Rumah Kak Joe malam itu dipenuhi suasana senyap sepi selepas Sarah keluar, pulang dengan fikiran dan hati yang keliru dengan sensasi yang baru dirasainya. Namun, di sebalik pintu bilik tamu, suara-suara tertahan mula kedengaran. Ayie dan Vijay yang bersembunyi agak lama di situ, keluar sambil menghela nafas lega apabila memastikan keadaan benar-benar selamat.
"Nasib sempat menyorok tadi" Ayie berbisik sambil melirik ke arah Vijay, yang hanya tersenyum kecil.
"Itu lah. Habis spoil plan malam ni." Vijay membetulkan rambutnya yang kusut, suaranya santai namun penuh makna. Dia memandang Mel, isterinya yang sedang berdiri di depan pintu, memerhati dengan senyum nakal.
"Bila, sayang? Bila kita akan dapat rasa dia?" Vijay bertanya, pandangannya sinis tetapi penuh keinginan untuk merasai sosok manis tubuh seorang ustazah.
Mel menoleh dengan pandangan menggoda, berjalan perlahan ke arahnya dan duduk di pangkuannya. Tangannya mengusap lembut bahu Vijay sambil berkata, "Sabar, dear. Tak lama lagi. Sarah bukan macam perempuan lain.."
Kak Joe muncul dari dapur dengan secawan teh di tangan, menyertai mereka di ruang tamu. "Tapi itu yang menarik, kan? Untuk tengok sejauh mana dia boleh pergi. Sarah bukan orang biasa.. Itu yang buat dia special."
Mereka semua ketawa kecil, suasana penuh dengan konspirasi yang licik. Peluang untuk menundukkan seorang ustazah, kini sudah terbuka luas. Hanya satu langkah sahaja lagi diperlukan.
Keesokan paginya, matahari menerangi balkoni rumah Hamdi dan Sarah, namun suasana di antara mereka masih kelam. Sarah bangun lebih awal daripada biasa, wajahnya kosong. Dia menyediakan sarapan seperti rutin biasa, tetapi kali ini tiada sentuhan kasih sayang yang biasa.
Hamdi duduk di meja makan, memandang ke arah isterinya yang diam seribu bahasa. Dia ingin menegur, tetapi lidahnya kelu, seakan terlalu berat untuk mulutnya membuka bicara.
"Sarah..." akhirnya Hamdi bersuara, tetapi nada suaranya sedikit lemah dan tidak bermaya.
Sarah berpaling seketika, mengangguk tanpa ekspresi, sebelum menyusun pinggan dan terus ke dapur. Dia tidak berkata apa-apa. Sepanjang pagi itu, tiada sapaan mesra, tiada gurauan, tiada senyuman. Hanya kesunyian yang semakin menebal.
Di sekolah, Sarah termenung di meja kerjanya. Buku-buku yang perlu disemak terbuka, tetapi dia tidak mampu fokus. Perbualan malam tadi masih berlegar di fikirannya—tentang Hamdi, tentang kehidupannya yang semakin kabur, tentang keghairahannya bersama Kak Joe serta Mel, dan tentang rahsia yang dia rasakan ada di sekelilingnya.
"Ustazah, okay ke tu?" Puan Norlida menegur dari meja sebelah.
Sarah terkejut, memandang rakan sejawatnya dengan senyuman kecil yang dibuat-buat. "Oh, okay... takde masalah apa-apa"
"Fikir pasal suami ke?" Puan Norlida bertanya sambil tersenyum, cuba mengorek rahsianya.
Sarah hanya tersenyum sunggul. "Eh takde lah, penat sikit sehari dua ni..", mengalih topik, cuba untuk tidak menceritakan hal peribadinya.
Di tempat kerja, Hamdi duduk di mejanya, matanya merenung kosong ke skrin komputer. Fikiran tentang Sarah terus menghantuinya. Dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena, seolah-olah Sarah seakan sudah mengetahui rahsia gelapnya.
"Takkan lah kot??," Hamdi berbisik kepada dirinya sendiri.
Telefon di mejanya berdering, tetapi dia tidak mengangkatnya. Dia buntu. Fikirannya bercelaru memikirkan cara untuk memujuk Sarah, untuk menjelaskan segalanya, tetapi dia sendiri tidak pasti apa yang perlu dijelaskan.
"Kalau dia tahu..." fikirnya, tetapi dia tidak sanggup menyelesaikan ayat itu dalam fikirannya sendiri.
Malam itu, suasana di rumah mereka kekal sunyi. Sarah berbaring di sebelah Hamdi tanpa berkata sepatah pun. Kedua-duanya terjaga, tetapi masing-masing memejamkan mata, berpura-pura tidur. Seakan-akan dua orang asing, duduk bersama.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perjalanan Hidupku
AdventureKisah tentang pasangan yang baru di ijab kabul, dijodohkan oleh keluarga masing-masing dan memulakan hidup di ibu kota. Dengan latar belakang berbeza, mereka menjalani perkahwinan yang penuh cabaran, terutamanya selepas bertemu pasangan kejiranan b...