BAB 60

3.7K 326 22
                                    

Ammar memandang Puan Marissa yang sedang mengurut pelipis. Mungkin masih terkejut tentang berita Puan Nafisah yang masuk meminang Dira.

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja Puan Nafisah menghantar cincin ke rumah Dira.

Yang paling sakit hati apabila Puan Duha sengaja menjaja cerita dengan mengatakan Eden tak bahagia berkahwin dengan Helena, dan mahu kembali kepada Dira semula.

"Tak sangka mulut mak ngah macam tu, kan? Sampai hati dia cakap macam tu pasal Kak El." Mika yang panas hati, mula bersuara.

Puan Marissa masih termenung. Bibir terasa berat mahu menuturkan sebarang kata.

"Mika, jangan terlepas cakap pasal ni dekat depan Kak El." Ammar mengingatkan. Bimbang berita ini menjejaskan kesihatan Helena yang sudah pulih sepenuhnya.

Mika mengangguk. Apa pun yang berlaku, perkara ini harus dirahsiakan daripada kakaknya.

"Macam mana, babah?" Ammar alihkan pandangan kepada Encik Syed yang kelihatan buntu.

"Babah tak rasa Eden yang suruh hantar cincin." Encik Syed pasti semua itu rancangan besannya.

"Am pun rasa macam tu."

"Mama yakin Eden sendiri yang suruh ibu dia hantar cincin. Dia sengaja nak sakitkan hati kita semua." Puan Marissa akhirnya bersuara.

Mika hanya mampu menggelengkan kepala dengan perangai ibunya yang masih bencikan Eden.

"Kita sendiri nampak cara layanan Eden dekat El kan, ma?" Ammar sudah muak dengan sikap Puan Marissa yang asyik menuduh Eden.

"Semua tu sandiwara je. El pula hilang ingatan, mestilah dia tak ingat apa-apa yang Eden pernah buat dekat dia sebelum ni."

Ammar menghela nafas panjang. Tak mungkin semua nota kecil yang diselitkan dalam beg makanan Eden adalah satu lakonan.

"Mama tahu ke apa yang Eden buat sebelum El hilang ingatan?" Ammar menatap wajah Puan Marissa yang membisu.

"Macam mana mama nak tahu, dia buang Kak El sampailah Kak El accident." Mika menyindir Puan Marissa.

Puan Marissa menjeling tajam anak perempuannya.

"Betul apa yang Mika cakap tu. Mama tak tahu apa-apa pasal El sampailah dia terbaring dekat red zone." Ammar mengingatkan detik cemas sebelum ini.

"Semua nak salahkan mama..."

"Sekarang ni, bukan tu masalahnya." Encik Syed memintas.

Tiga pasang mata mula tertumpu kepada Encik Syed.

"Ibu Eden dah hantar cincin, macam mana kalau Dira terima?" Encik Syed tak dapat membayangkan betapa hancurnya hati Helena apabila mengetahui hal itu nanti.

Puan Marissa buang pandang ke tepi. Rasa benci kepada Eden semakin membuak-buak.

"Am ada tanya dia hari tu, Eden dah janji takkan tinggalkan El." Ammar teringat perbualan mereka sewaktu di pejabat.

"Memanglah dia takkan tinggalkan Kak El, tapi macam mana pula kalau dia jadikan Kak Dira sebagai isteri nombor dua?" Mika memandang Puan Marissa yang sudah tertunduk.

Semua yang ada di situ terdiam seribu bahasa. Masing-masing sedang memikirkan ayat yang dilontarkan Mika.

"Takkanlah Abang Eden nak buat macam tu." Mika tepis soalannya sendiri sambil tersengih-sengih.

"Am rasa... kita patut dengar penjelasan dari mulut Eden dulu. Kita tunggu tuan badan terangkan pasal ni."

"Dia berani datang jumpa kita ke? Silap hari bulan, tengok muka kita pun dia lari." Puan Marissa buat andaian.

[C] Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now