BAB 62

3.7K 356 25
                                    

Helena yang menghidu bau wangian suaminya yang menusuk hidung, angkat muka. Seperti yang dijangkakan, memang Eden berdiri di belakang sofa yang sedang dihuninya.

"Tengok TV ke termenung? Saya balik pun awak tak perasan." Eden tundukkan badan sedikit dan menjatuhkan bibir di atas kepala isterinya.

Entah bila suaminya pulang kerana dia begitu leka bersoal jawab dengan diri sendiri.

"Busuklah bau perfume awak ni. Tukar perfume lainlah." Rasa sakit hati setiap kali terkenangkan Dira yang ada kaitan dengan minyak wangi yang digunakan Eden.

"Selama saya pakai, awak tak pernah kompelin pun. Kenapa tiba-tiba kata busuk?" Eden melabuhkan punggung di sebelah Helena sambil meleraikan tali leher.

"Tu dulu. Sekarang saya tak suka bau ni."

"Kenapa?" Eden sengaja bertanya kerana seronok melihat mimik muka isterinya yang sudah kelat.

Helena pusingkan leher ke sisi, matanya mencerlung memandang Eden. "Kenapa beria-ia nak tahu?"

Sewaktu melihat amaran itu, Eden berpura-pura tak melihatnya dan sandarkan badan pada sofa.

"Saja," jawab Eden pendek. Tangan mula membuka butang baju kemeja di pergelangan tangan.

Helena tarik tangan Eden dan mula mengambil tugas yang dilakukan jejaka itu tadi.

"Saya tak suka bau perfume ni sebab busuk. Setiap kali saya bau, saya rasa nak muntah," terang Helena sambil menarik tangan Eden yang satu lagi.

Sudah berbulan-bulan berlalu, namun baru sekarang isterinya bersuara? Eden kerutkan dahi.

"Saya dah terbiasa dengan bau ni, tak tahu nak tukar perfume apa." Dia hanya menggunakan minyak wangi yang ada. Malas mahu menukar selera ke wangian lain.

"Mesti awak suka sangat dengan bau ni, kan? Siapa yang pilihkan untuk awak?" Helena sengaja melantunkan soalan ini.

Eden kaku. Hanya bebola matanya yang bergerak perhatikan Helena yang sudah siap membuka butang di pergelangan tangannya.

"Kenapa diam? Awak tengah fikir apa?"

Eden menelan liur yang dirasakan berpasir. Tekaknya tiba-tiba terasa kering seperti berada di padang pasir.

"Tengah fikir pasal awak." Eden kenyit sebelah mata.

Helena balas dengan jelingan. Rasa geli-geleman pula telinganya apabila ayat seperti itu keluar dari mulut seseorang seperti Eden.

"Sekarang saya dah boleh drive, kan?" Helena minta kebenaran untuk kembali memandu seperti sebelumnya.

"Awak nak pergi mana? Nanti saya hantar." Eden mula bermain dengan jari Helena.

"Kalau saya nak pergi syurga, awak boleh hantarkan tak?" soal Helena sambil ketawa.

Jari Eden berhenti bergerak.

"Awak nak pergi sana naik kereta ke?" selesai menuturkan soalannya, Eden mula mengekek.

Helena pukul lengan Eden. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab.

"Mestilah boleh. Awakkan isteri yang baik, suka dengar kata, tak pernah kenakan saya, tak pernah pukul saya..."

"Tengah senaraikan kesalahan saya ke?" Helena besarkan mata sambil mengetap bibir.

"Kalau saya senaraikan kesalahan awak, mesti awak dah kena tangkap dengan polis sekarang." Eden cuit hidung wanita yang di hadapannya.

"Drop the list."

"You're so cute, I might have to call the cuteness police on you!" Eden sudah tersengih seperti kerang busuk.

"That's cheesy and gross! But I guess if being cute is a crime, I'll just have to plead guilty!" Helena sudah masuk bakul angkat sendiri.

[C] Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now