Dia tak suka makan roti bun!! 

Tu sebab dia tak menjamah langsung benda tu. Kemudian dia melihat Loius meneguk rakus air jus oren yang dibelinya tadi. Ah....seksanya. Walaupun hanya menjeling je, dia dapat rasa kesegaran jus oren itu.

Kemudian dia mengerling pula ke arah wajah kembarnya itu. Walaupun dari sisi tepi, Loius tetap kelihatan kacak. Mata birunya pula yang mampu memukau jiwa setiap gadis. Baik aku pandang tempat lain. 

"Eh....napa kepala ni tak leh pusing ni? Aduh.....skru kepala aku ni rosak ke? Bestlah pulak tenung muka dia ni. Ahahaha"bisik hatinya.

Loius berpaling ke arah Lycia. Nampaknya gadis itu memerhatinya dalam diam.  

"Hmm....pahal kau pandang aku macam tu?" pertanyaan Loius menyedarkan Lycia ke realiti. Mata Lycia terbeliak sedikit. 

"Hah?!! Dia nampak ke? Alamak.....kantoi usha kembar sendiri" kata hatinya.

"Umm....m-mana ada. Perasan lah kau ni"tipunya. 

"Yeke?" soal Loius. 

"B-betul....tak ada masa aku nak tengok kau. Bukan handsome mana pun" 

"Dah-dahlah tu. Cepat habiskan makanan korang. Yang kau ni....napa tak makan? Diet ke?"tanya Norrix sekali gus menamatkan peperangan kecil antara Loius dan Lycia. "Diet? Eh....tak ada maknanya aku nak diet. Aku just tak suka benda tu"katanya dengan jujur. 

Buat apa nak tipu....kalau benda tu dah betul.

"Lah....napa tak cakap awal-awal? Boleh aku belikan yang baru"kata Norrix. "Eh....tak yah susah-susah. Aku dah kenyang dah lepas tengok korang makan. Betul...."pintasnya. 

"Menipu je kerja. Kau sebenarnya laparkan"kata Loius.

"Well...kalau kau lapar lagi....kau boleh share dengan aku. Rasanya aku tak habis kot. Rasa lah" menghulurkan baki spaggeti yang tinggal suku. Lycia mengerling makanan yang dihulurkan. Spaggeti lagi. 

"Hmm....no, thanks. Aku dah muaklah makan benda tu setiap hari"

"Jus?"menghulurkan segelas jus epal kepada Lycia tetapi Lycia menolaknya. "Again.....no, thanks. Aku tak suka jus epal. Sorry, Norrix"kata Lycia. 

Kemudian kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tamat. "Ok....jom balik kelas"ujar Lycia. "Jom...."balas Norrix. Cuma Loius sahaja yang berdiam diri. Memikirkan satu persoalan yang belum terjawab.

Adakah Lycia masih marahkan dia?

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Noira tersenyum lebar sebaik sahaja mangsa sudah masuk ke dalam 'jerat' yang di pasangnya. Tak sia-sia dia merangka rancangan jahatnya itu. Yes....ia berhasil. Akhirnya..... dia dapat memiliki apa yang dia inginkan selama ini. Tinggal beberapa step je lagi.

"Semua dah settle ke? Cikgu-cikgu tak ada kan?"

"Great.....So my honey bunny dah balik kan? Dia tak ada dalam sekolah kan?"

"Hmm......nice. Rasanya kita dah boleh start dah ni" kata Noira sambil tersenyum sinis.

Habis lah kau, Lycia. There's no one could help you now. 

Just wait and see my gift for you. It's a gift , apppreciate it beb.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

[Tahun 2025]

" Noira nak bilik ni!!! Tak kira nak jugak!!"kata gadis itu sambil menghentak-hentak kaki. 

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Kde žijí příběhy. Začni objevovat