BAB 67

4.1K 356 25
                                    

Bekas cincin dicampak ke arah Puan Nafisah yang berpura-pura menonton TV dan langsung tak mengendahkan kehadirannya. Ada seseorang yang menghantar cincin itu sewaktu dia mahu keluar daripada rumah tadi.

Semua yang berlaku berpunca daripada ibunya yang tak habis-habis mahu mengatur hidupnya. Dia masih dianggap seperti anak kecil yang tak boleh buat sebarang keputusan.

"Ibu... Eden minta sangat dekat ibu. Cukup-cukuplah buat sesuatu dekat belakang Eden." Eden berdiri di tepi pintu lungsur.

"Ibu buat apa?" balas Puan Nafisah tanpa riak.

"Ibu tanya ibu buat apa?! Ibu tengah hancurkan rumah tangga Eden. Ibu sedar tak apa yang ibu dah buat?" Dia harus selesaikan masalah dengan ibunya secepat mungkin, kerana selepas ini dia mahu fokus kepada Helena pula.

"Eden sedar tak Eden tengah bercakap dengan siapa sekarang?" Puan Nafisah terasa hati dengan nada yang digunakan anaknya.

Dia meraup wajah. Eden tarik nafas beberapa kali. Hampir tak dapat mengawal rasa amarahnya dek fikiran yang serabut memikirkan si isteri yang masih tak dapat dijejaki.

"Ibu sedar tak ibu dah kucar-kacirkan hidup Eden? Satu-satunya anak ibu. Sampai hati ibu nak pisahkan Eden dengan Helena."

Puan Nafisah tidak menjawab.

"Eden sayangkan Helena seorang. Tak ada seorang pun yang dapat gantikan tempat dia. Eden malu tau, bu... Malu dengan keluarga Helena sebab ibu buat macam ni. Ibu tak ada rasa malu ke?" Dia rasa sudah cukup berlembut dengan ibunya. Dia harus bertegas untuk pertahankan rumah tangga yang sedang goyah.

"Sekarang Eden dah berani kurang ajar sebab perempuan tu?" Puan Nafisah angkat muka, memandang anaknya yang masih melihat ke luar rumah.

"Selama ni... Eden diam sebab Eden hormatkan ibu. Tapi, bila ibu dah buat sesuatu yang akan hancurkan rumah tangga Eden, takkan Eden nak berdiam? Eden tak boleh terima apa yang ibu buat. Eden tahu ibu tak sukakan dia, tapi tak boleh ke ibu sorok sikit perasaan benci ibu tu demi Eden?" Dia memusingkan badan. Menatap wajah ibunya, minta pengertian.

"Tak boleh ke ibu belajar terima dia? Buat demi Eden, boleh?" Dia membuka langkah dan mendekati Puan Nafisah.

"Ibu bayangkan kalau Eden yang ada dekat tempat Helena. Apa perasaan ibu sebagai ibu Eden? Ibu tak sedih ke bila ada orang buat macam tu dekat anak ibu?" Eden jatuhkan lutut ke atas lantai dan melutut di hadapan Puan Nafisah.

"Eden tak minta banyak. Tolonggg... Tolong belajar terima Helena. Eden betul-betul sayangkan dia. Eden tak dapat bayangkan hidup Eden kalau dia tak ada." Tangan Puan Nafisah diraih.

Puan Nafisah menatap raut anaknya yang kelihatan seperti sedang merayu.

"Eden tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, sejak Helena muncul dalam hidup Eden, Eden rasa bahagia. Setiap hari Eden tak sabar nak balik rumah sebab nak jumpa dia. Bila Eden tengah sibuk kerja, mesti Eden automatik senyum setiap kali teringatkan dia. Eden tak dapat bayangkan kalau satu hari nanti, Eden kehilangan dia," terang Eden bersungguh-sungguh. Dia mahu Puan Nafisah tahu perasaannya kepada Helena adalah tulus.

"Kalau ibu nak tahu, Helena keguguran. Eden tak sengaja tertolak dia waktu kita orang gaduh hari tu." Sehingga ke detik ini Eden masih salahkan dirinya. Kalau dia dapat mengawal perasaannya, pasti semua itu tak akan berlaku.

Puan Nafisah kaget.

"Eden gaduh dengan dia sebab ibu?" Puan Nafisah melihat anaknya yang mengeluh perlahan. Cuba melepaskan beban yang dirasakan semakin berat di bahunya.

Eden menggeleng perlahan. Dia tak mahu ibunya susah hati kerana menjadi salah satu punca pertelingkahan itu.

"Kalau sekarang, Eden kehilangan anak yang tak berdosa. Eden tak nak nanti Eden kehilangan Helena pula. Eden betul-betul sayangkan dia, bu..."

[C] Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now