Helena merenung lukisan yang ada di kamar tidur, lama. Lukisan yang masih disimpan Eden walaupun sudah lebih sedekad berlalu.
Pertemuannya dengan Nina buat Helena tak keruan. Dia mula meragui cinta Eden kepadanya.
Kepala yang dirasakan mula berpusing, disentuh dengan tangan kanan. Helena gerakkan kepala beberapa kali untuk menghilangkan rasa pening yang tiba-tiba hadir.
Kenangan sewaktu di sekolah menengah perlahan-lahan bermain di fikiran. Walaupun kabur, namun dia masih dapat melihat wajah Eden yang tersenyum kepadanya.
Sebelum tubuhnya menyembah bumi, ada satu tangan yang menyambar lengannya dari belakang.
"Awak okey tak ni?" soal Eden yang kedengaran panik. Helena dibawa duduk di sebuah sofa.
Helena mengangguk. Dia cuba usir rasa pusing yang cuba menguasai diri dengan mengurut pelipis.
Sewaktu Eden melihat kelakuan isterinya itu, tangan Helena dijatuhkan dan digantikan dengan tangannya. Jari Eden mula mengambil tugas dan perlahan-lahan bergerak.
"Getting better?" Eden risau melihat raut Helena yang asyik berkerut dari tadi.
Helena mengeyakan.
"Awak kenapa? Saya tengok awak asyik termenung." Bukannya Eden tak perasan, sejak kebelakangan ini isterinya lebih banyak mendiamkan diri, seperti ada sesuatu yang dipendam.
"Saya okey..."
"you're not, Helen," potong Eden laju.
Dia teringat soalan yang dilontarkan Helena sewaktu mereka berada dalam kereta tempoh hari.
"I just want to let you know that I love you deeply. You're my favorite person, and every moment with you feels like magic," terang Eden. Cuba membuang sesuatu yang membelenggu isterinya.
Helena gerakkan leher ke sisi. Luahan lelaki itu kedengaran begitu tulus mencintainya.
"Falling in love again?" Eden mengusik sambil tersengih.
"I think I might need parachute for this one!" Helena turut menayang barisan gigi.
Eden menarik nafas lega apabila melihat senyuman itu. Senang hati apabila Helena sudah tersenyum.
Tubuh Helena ditarik masuk ke dalam dakapan.
"Can you promise me that you'll always be here?" Helena tak mahu bayangkan hidupnya tanpa jejaka ini.
"Saya janji, saya takkan tinggalkan awak." Eden lekapkan bibir di kepala Helena.
"Jangan fikir bukan-bukan, hmm?"
Helena diam membisu. Tak menggeleng mahupun mengangguk.
"Hari tu jumpa Rai, borak pasal apa?" soal Eden lagi apabila tiada jawapan yang keluar dari mulut isterinya.
"Pasal kerja. Rai bagi tahu, sekarang ni dia kerja dengan seorang artis ni." Helena mula berbohong. Tak mungkin dia menceritakan yang dia bertemu Nina.
Eden mengangguk dan lantas berdiri. Tangan dihulur kepada Helena. "Kak Siti dah masak, jom makan."
Helena melihat huluran tersebut dengan pelbagai perasaan. Walaupun sudah berpuluh kali Eden mengucapkan yang dia mencintainya, namun hati kecilnya masih meragui perasaan itu.
Setelah apa yang berlaku, tak mungkin Eden masih mencintainya?
"Lief?" tegur Eden apabila Helena tak berganjak dari posisinya.
Disebabkan sudah menunggu lama, Eden mencapai tangan Helena dan mereka berjalan menuruni anak tangga.
Pandangan Helena melekap pada tangan yang digenggam erat. Helena buat kesimpulan yang Eden baik kepadanya kerana dia hilang ingatan.

YOU ARE READING
[C] Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...