BAB 27

378 34 9
                                    

Ke sana dan sini dia mencari. Mana ni? di selekoh biliknya di cari sehingga ke celah-celah pintu biliknya.

Dia yakin...dia tidak pernah bawa keluar cincin tersebut. "Mana...mana dia?" soalnya kepada diri sendiri.

Hatinya berdebar. Dia merasa resah yang terlampau. Matanya melelau melihat ke sekelilingnya berharap bahawa dia Nampak cincin yang di cari-carinya itu.

Daripada bilik dia mencari kemudiannya dia keluar dan mencari. Di ruang tingkat atas mahupun di ruang tamu rumah tersebut.

'Tak ada...tak ada...'

"Kau cari apa?!" soal Puan Mariam yang tiab-tiba muncul itu.

Dia bangkit berdiri tegak di hadapan Wanita tersebut. Dia mengelengkan kepala.

"Tak. Tak ada. Apa-apa." Balas Annabella sedikit gugup.

Puan Mariam memandang tajam kepada Annabella. Seakan-akan sama sekali tidak mempercayai perkataan gadis tersebut.

Disaat seperti itu tiba-tiba Aydella muncul daripada anak tangga tersebut.

"Mama...apa pendapat mama. Dafrim akan suka tak kalau Della pakai maca mini?" soal Aydella yang penuh riang membelek dirinya kepada Puan Mariam.

Dan respon Puan Mariam sudah pasti sangat teruja dengan penampilan anak gadisnya itu.

"Cantik...mestilah Tengku Dafrim akan suka." Balas Puan Mariam penuh keterujaan.

Annabella di samping hanya mampu memandang tanpa kata. Sampailah matanya berhenti memandang kepada satu tempat.

'Itu..'

Tanpa sedar kakinya membuka Langkah dan langsung dia berbicara.

"Della. Itu cincin..."

"Ohh...ini cincin akak kan. Della pinjam kejap eh. Cincin ni cantik sangat Della tengok. Lagi-lagi ini sesuai dengan baju Della sekarang." Beritahunya.

Dress pendek berwarna merah jambu lembut itu memang boleh di katakana sesuai di pakaikan dengan cincin yang dia miliki itu.

"Tapi Della-"

"Hei! Kau ni kan. Banyak betul bercakap. Kan anak aku cakap. Dia pinjam sejak. Takkan tak boleh kot." Hendik Puan Mariam.

"Saya tak kesah mak long. Tapi-"

"Tapi..tapi. Tapi apa! Eh setakat anak aku pinjam cincin buruk kau ni. kalau hilang sekalipun aku boleh ganti baliklah. Seribu aku boleh ganti balik cincin yang sama ni." ujar Puan Mariam dengan penuh lagaknya itu.

"Mama....dah lah. Jangan marah akak." Ujar Aydella mencelah yang kononnya mahu mendamaikan keadaan.

Dengan wajah polosnya itu dia berpaling kepada Annabella. "Akak. Kalau akak tak izinkan Della ambil cincin ini tak apa. Della pulangkan balik oleh." Aydella bertindak seakan-akan mahu menanggalkan cincin tersebut.

Dan Puan Mariam pula menyambung kata. "Humm....dasar. Dengan barang buruk ni pun kau nak berkira. Tak kena di untung." Ujar Wanita tersebut.

"Della. Tak apa. Pakailah." Ujar Annabella pada akhirnya mengalah.

Dan Aydella yang tadi mahu mencabut cincin tersebut langsung berhenti. Dia tersenyum gembira.

"Betul akak? Boleh?" soalnya.

Sedikit teragak-agak Annabella mengangguk. Dan Annabella melompat kegirangan.

"Yeah..! thanks akak..!" ujar Aydella tersenyum bahagia.

"Ah...macam itulah. Kau kena ingat Annabella. Dalam rumah ini, barang kau. Akan jadi hak milik keluarga ini. Jadi kau tak ada hak nak larang orang dalam rumah ini untuk ambil barang kau. Faham!" hendeknya.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)Where stories live. Discover now