BAB 54

3.8K 305 16
                                    

Eden letak beg makanan yang di bawa ke atas meja. Bibirnya mengukir senyum tanpa dipinta. Sudah tak sabar mahu mencicip hidangan yang dimasak isterinya.

Dia ketap bibir apabila melihat makanan yang terhidang. Memang tak sah kalau sehari Helena tak mengusiknya!


Thank you for seasoning my life. Enjoy the food!


Nota kecil diletak ke atas meja dengan perasaan geram.

Telefon bimbit dicapai. Mata Eden tak lepas daripada memandang aneka jenis gula-gula jeli berjenama Yupi itu.

Tak sampai beberapa saat setelah panggilan disambung, dia terdengar suara Helena yang sedang ketawa di hujung talian.

"Seronok?" Mahu marah kerana perut yang sedang lapar, tapi bibir terikut Helena yang tertawa.

Helena sudah dapat bayangkan wajah suaminya yang berkerut-kerut apabila membuka penutup bekas makanan.

"Saya lapar ni, Helen," tegur Eden apabila Helena masih tak berhenti ketawa.

Setelah puas mentertawakan Eden, Helena mula bergerak dan mencapai beberapa helai pakaian dari dalam almari.

"Awak cakap hari ni awak bawakan saya makanan western. Saya tak sabar tunggu waktu lunch sebab nak makan. Tapi, ni yang saya dapat?" Seketul yupi berbentuk burger dicapai dan dibelek ke kiri dan kanan.

"Westernlah tu. Kan ada burger, piza, frankfurter dengan spageti." Helena sebut satu per satu menu yang dibekalkan untuk suaminya.

"Awak sengaja nak kenakan saya, kan? Kalau saya makan dengan Abang Am tadi, tak pasal-pasal dia gelakkan saya." Nasib Ammar tiada di pejabat kerana menemani Encik Syed bertemu klien di luar.

"Bolehlah awak kongsi dengan dia nanti," jawab Helena yang langsung rasa tak bersalah.

"Kalau macam tu, saya nak pergi lunch dululah. Takut tak sempat nanti." Eden kerling jam dinding, 12.20 tengah hari.

"Awak merajuk ke?" Helena perasan suara Eden yang mengendur.

"Tak," jawab Eden pendek sambil tutup bekas makanan. Sudah bersiap-siap mahu turun ke kafe yang berada di tingkat bawah.

"Saya dah oder makanan untuk awak." Helena yakin makanan yang dipesan sudah berada di lobi dan akan dihantar ke tingkat atas nanti.

"Kalau yupi, saya tak naklah."

Suara isterinya yang ketawa sekali lagi mula menghiasi gegendang telinga Eden.

"Saya tak sempat masak pagi tadi, tu yang saya letak yupi," terang Helena yang tak mahu rajuk jejaka itu berpanjangan.

Sepi.

"Eden..." Helena memanggil apabila tiada balasan.

Si pemanggil masih membisu.

"Abang!" panggil Helena yang mula panas hati.

"Yes, lief?" jawab Eden laju. Secara automatik bibirnya mengukir senyuman apabila panggilan itu meniti di bibir isterinya.

Sewaktu mahu membuka mulut sekali lagi, Eden terganggu dek bunyi ketukan pintu. Terjengul seorang wanita menghulur beg kertas.

"Thanks," ucap Eden sebelum wanita tersebut mengangguk, lalu menghilangkan diri disebalik pintu.

Eden keluarkan isi kandungan beg kertas dengan tangan kiri. Dia menghela nafas lega apabila bau makanan mula memenuhi ruangannya.

"Dah sampai?" Helena sudah dapat meneka apabila terdengar bunyi pintu yang dibuka dan ditutup.

[C] Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now