun di dalam rumah. Dia berfikir mungkin itu hanya khayalannya saja. Tapi suara itu semakin jelas, dan semakin dekat. Suara itu berbicara dalam bahasa yang tidak difahaminya, dan ia memberi kesan yang sangat menakutkan.
Pintu bilik Ara tiba-tiba terbuka dengan sendirinya, walaupun tiada sesiapa yang menyentuhnya. Dengan perasaan takut yang semakin menghantui .Ara cuba menutup pintu itu, tetapi sesuatu yang tidak kelihatan menahan pintu tersebut. Ia terbuka perlahan-lahan, dan bayangan hitam yang besar melintasi ruang itu. Ara terkejut dan mundur ke belakang, tapi bayangan itu bergerak semakin dekat.
"Siapa... siapa tu?" Ucap Ara dengan suara bergetar.
Makhluk itu muncul sepenuhnya di hadapannya. Wujudnya tidak jelas, hanya bayang-bayang besar yang bergerak tanpa bentuk yang tetap. Matanya merah menyala dan mulutnya terbuka lebar, memperlihatkan taring yang tajam. Ara merasa seperti jantungnya berhenti berdetak. Setiap gerakan makhluk itu mengeluarkan suara yang mengerikan, seolah-olah seluruh tubuhnya dipenuhi dengan kegelapan yang sangat dalam.
"Kau tidak akan pernah bebas, Ara. Hidupmu akan dihancurkan oleh kami,"ucap suara yang datang dari makhluk itu, suaranya yang dalam dan mengerikan.
Ara berlari keluar dari biliknya, tetapi makhluk itu terus mengejarnya. Setiap langkahnya diikuti oleh suara langkah kaki yang berat, dan udara di sekelilingnya semakin menjadi dingin. "Tolong! Tolong!" jerit Ara, tetapi tiada siapa yang mendengarnya.
Namun, makhluk itu tidak datang sendirian. Tiba-tiba, bayangan lain pun muncul di hadapan Ara. Kali ini, ia adalah seorang wanita tinggi, berpakaian serba putih, namun wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas. Wajah wanita itu kelihatan kabur, seolah-olah diliputi oleh kabus tebal. Suara wanita itu berbicara dengan suara lembut namun menakutkan.
"Kau tidak boleh lari, Ara. Tarianmu sudah dimulakan. Kau takkan mampu keluar dari ini semua".
Ara merasakan dirinya semakin terperangkap. Di luar rumah, langit tiba-tiba menjadi gelap, dan angin bertiup kencang, membawa suara-suara aneh. Makhluk-makhluk ghaib yang dihantar oleh Tok Dukun terus mengganggunya, dan cuba untuk menakut-nakutkan Ara dengan cara yang semakin ekstrem. Rumah Ara dipenuhi dengan suara tawa yang tidak wujud, bayangan yang bergerak tanpa arah, dan angin yang membawa bisikan-bisikan jahat.
Tiba-tiba, suara lembut yang dikenalnya muncul di telinganya, suara yang sangat mirip dengan suara roh penjaga yang selama ini melindunginya dan keluarganya "Ara, aku datang untuk melindungimu. Kau perlu melepaskan rantai pelindung itu. Hanya dengan cara itu, kau akan bebas dari situasi ini". Ujarnya roh penari yg menyerupai roh penjaga.
Ara terkejut. "Roh penjaga?" Dia bertanya, suaranya penuh dengan kebingungan dan keraguan."Kenapa kau cakap macamtu? Aku takkan bukak rantai ini. Rantai ini melindung aku". Jawabnya tidak mahu.
Namun, suara itu semakin lembut dan penuh dengan ketenangan. "Kau tidak faham, Ara. Rantai itu hanya mengikatmu. Ia adalah simbol yang menghalangmu daripada mencapai kebebasan sejati. Aku ingin membantumu, tetapi kau harus melepaskannya."
Ara menundukkan kepala, merenung rantai pelindung yang tergantung di lehernya. Rantai itu telah menjadi sebahagian daripada dirinya, dan selama ini, dia percaya bahawa rantai itu adalah pelindungnya. Tetapi, ada rasa yang aneh di dalam hatinya, seperti ada sesuatu yang tidak kena. "Kenapa roh penjaga berkata macamtu?".
Ketika Ara terus berpikir, suara lembut itu kembali berbicara, kali ini dengan nada yang lebih mendalam. "Kau harus percaya padaku, Ara. Aku adalah penjaga keturunanmu, dan aku akan selalu ada untuk melindungimu. Tetapi rantai itu... ia adalah beban yang menghalang kekuatan sejati yang ada dalam dirimu. Lepaskanlah, dan kau akan lebih kuat." Hasutnya dan memaksa ara melepaskan rantai pelindung tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐑𝐎𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈 -𝐒𝐄𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄
HorrorKARYA KE 2 BY DEWI ROCHELLE GENRE: HORROR SERAM SINOPSIS: Tarian Terakhir Roh Penari mengisahkan tentang Arabelle, seorang gadis muda yang baru berpindah ke sebuah desa terpencil bernama Desa Lembah Rimba bersama keluarganya. Desa ini dikelilingi h...