Hari berlalu dengan pantas, sedar tak sedar, sudah hampir ke penghujung bulan. Hari minggu itu, cahaya matahari sudah tinggi memancar, namun Hamdi dan Sarah masih berada di atas katil. Mereka tidak tergesa-gesa, menikmati saat santai yang jarang diperoleh. Hamdi memeluk Sarah erat dari belakang, wajahnya tersembunyi lembut di helaian rambut isterinya. Dia memberikan beberapa ciuman manis di leher Sarah, membuatkan isterinya tersenyum kecil, meski masih lagi separuh mengantuk.
"Wanginya isteri abang pagi ni," bisik Hamdi, suaranya lembut namun penuh kasih.
"Hari ini je ke yang wangi? Hari lain...?"Sarah hanya menggeleng dengan senyuman malu-malu.
Hubungan mereka terasa semakin erat, keintiman antara mereka lebih mendalam dari sebelumnya. Meskipun banyak yang sudah berubah, cinta mereka tetap teguh dan saling merapat.
Menjelang tengah hari, mereka bersiap dengan pakaian santai. Sarah memilih jubah labuh dengan kain satin longgar, manakala Hamdi memakai kemeja kasual. Mereka akan memenuhi jemputan yang sudah lama tertunda—makan tengah hari di rumah Man dan Irma. Jemputan itu sering kali ditunda atas kesibukan masing-masing, tetapi hari ini, mereka akhirnya dapat meluangkan waktu.
Setibanya di rumah Man dan Irma, mereka disambut dengan mesra. Irma, yang mengenakan dress sederhana tetapi masih kekal menggoda, tersenyum manis kepada Sarah sambil memeluknya. "Akhirnya, ada rezeki kita makan sama-sama hari ni!" katanya.
Man, dengan perwatakan santainya, mempersilakan mereka untuk duduk. Hidangan sudah tersedia, masakan western, pizza, lamb chop, dan pencuci mulut yang menyelerakan. Mereka makan sambil berbual santai, suasana riang dengan gurauan ringan yang menceriakan.
Setelah selesai makan, mereka berpindah ke ruang tamu, menikmati teh sambil meneruskan perbualan. Topik berbual mula bergerak ke arah yang lebih intim dan personal.
"Sarah, saya nampak awak semakin berseri. Apa rahsianya?" Irma mengusik sambil tersenyum nakal.
Sarah tersipu malu. "Tak ada apa-apa... mungkin sebab saya dah mula relaks, selalu bersenam, Hamdi pun banyak beri sokongan."
Man mencelah, matanya sedikit bersinar nakal. "Haa, tu laa, Vijay dan Reza kata hari-hari dia bersenam dengan Sarah."
Hamdi tertawa kecil, namun ada nada bangga dalam suaranya. "Itu lah Man, busy sangat, sampai suami sendiri pun tak sempat dilayan."
Gelak ketawa memenuhi ruang legar rumah. Perbualan semakin rancak, dan suasana santai itu perlahan-lahan menjadi lebih hangat. Man duduk lebih dekat dengan Sarah, tangannya sesekali menyentuh lembut lengan Sarah sambil berbual. Irma pula melontarkan beberapa jenaka yang sedikit berlapik tetapi jelas bersifat menggoda kepada Hamdi.
Sarah, sudah tidak sekekok seperti dulu, tidak dapat dinafikan bahawa dia mulai merasa selesa dalam suasana ini. Hatinya bercampur baur—antara keterbukaan yang baru ditemukan dan rasa ingin tahu yang terus berkembang.
Ketika waktu semakin petang, makanan pun sudah turun ke perut, Irma membawa cawan dan teko untuk dibawa kedapur, sambil Hamdi membantunya mengangkat pinggan dan dulang yang sedikit berat. Di situ, Irma mengambil peluang untuk mendekati Hamdi, secara lebih dekat.
"Hamdi, jom ikut saya ke dalam bilik.." kata Irma sambil memandangnya dengan pandangan yang penuh maksud.
Hamdi hanya tersenyum lebar, mengikutinya tanpa membalas kata-kata itu. Hatinya berkocak gembira, sudah lama dia ingin bermesra dengan Irma, sejak dari pertemuan meraka di parti kecil itu.
Sementara itu, di ruang tamu, Man dan Sarah berbual lebih serius, membicarakan tentang kepercayaan dan keintiman dalam hubungan. Sambil Man merapatkan kedudukan, membuatkan mereka seakan sudah berpelukkan dan hanya menunggu masa untuk sesuatu berlaku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perjalanan Hidupku
AdventureKisah tentang pasangan yang baru di ijab kabul, dijodohkan oleh keluarga masing-masing dan memulakan hidup di ibu kota. Dengan latar belakang berbeza, mereka menjalani perkahwinan yang penuh cabaran, terutamanya selepas bertemu pasangan kejiranan b...