BAB 26

570 43 12
                                    

Setelah segala urusan pertetapan Tarikh tunang serta nikah sudah di persetujui. Maka mereka pihak keluarganya Tengku Dafrim mulai untuk pulang itupun setelah makan malam tengahari bersama.

"Terima kasih untuk hari ini datang kerumah kami yang tak seberapa ini." Ujar Puan Mariam yang merendah diri.

"Ehh..kami yang patut berterima kasih sebab sudi terima kehadiran kami. Layan kami dengan baik. Terima kasih ye Mariam. Tuan Adram." Kali ini Tengku Dania yang membalas.

"Sama-sama..sama-sama..." dan Puan Dania membalas dengan sama-sama.

Sementara tidak jauh daripada kumpulan keluarga yang berbual sedikit di luar daripada rumah itu ada sepasang pasangan yang baru melamar itu.

"Thanks for to day you. I bahagia sangat." ucap Aydella sambil tersipu di samping Tengku Dafrim.

Walaupun dia bahagia tapi kali ini tidak memeluk Tengku Dafrim di lengan. Kena faham-fahamlah di hadapan bakal mentua.

Nanti..takut di fikirkan buruk pasalnya nanti tidak pandai menjaga batasnya.

"Sepatutnya I yang cakap thanks for to day. Sebab you terima lamaran I dengan baik." Balas lelaki itu dengan lembut.

"Hum..." dengan manjanya Aydella merespon.

Sesekali Tengku Dafrim berpaling dan berakhir pada balkoni rumah yang berada di atas kelapa mereka itu.

"Itu bilik kak Anna..."

Tengku Dafrim diam tidak membalas. Namun mat aitu tidak teralihkan daripada memandang. "Maaf eh you. Akak tak berapa sihat lepas dia panggil I turun tadi." Beritahunya walaupun tak di tanya.

Namun respon Tengku Dafrim pantas bertanya. "Kenapa dia tak sihat?" soalnya.

Dan Aydellah yang seolah tidak mengetahui bahawa lelaki itu yang sedang merisaukan si kakak sepupunya itu langsung di jawabnya.

"Macam mana nak cakap." Aydella sedikit teraga-agak.

"Della. Kenapa?" soal lelaki itu. Tanpa sedar nada suaranya sedikit berubah.

Dan Aydella merespon dengan sedikit berkerut dahi. Namun dia tetap menjawabnya.

"Tapi sejak akak balik daripada Swiss boleh kata Akak Anna kerap muntah."

"I mean. Ada sekali tu dia hampir nak muntah sebab bau masak lemak sedangkan itu makanan kegemaran dia." Ujar Aydella.

Daripada situ Aydella dapat menangkap reaksi wajah Tengku Dafrim yang serta merta berubah itu. Dan itu Aydella mulai tersenyum lagi.

"I tak tahulah. Tapi I terfikir yang dia mengandung." Nyatanya.

Setelah dia berkata bergitu automatik reaksi terkejut itu terpancar daripada wajah kacaknya lelaki tersebut.

"Tapi itu andaian I sahaja. I tak rasa kakak boleh buat hal macam itu."

Dan-dan..itu lagi-lagi membakar jiwa si lelaki. 'Mampus kau Anna. Aku jamin dia akan makin bencikan kau.'

Dan kali ini, Tengku Dafrim diam tidak merespon ucapan daripada Aydella itu.

Tanpa lelaki itu sedari Aydella sudah tersenyum sinis. Ternyata cerita yang dia reka boleh di ambil serius juga.

Kembali melihat kepada wajah kaku yang sudah merah padam itu. Aydella yakin lelaki itu sudah termakan dengan cerita rekaannya.

'Ah...makin di benci kau Annabella.' Ejeknya di dalam hati.

"Dafrim!" itu kedengaran daripada Tengku Dania yang memanggil.

Seketika mereka berdua yang tidak jauh berpaling. Melihatkan kepada kedua orangtua lelaki itu yang sudah masuk ke dalam perut kereta.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)Where stories live. Discover now