Ammar mendekati Eden yang sibuk membantu pekerja katering yang sedang mengemas bekas stainless steel di atas meja.
"El mana?" soal Eden apabila melihat bayang adiknya tiada di sisi Eden.
"Ada dekat dalam," jawab Eden yang baru selesai menyusun bekas makanan keluli.
Apabila teringatkan sesuatu, dia pantas berpaling ke arah Ammar. "Kalau aku nak cuti seminggu, boleh tak?"
"Untuk?" Ammar angkat sebelah kening. Tertanya-tanya rancangan yang sedang diatur adik iparnya.
"Aku ingat nak bawa Helena jalan-jalan, lepas tangan dia sembuh nanti." Eden sudah lama merancang sebuah percutian untuk Helena yang asyik terperap di rumah.
Ammar tersenyum mendengarnya. Pasti Eden sedang merencanakan kejutan untuk adiknya.
"Kalau untuk El, dua minggu pun boleh."
Eden tarik nafas lega. Sebenarnya, dia segan mahu mengambil cuti lama kerana dia baru saja menjadi sebahagian Neowood. Namun, apabila memikirkan keadaan Helena yang perlukan kenangan baru, dia mula merancang sesuatu.
"Nanti bagi tahu nak pergi mana. Aku suruh sekretari aku..."
"Tak payahlah. Aku dah pelan semuanya untuk Helena," potong Eden yang dapat baca apa yang ada di fikiran abang iparnya.
"Lagipun, mana ada orang pergi honeymoon minta abang ipar dia sponsor," tambah Eden lagi dan selepas itu dia tertawa.
Ammar turut ketawa.
"Kau lagi suka Helena yang mana? Yang dulu atau sekarang?" Ammar perhati riak Eden yang tiba-tiba berhenti ketawa.
Eden berdehem beberapa kali. Tak mahu air mukanya dibaca Ammar yang begitu leka perhatikannya.
Walaupun sudah lebih sedekad berlalu, dia masih tak boleh berbohong pada dirinya. Dia masih cintakan wanita yang sama. Sekeras mana pun hatinya cuba menolak perasaan itu, namun pemiliknya masih tetap Helena.
Yang menjadi persoalan, mahukan Helena menerimanya apabila ingatan wanita itu kembali pulih?
"Eden?" Ammar senggol lengan Eden yang sedang termenung.
Eden tersengih kerana tertanggap sedang mengelamun.
"Tak ada beza. Aku sayang Helena yang dulu dengan sekarang," jawab Eden jujur.
Ammar mengamati wajah Eden yang jelas kelihatan begitu mencintai Helena sewaktu menuturkan ayat tersebut.
"Tolong jaga El elok-elok. Aku boleh percayakan kau, kan?"
Eden mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Dia tak akan sia-siakan peluang ini.
"Borak apa tu? Bukan main serius," tegur Helena yang datang menyertai mereka.
"Pasal lauk tadi. Sedap kan, El?" tutur Ammar sambil buat isyarat kepada Eden yang sudah dapat menangkap maksudnya.
"Kak Irha cari panggil Abang Am. Dia suruh Abang Am tidurkan Risa," terang Helena.
Ammar yang tegas pada luaran, begitu patuh dengan setiap arahan isterinya. Betullah cinta boleh merubah keperibadian seseorang.
"Abang masuk dululah." Ammar menghilang masuk ke dalam rumah.
Sewaktu melihat bayang abang iparnya sudah tiada di situ, Eden beri perhatian kepada Helena yang mengenakan jubah dan sehelai selendang yang hanya disangkut di atas kepala. Wajah isterinya kelihatan begitu memukau sekali. Ditambah pula dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Begitu indah ciptaan Yang Maha Esa.
"I love how radiant you look today, it really shows how happy you are." Eden betulkan kedudukan selendang yang hampir terlucut.
"I've been focusing on things that make me happy, and it's you." Helena menghadiahkan sebuah senyuman.
YOU ARE READING
[C] Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...