Sarah menyiapkan sarapan pagi itu seperti biasa. Dia mengenakan blaus panjang berwarna pastel lembut yang membalut tubuhnya dengan sopan. Rambutnya disanggul kemas, dan wajahnya dihiasi senyuman kecil. Hamdi duduk di meja makan, memperhatikan gerak-gerinya dengan penuh tanda tanya.
"Abang nak teh atau kopi?" tanya Sarah lembut, sambil memegang teko kaca.
"Kopi saja, sayang," balas Hamdi.
Sarah menuang kopi hitam ke dalam cawan, aroma panas menyelubungi udara. Dia duduk di depannya, menghirup teh hijau tanpa sepatah kata. Suasana di antara mereka terasa sunyi, namun tidak tegang seperti sebelumnya.
Hamdi mencuri pandang isterinya. Ada sesuatu yang berbeza. Sarah kelihatan lebih tenang, lebih rilex, tetapi seakan ada dinding yang tidak terlihat, sekali lagi memisahkan mereka.
"Awak okey ke, sayang?" Hamdi memberanikan diri bertanya kepada isterinya.
Sarah mendongak, senyumannya kelihatan bersahaja dan tenang. "Okey saja, bang. Kenapa awak tanya macam tu?"
Hamdi menggeleng, tersenyum kelat. "Tak ada apa-apa. Abang risau... awak nampak macam lain sikit sekarang."
Sarah tertawa kecil. "Mungkin sebab saya banyak berfikir tentang hubungan kita kebelakangan ni. Tapi jangan risau, saya cuba untuk jadi lebih baik untuk abang. Lebih terbuka..."
Hamdi mengangguk, tetapi hatinya tetap bergelut dengan rasa ragu. Dia tidak dapat mengabaikan perasaan bahawa Sarah menyembunyikan sesuatu.
Sepanjang hari di pejabat, Hamdi bergelut dengan fikirannya sendiri. Pekerjaannya sebagai ketua jurutera TNB memerlukan fokus penuh, tetapi mindanya tidak dapat lari daripada memikirkan perubahan Sarah.
Dia teringat senyuman hambar isterinya pagi tadi. Bagaimana Sarah menyentuh bahunya dengan lembut, tetapi sentuhan itu terasa kosong, seperti satu lakonan yang dibuat-buat.
Hamdi memandang telefon bimbitnya. Nama Sarah terpampang di layar. Dia ingin menelefonnya, tetapi takut untuk mendengar apa yang mungkin keluar dari mulut isterinya.
"Kenapa aku rasa lain macam ni?" bisiknya kepada diri sendiri.
Hamdi pulang lebih awal dari biasa hari ini. Dia tidak dapat memberi sepenuh tumpuan keatas kerjanya. Dia melangkah keluar dari lif di aras unit kondominiumnya. Dia menghela nafas panjang. Seharian di pejabat tadi terasa begitu lama, fikirannya berkecamuk.
Dia tahu sudah tiba masanya untuk dia berbincang secara terbuka dengan Sarah. Segala kekeliruan dan jurang yang semakin melebar di antara mereka perlu dirungkai.
Namun, langkahnya terhenti apabila dia terlihat Intan keluar dari unit sebelah. Intan mengenakan gaun pendek satin merah, tubuhnya melenggang santai dengan keyakinan yang sukar disangkal.
"Eh, Hamdi! Awal balik hari ni?" tegurnya dengan senyuman menggoda.
Hamdi memaksa senyuman kecil. "Ya, kerja habis awal hari ini. Lagipun penat pergi Serawak haritu pun tak habis lagi. Ingat nak rehat-rehat dirumah."
Intan ketawa kecil, memerhatikan Hamdi sejenak sebelum berkata, "Sebelum awak masuk kedalam rumah, saya ada benda penting nak tunjuk. Masuklah kejap, ini tentang Sarah. Mesti awak minat nak tau"
Hamdi mengerutkan dahi, tetapi akhirnya menurut. Pintu unit rumah Intan terbuka luas, dan bau harum minyak wangi memenuhi ruang tamu. Intan menjemputnya duduk di sofa.
"Saya nak tunjukkan sesuatu yang menarik, tentang isteri awak," kata Intan dengan nada santai, tersenyum nakal, sambil mencapai telefon bimbitnya. "Mesti awak tak sangka kan..."
Dia menghulurkan telefon itu kepada Hamdi. Pada layar, sebuah video dimainkan. Hamdi melihat wajah Sarah, bersama Mel dan... Vijay. Gerak-gerik mereka dalam video itu cukup untuk membuatkan jantung Hamdi berdegup kencang. Video itu menunjukkan Sarah dalam keadaan yang terikat, mata tertutup, sedang dirodok oleh lelaki india itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perjalanan Hidupku
AdventureKisah tentang pasangan yang baru di ijab kabul, dijodohkan oleh keluarga masing-masing dan memulakan hidup di ibu kota. Dengan latar belakang berbeza, mereka menjalani perkahwinan yang penuh cabaran, terutamanya selepas bertemu pasangan kejiranan b...