BAB 28

779 56 21
                                    

Jam tepat pukul 12:00 malam.

Tasik danau kota yang kosong tanpa ada satu orang pun membuatkan dia sedikit rasa takut.

Namun di kernakan cincin tersebut. Dia harus mendapatkan ia semula. Sesaat pula dia mulai terfikir.

"Kenapa aku nak dapatkan cincin tu semula? Kalau dia sendiri yang buang?" dia menyoal diri sendiri.

Di saat itulah dia tersedar. Tertiba tubuhnya langsung berbalik untuk pulang sebelum...

"Kau datang. Aku ingat kau dah tak datang." Ujar lelaki itu yang entah sudah tiba berapa lama.

"Dafrim." halus suaranya menitip nama lelaki itu.

Kemeja hitam dengan seluar putih lelaki itu kelihatan sederhana. Tapi tidak dapat mengurangkan ke kacakan lelaki tersebut.

Dia berkata jujur.

Annabella menelan air liur sendiri. Dia melihat ke kiri ke kanan bukan nak memeriksa keadaan.

Tapi dia mahu menghilangkan rasa gugupnya jika sudah mulai buka mulut.

"Tak ada orang dekat sini selain daripada kita. Kau jangan fikir kau tu penting sangat." ujar lelaki dingin itu.

Okey...jika seperti ini. Sudah masanya bukan untuk dia teruskan sahaja niatnya ke sini.

Lalu dia langsung menghulurkan tangan kepada lelaki tersebut.

"Mana cincin itu?" mintanya.

Lelaki itu memandang tepat ke terlapak tangan Annabella yang sedang di hulurkan itu.

Lalu tidak lama lelaki itu mencebis senyuman sinis. "Lepas kau buang. Kau nak ambil balik?"

Dia mengangkat wajah memandangi kepada Annabella yang sudah berkerut dahi itu.

"Lepas itu kau boleh pergi jual?" kenyataan itu makin membuat Annabella berkerut dahi keras.

"Apa-'

Lelaki itu mahu ke hadapan membuatkan Annabella berundur ke belakang secara automatiknya.

"Beritahu aku Anna. Kenapa kau buang cincin ni!" jerkah lelaki itu seakan boleh mengegarkan seluruh Kawasan ini.

"Apa yang awak cakapkan ini Tengku Dafrim?! saya tak pernah buang cincin itu!" dia membalas juga dengan nada tinggi namun tidak sampai menjerkah.

Sumpah. Dia boleh bersumpah sekesal apapun dia pada lelaki itu. Pemberian lelaki itu tidak satupun dia berniat untuk membuangnya atau apa-apapun.

"Habis itu. Ini...kenapa Aydella yang pakai cincin ini. Dan dia ambil daripada tong sampah milik kau. Kenapa?" nada suara itu tidak berdaya. Tapi seakan masih di paksa untuk bersuara.

Di situlah Annabella mulai rasa lemas. "Tengku Dafrim. Saya bersumpah. Saya tak pernah-"

"Jangan bersumpah Annabella. Jangan bersumpah! Kalau kau hanya akan ingkar sumpah kau." Potonmg lelaki tersebut.

Matanya Annabella tidak berhenti daripada berkedip. Nafas pun tidak dapat di atur dengan benar.

"Kau tahu. Nilai cincin ini pada aku? Usaha....yang aku dah berikan untuk dapatkan cincin yang paling sempurna." Nyata lelaki itu membuat Annabella makin bisu.

"Tiada nilai. Tapi sekarang kau dah tak layak untuk dapatkan cincin yang tiada nilai ini." Nyatanya.

Lagi-lagi membuat hati Annabella hancur mendengarkannya. Namun itu tidak membuat mulut dan suaranya Annabella terus membisu.

"Jadi ambil semula. Lagipun kita dah tak ada apa-apa hubungan kan sekarang. Kita dah putus." Ujarnya.

"Putus." Keliar daripada mulut lelaki itu.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)Where stories live. Discover now