Bab 1

151 41 5
                                    

Pada suatu hari, Ara seorang gadis muda yang baru sahaja berpindah ke desa itu bersama keluarganya, dia tidak tahu bahawa dia telah melangkah ke dalam dunia yang penuh dengan misteri dan kegelapan. Sebagai seorang penari yang berbakat, Ara  datang ke desa itu untuk mencari ketenangan dan inspirasi. Namun, tanpa dia sedari, Ara telah menjadi sebahagian daripada sebuah legenda yang belum selesai. Tarian Terakhir telah menunggu kedatangannya, dan takdir yang gelap ini akan mengubah hidupnya selamanya.

Pada malam bulan purnama pertama selepas kedatangannya, Ara mula merasakan sesuatu yang ganjil. Bunyi gendang yang berdesir perlahan,dan suara yang  lembut  seperti mengajak dirinya, membuatkan dia tidak dapat tidur. Ara berjalan keluar dari biliknya dan menuju ke arah hutan untuk melihat siapakah yang berada di dalam hutan dimalam hari seperti ini.

Ara melihat seorang wanita berpakaian tradisional, dengan rambut panjang terurai, sedang menari di tengah hutan. Tarian itu penuh dengan kesedihan, dan gerakannya  penuh keanggunan .Seolah-olah menceritakan kisah yang hilang. Ara terpegun, dan tanpa disedari, langkahnya semakin lama semakin dekat . Dan ketika wanita itu menoleh, wajahnya terlihat kosong, matanya tidak hidup , tapi ada sesuatu yang menakutkan di dalam pandangannya.

Tiba-tiba, wanita itu berhenti dari menari. Ara terkejut. Penari itu berpaling perlahan ke arahnya, wajahnya kosong, tetapi matanya seakan menembus  ke jiwa  Ara . Tarian itu telah berhenti, tetapi udara di sekitar mereka masih berat dengan kehadiran yang tidak dapat dijelaskan

suara wanita itu berbisik ke arah telinganya"Tarian terakhir...."Kau akan menggantikan aku."

Ara  terkejut dan hampir tidak percaya, dan   melangkah mundur sedikit

"Apa maksud awak?  Siapa awak?". Soal Ara hairan melihat seorang perempuan dengan pakaian tradisional sedang menari di dalam hutan pada tengah malam.

Wanita itu tidak berkata apa-apa lagi. Hanya senyumannya yang penuh kesedihan yang terbentuk di bibirnya,  Dia kembali menari. Tetapi kali ini, gerakannya tidak lagi anggun. Tarian itu penuh dengan kesedihan yang mendalam, seperti sesuatu yang tidak akan pernah berakhir. Ara merasa tubuhnya menjadi kaku, dan tidak mampu bergerak, walaupun ada dorongan kuat untuk lari.

Suara wanita itu semakin bergema di dalam kepala Ara.

"Tarian ini tidak akan berakhir tanpa penggantimu Tarian terakhir... hanya akan selesai apabila kau menari."

Ara dengan suara bergetar, cuba melarikan diri, tetapi tubuhnya seperti dibekukan.

"Tak ! Aku tak nak ! Aku tak nak! menggantikan awak!! ". Tolak Ara  sambil menggelengkan kepalanya dan berasa takut.

Namun, wanita itu hanya tersenyum, seakan mengerti ketakutan yang melanda Ara. Dalam sekelip mata, tubuh wanita itu menghilang ke dalam kabut yang semakin tebal. Suara gendang yang mengiringi tarian itu masih bergema, meskipun penari itu telah hilang.

Ara jatuh terduduk di tanah, dia berpeluh dingin, mulutnya ternganga, dan jantungnya berdegup kencang. Apa yang baru saja terjadi? Apa yang sebenarnya yang dia lihat? Dia tak tahu, tetapi dia tahu satu perkara iaitu Tarian Terakhir itu bukanlah hanya cerita legenda.Tapi  ia nyata, dan dia kini terperangkap di dalamnya.

Dengan kaki yang lemah, Ara kembali berlari pulang ke rumah. Dia tidak tahu apa yang baru saja dialaminya. Tetapi suara gendang itu masih terngiang di telinganya, dan bisikan wanita itu terus menghantui fikirannya.

"Kau akan menggantikan aku..." suara itu terus bergema di kepala Ara.Dia tahu, takdirnya telah berubah. Tarian Terakhir itu  bukan lagi sekadar mitos. Ia adalah kenyataan yang kini menghantuinya. Dan , tanpa dia sedari, dia telah dipilih untuk menggantikan penari itu.

𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐑𝐎𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈 -𝐒𝐄𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang