"Selamat pagi cik Anna..."
"Pagi."
"Selamat pagi cik Anna."
"Pagi."
Dia berjalan masuk pejabat dengan sambutan selamat pagi di sepanjang perjalanan dia menuju ke tingkat pejabatnya.
Setiap dia di sapa selamat pagi pasti dia akan membalas dengan selamat pagi juga.
Tidak lupa dia memberikan mereka senyuman manisnya apabila di sapa.
"Good morning cik Anna. Amboi berseri Nampak. Cantik dengan baju kuning cik hari ini." Sapa Zaza dengan penuh senyumnya.
"Tak lah berseri sangat Zaza. But thanks. Awak pun cantik juga. Sesuai dengan dress pink awak." pujinya.
Atasan berwarna merah jambu di padankan dengan bawahan skirt panjang berwarna krim sungguh manis. Cukup sesuai dengan Zaza yang berkarekter periangnya itu.
"Eh...saya biasa-biasa jelah cik Anna. Terima kasih." Ujar Zaza bukan main lagi dia tersipu-sipu malu dengan pujian Annabella itu.
Lagipun Annabella bukanlah orang yang sering memuji penampilan orang. Gadis ini, lebih banyak dia alias dingin.
Tapi kali ini, cukup berbeza sedikit. Annabella lebih mudah di dekati daripada dulu membuatkan dia tidak lagi di takuti untuk di dekati.
"Saya minta diri dulu okey. Selamat bekerja cik Anna.." ujarnya.
Annabella pun hanya mengangguk dengan itu mereka berdua sama-sama berpisah ke tempat masing-masing.
Tong..tang..tong..tang..
Bunyi sudu bertembung dengan sisi cawan seramik. Wap panas yang berhenbusan ke udara menghasilkan haruman manis yang menyegarkan seluruh ruangan pantri tersebut.
"Wanginya kopi yang awak bancuh tu." Teguran itu membuatkan perbuatan Annabella yang sedang membancuh air itu terhenti.
Lalu dia berpaling memandang kepada orang yang menegurnya itu.
Farid yang tadinya berdiri tersenyum mulai melangkah mendekati tepatnya di sisi tempat Annabella membancuh air.
"Kopi. Tuan nak saya boleh tolong bancuhkan untuk Tuan." Tawarnya.
"Saya memang nak minta awak bancuhkan kopi untuk saya. Sebab itu, saya ke pantri ini. Dah kebetulan awak tawar. Saya sudi-sudi je." Balas Farid.
"Tuan Farid dah ada PA pun masih nak buat kopi sendiri." Ujarnya.
Walaubagaimana pun, dia tetap membancuhkan kopi untuk lelaki itu.
Secangkir yang siap di bancuhnya langsung di tolak kepada lelaki tersebut. "Nah. Silakan. Saya harap kopi ini masih sama selera awak." nyata Annabella.
"Thank you." Dan baru sahaja lelaki itu mahu mengambilnya.
Di keadaan itu, mereka kedatangan Zaza yang muncul secara tiba-tiba.
"Tuan Farid. Tengku Dafrim dah sampai." Beritahu Zaza memberi info bahawa Tengku Dafrim sudah tiba.
"Eh....awal betul. Saya rasa meeting dengan dia pukul 10.00?" soalnya sambil itu jam di tangan di tiliknya.
Jarum jam baru sahaja pukul 9:00 pagi. Awal satu jam daripada yang di janjikan.
"Saya pun tak berapa tahu Tuan. Sebab baru sahaja tadi Jeff setiausaha Tengku Dafrim beritahu diorang dah sampai dekat bawah." Beritahu Zaza.
"Ha...kalau macam itu tak apa. Awak jemput diorang. Saya tunggu dekat office saya. Awak hantar diorang ke sana ye." Perintah Farid kepada Zaza.
"Baik tuan. Saya pergi dulu." Zaza pun tanpamembuang masa dia pun pergi meninggalkan mereka berdua semula.
YOU ARE READING
ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN
FanfictionShe fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun berlainan pula untuk kisah yang satu ini. Bagaimana dengan ayat seperti ini? He fall first, he fall h...