Hamdi dan Sarah kini berada dalam fasa baru kehidupan mereka, sesuatu yang mereka tidak pernah bayangkan sebelumnya. Hubungan mereka semakin intim, tetapi dalam cara yang berbeza dan tidak konvensional. Meskipun pada awalnya sukar untuk diterima, kini mereka telah menemui keseimbangan dalam kejujuran antara satu sama lain.
Sambil menikmati makan malam yang tenang di ruang tamu, mereka berbual panjang. Hamdi duduk di sofa, menghirup teh, sementara Sarah duduk di sebelahnya, bersandar dengan kepala di bahunya.
"Awak nampak lebih tenang sekarang," Sarah memulakan perbualan dengan nada lembut.
Hamdi tersenyum, mengusap lembut rambut isterinya. "Mungkin sebab saya rasa kita lebih mesra sekarang. Saya tak pernah rasa seakrab ini dengan awak."
Sarah mengangguk kecil, namun raut wajahnya menunjukkan dia sedang berfikir mendalam. "Awak tahu, saya pun rasa macam tu. Tapi saya ada satu soalan."
Hamdi memandangnya, memberi perhatian sepenuhnya. "Tanya saja."
"Apa sebenarnya yang awak mahukan? Maksud saya... fantasi atau keinginan yang awak tak pernah kongsi dengan saya sebelum ini?" tanya Sarah perlahan, hampir berbisik.
Hamdi sedikit terkejut, tetapi kejujuran Sarah membuatnya tersenyum. "Awak nak tahu ke?"
Sarah mengangguk, cuba untuk tidak kelihatan gugup. Dia mahu memahami suaminya sepenuhnya dan sekiranya boleh, ingin memenuhi segala keinginan suaminya itu.
Hamdi mengambil masa sejenak sebelum menjawab. "Saya pernah terfikir... tentang sesuatu yang lain daripada biasa. Macam... beromen dengan seorang wanita yang mengandung. Entah kenapa, saya rasa ia sangat seksi.. sangat mengujakan."
Sarah terdiam sebentar, tidak menunjukkan sebarang reaksi. Sebaliknya, dia memandang suaminya dengan mata yang penuh keinginan untuk memahami. "Menarik...lain macam kink awak ni." dia berkata dengan nada perlahan.
Hamdi mengerutkan dahi. "Awak rasa pelik ke saya cakap macam tu?"
Sarah menggeleng. "Tak pelik. Saya rasa menarik sebab awak jujur. Dan saya rasa, mungkin, saya pun ada keinginan untuk cuba sesuatu yang lain. Sesuatu yang saya tak pernah berani bayangkan sebelum ini."
Hamdi tersenyum lebar, memegang tangan Sarah. "Saya rasa kita sedang melangkah ke arah hubungan yang lebih jujur, kan?"
Sarah mengangguk, tersenyum kecil. "Mungkin ini takdir kita, untuk lebih memahami satu sama lain dengan cara yang berbeza."
Malam itu berakhir dengan perbualan panjang antara Hamdi dan Sarah. Mereka membincangkan keinginan, batasan, dan fantasi masing-masing. Tiada rahsia lagi di antara mereka. Keterbukaan ini membuat hubungan mereka semakin erat, walaupun dalam konteks yang tidak semua pasangan boleh fahami. Bagi mereka, kejujuran dan penerimaan adalah kunci kepada hubungan yang sebenar, walaupun melalui jalan yang tidak konvensional.
###
Pagi itu, Sarah duduk bersama Cikgu Azura di kantin sekolah. Mereka berbual santai sambil menikmati secawan teh tarik dan kuih-muih. Perbualan mereka pada mulanya berkisar tentang pelajar-pelajar dan aktiviti sekolah, tetapi kemudian beralih ke arah topik yang lebih peribadi. Cikgu Azura, yang terkenal dengan keperibadian ceria, tersenyum nakal sebelum berkongsi sesuatu yang tidak dijangka.
"Sebenarnya, kau tahu tak, aku pernah... bermain dan bersuka ria, dengan Suraya." Azura tersenyum penuh makna, seolah-olah sedang melihat reaksi Sarah untuk bertanya lebih lanjut.
Sarah terkejut. "Suraya? Cikgu Suraya? " Dia tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahunya.
Azura mengangguk sambil ketawa kecil. "Jangan nilai orang dari luar saja, Sarah. Kadang-kadang, ada sisi lain yang kita tak tahu.."

ANDA SEDANG MEMBACA
Perjalanan Hidupku
AdventureKisah tentang pasangan yang baru di ijab kabul, dijodohkan oleh keluarga masing-masing dan memulakan hidup di ibu kota. Dengan latar belakang berbeza, mereka menjalani perkahwinan yang penuh cabaran, terutamanya selepas bertemu pasangan kejiranan b...