BAB 65

8K 416 148
                                    

Rai mendengus untuk entah kali yang ke berapa. Hampir luruh jantungnya apabila menemui Helena dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia pergi serang Eden. Namun, Helena menahannya daripada melakukan perkara itu.

Dia sempat kembali ke rumah Helena semula untuk mengambil beberapa helai pakaian dan membersihkan darah yang masih ada di ruang tamu.

Dia merenung Helena yang terlentang di atas katil hospital. Hati kecilnya terasa sayu melihat wajah pucat itu.

"Tolong jangan bagi tahu sesiapa pasal ni. Kau janji dengan aku, Rai?" Disebabkan sudah terlanjur berjanji, terpaksalah dia menunaikannya.

Apabila Helena mula bergerak, Rai pantas mendekati sahabatnya.

"Sorry, aku dah susahkan kau." Helena menghadiahkan senyuman kepada Rai yang masam mencuka.

"Kau cakap apa ni, El? Aku tak rasa susah pun." Rai duduk di sebuah kerusi di samping katil Helena.

"Aku tak dengar kau cakap macam tu lagi. Sekarang ni, aku nak tahu apa yang jadi sebenarnya."

Helena cuba bersandar pada kepala katil, namun perbuatannya itu ditahan Rai yang beri jelingan maut.

"Apa yang jadi sampai kau boleh keguguran? Kenapa kau tak pernah kongsi berita ni dengan aku? Aku bukan kawan kau ke?" soal Rai bertubi-tubi.

Helena tersenyum sekali lagi apabila teringat wajah sahabatnya yang panik setelah melihat keadaannya.

"Jangan nak senyum-senyum macam tu! Aku tengah serius ni!"

Terus mati senyuman Helena.

"Aku tak tahu pun aku mengandung, Rai." Helena tertunduk sambil mengusap perut.

Mungkin ini balasan yang dia dapat setelah melakukan banyak kejahatan. Hatinya terasa hiba apabila terkenangkan kandungan yang tak berdosa itu, terpaksa menjadi korban disebabkan dosanya yang lampau.

Rai mula mengusap lengan Helena apabila mata wanita itu mula berkaca.

"Aku jahat, Rai. Aku dah buat macam-macam sebab nak puaskan hati aku, yang jadi mangsanya..."

"Shhh... Kau jangan salahkan diri kau." Rai terus peluk Helena apabila suara wanita itu mula bergetar.

"Mungkin ni balasan yang aku dapat sebab aku jahat dengan semua orang. Aku jahat, Rai." Air mata Helena mula bergenang di kelopak mata.

"Jangan cakap macam tu, El."

"Kalau aku tak jahat, mungkin baby tu masih ada dengan aku sampai sekarang. Selama ni, aku sanggup buat macam-macam untuk puaskan hati aku. Aku terlalu ikutkan perasaan aku yang sentiasa nak menang. Aku lupa, Allah nampak semua kejahatan yang aku buat. Tapi, sekarang... semuanya dah terlambat, Rai. Anak aku dah tak ada." Air mata yang ditahan dari tadi, akhirnya jatuh ke pipi.

Semakin erat pelukan Rai kepada Helena yang sudah menangis teresak-esak.

"Anak aku jadi korban disebabkan dosa-dosa aku." Helena hanya biarkan air mata mengalir tanpa dikesat.

"Shhh... Kau tak salah pun, El. Semuanya dah tertulis untuk kau. Ujian ni cuma untuk orang-orang yang kuat macam kau." Rai mengusap belakang Helena. Cuba menenangkan sahabatnya yang semakin teruk tersedu-sedu.

"Kenapa tak aku je yang mati? Kenapa anak aku yang jadi mangsanya?" Helena mula menjerit dan salahkan diri.

Rai tahan tangan Helena yang sedang menarik rambutnya sendiri. Seolah-olah melepaskan rasa geram yang terbuku di hati.

"Aku yang salah, bukan anak aku!" teriak Helena yang masih tak dapat menerima kenyataan tentang kandungannya.

"Aku yang sepatutnya mati!" Helena masih menjerit dengan tangan yang tak henti mencarik rambutnya.

[C] Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now