Eden melihat isterinya yang sedang lincah menyusun pinggan mangkuk di atas meja makan.
"I'm wondering if I've made any mistakes recently." Bukannya Eden tak perasan perubahan yang berlaku kepada Helena.
Tangan Helena yang mahu meletakkan sudu, terhenti. Dia maniskan wajah yang langsung tak dihiasi dengan sebarang senyuman sejak tadi.
"If you were a cat, you'd have used up at least three of your nine lives by now."
Kening Eden hampir bersambung. Tak mengerti apa yang cuba disampaikan wanita itu.
Sudu yang dipegang Helena, diketuk pada kepala Eden yang kebingungan.
"Just kidding!" Helena ketawa dalam hati.
Rasa seronok pula berpura-pura masih hilang ingatan, sedangkan ingatannya sudah kembali sepenuhnya.
"Sakitlah." Eden mengusap kepala yang dipukul dengan sudu keluli.
Helena letak sebiji pinggan di hadapan Eden. "Nah, makan."
"Awak nak pergi mana? Makanlah sekali dengan saya." Eden memandang isterinya yang masih berdiri.
"Saya diet," jawab Helena pendek. Berat badannya sudah naik semenjak dia hilang ingatan. Sebelum mulakan aktiviti yang ditinggalkan sebelum ini, dia mahu kurangkan pengambilan nasi terlebih dahulu.
"Diet? Tak payahlah." Eden lebih senang melihat pipi isterinya yang bulat berbanding pipi tirus.
"Suka hati sayalah." Helena menghadiahkan satu jelingan.
Belum sempat dia membuka langkah, terdapat satu tangan yang sudah terlilit di pergelangan tangan.
"Nak apa?" Helena kembali menatap Eden.
"Suap, pleaseee..."
Helena mengetap bibir. Ke mana perginya Eden yang dingin sebelum ini? Dia yang hilang ingatan, namun perwatakan Eden yang berubah 180 darjah.
Eden tarik sebuah kerusi di sisinya dan Helena dipaksa untuk menghuni kerusi tersebut.
Helena hanya menurut. Pinggan Eden ditarik ke arahnya sedikit. Sudu mula mengaut nasi bersama satu senyuman.
"Aaaa..." Sudu disua pada Eden.
Eden membuka mulut. Apabila nasi dan kuah yang masih panas terkena lidahnya, mata Eden membulat.
Helena pantas menekup mulut Eden. Menghalang suaminya daripada meluahkan makanan mahupun bersuara.
'Nak sangat aku suap, kan? Padan muka!' getus hati kecilnya. Seronok melihat Eden yang cuba meleraikan tangannya.
Eden yang tiada pilihan, terpaksa menelan.
Helena jatuhkan tangan ke sisi. Gembira kerana dapat kenakan Eden yang masih tak tahu tentang ingatannya yang sudah pulih.
"Awak nak saya cepat mati ke, lief?" soal Eden yang geram.
'Orang jahat lambat mati!' jawab Helena dalam hati.
"Saja nak kenakan saya, kan?" Jari Eden mula mendekati pinggang isterinya.
Helena yang sudah dapat meneka apa yang bakal dilakukan Eden, menangkap tangan sasa itu.
"Tadi suruh saya suap, lepas tu sekarang tuduh saya pula."
Tangan Helena yang menahan tangannya, digenggam erat. Sudu disua kepada Helena. Giliran Eden pula yang mahu menyuap.
Helena menggeleng. Dia tak akan masuk ke dalam perangkap Eden yang sengaja mengulang perbuatannya.
Eden tiup nasi yang masih panas.

YOU ARE READING
[C] Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...