Mereka akhirnya pulang ke tanah air setelah tiga hari mereka bercuti ke Paris. Setibanya mereka di Palazzo, mereka terus sibuk membantu Nicky menyiapkan majlis mereka yang bakal berlangsung lagi dua hari.
Nicholas pula sibuk dengan kerjanya dan perlu menyiapkan tugasannya sebelum majlis adiknya tiba. Elle melihat Theo bersama Sienna di halaman rumah mereka. Cuaca pula sekarang agak sejuk. Jadi Nicky perlu mengubah semula persiapannya agar semua tetamu selesa semasa menghadiri majlisnya nanti.
Elle berfikir sejenak. Dia menongkat dagu. Elle sedikit pelik dengan dirinya dua tiga hari ini. Terasa ada perubahan dengan tubuh badannya. Selera makannya juga bertambah hari ke hari namun tidak sampai beberapa minit, dia terpaksa memuntahkan kembali. Bukan itu sahaja, Elle pun mula pelik apabila tarikh haidnya agak lewat beberapa minggu. Sudah tentu dia akan merahsiakan hal ini kepada mereka semua memandangkan mereka sedang sibuk dengan persiapan majlis Nicky dan Enzo.
Elle bangun dan meminta diri untuk ke biliknya sekejap. Elle menuju ke biliknya. Beberapa pembantu rumahnya menyapa Elle sebelum Elle masuk ke biliknya. Elle menuju ke almari biliknya dan ditarik laci putih itu. Dia melihat kotak putih yang terletak di dalam laci itu. Elle mengigit bibirnya. Entah kenapa hatinya kuat berkata yang perubahan yang berlaku pada dirinya ini ada kaitan dengan...
Elle gelengkan kepalanya namun tangannya laju mengambil kotak di dalam laci itu.
"Ah, cuba jelah." Elle berkata dan terus masuk ke dalam bilik air di dalam biliknya itu. Just try to confirm something.
Elle mencekak pinggangnya dan berdiri tegak di hadapan wastafel bilik airnya itu. Elle mengigit bibir bawahnya. Gementar untuk menanti keputusan dari alat ujian itu. Elle melihat dirinya di cermin bilik airnya itu. Nervous.
Elle menunduk dan dia terkejut ketika keputusan dari alatan itu mula muncul. Elle mengambil dan mengenggam alat ujian itu. Elle rasa takut dan gementar. Dia menarik nafasnya dan menghembus perlahan. Elle menunduk dan melihat tangannya. Perlahan-lahan dia membuka genggaman tangannya. Semakin luas genggamannya dibuka semakin jelas hasil keputusan dari ujian itu. Mata Elle membulat.
1-2 *Pregnant*
Elle ternganga dan tubuhnya kaku. Elle kaku 10 saat. Dia menutup mulutnya tidak percaya. Elle melihat dirinya di pantulan cermin bilik airnya itu. She's pregnant? Pregnant? Dan kalau ikutkan pada hasil keputusan ujian kehamilan ini, usia kehamilan dia adalah 1 atau 2 minggu. Elle menghela nafas dan pejamkan matanya.
Memang dirinya pernah terdetik untuk menambah seorang lagi cahaya mata dalam hidup mereka, tetapi tidak sangka secepat ini. Theo hampir menginjak 10 bulan. Tidakkah ini terlalu cepat? Elle bersandar di dinding.
"No!! I shouldn't tell them about this. It's Nicky and Enzo day." Elle berkata sendiri. Ya. Dia harus merahsiakan hal ini daripada keluarga Romano. Tapi apa yang pasti... Nicholas perlu diberi pelajaran atas perbuatannya.
"Love?"
Elle terkejut ketika dia mendengar suara Nicholas yang memanggilnya dari luar bilik airnya itu. Macam tahu-tahu je namanya diseru. Elle cepat-cepat menyembunyikan kotak dan alatan itu ke dalam tong sampah. Ditutup dengan tisu tebal-tebal.
Elle berdiri tegak. Dia mencuci tangannya dan sengaja membasahkan sedikit wajahnya. Elle mendengar Nicholas memanggilnya lagi. Ishh!! Tak sabar betullah mamat ni.
Elle keluar.
"Oh, sayang abang ada dekat sini. Abang rindu.." Nicholas tersenyum dan terus mendekati Elle. Tubuh Elle dipeluk erat.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...