BAB 10

209 11 0
                                    

Umai termenung sendiri, menunggu kehadiran Syakir. Dia berharap, Syakir mahu menemui dirinya.

Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka oleh seseorang. Sosok tubuh yang sangat dia harapkan, Syakir Adam, masuk ke dalam ruangannya.

Mata terus tertuju ke arah sosok tubuh itu.

  "Assalamualaikum.." Salam diberi oleh Syakir, seraya berjalan ke arah katil Umai.

  "Waalaikumussalam.." Salam dijawab oleh Umai. Kepala tertunduk, jari jemari bermain.

Sunyi...

  "Awak.. yang bawak saya datang sini?" Soal Umai, memulai berbicara, memecah kesunyian.

  "Ya, saya yang bawak.." Jawab Syakir, melabuhkan punggung ke kerusi, mata cuba untuk tidak menatap Umai.

Jantung berdegup kencang seperti baru habis marathon.

  "Oh, terima kasih.." Ujar Umai, mati kata-kata. Terasa sebak di dada mulai terasa kembali.

  "Boleh saya tanya?" Soal Umai, cuba bertenang.

  "Ya, apa dia?" Syakir membetulkan posisi duduknya, jantung masih berdegup laju.

  "Awak.. tak marah saya ke?" Soal Umai, mata mulai berkaca kembali.

  "S-saya.." Belum sempat Syakir melanjutkan kata, Umai mencelah.

  "Saya dah sakitkan hati awak.. Saya dah hina awak.. Sepatutnya, awak tak perlu pun tolong saya.. Saya lebih patut mati aje.." Ucap Umai, empangan mutiaranya sudah pecah, membasahi pipi.

  "Ya allah, Umai! Apa yang awak cakap ni?" Syakir memotong pembicaraan Umai.

  "Setiap manusia ada kesalahannya. Saya pun ada salah saya. Saya dah maafkan awak, Umai.." Ujar Syakir dengan tenang.

  "Patut ke saya diberikan kemaafan?" Ucap Umai dengan suara bergetar.

  "Ye, Umai.." Singkat Syakir menjawab.

  "Saya nak sangat kita macam dulu.." Jujur Syakir, perasaan yang dipendam sudah diungkapkan.

  "Saya pun nak macam tu jugak tapi.." Ucapan Umai tergantung apabila tangannya digenggam seseorang.

Kepala Umai terpanggung, melihat.

  "Kita balik.. Saya janji, saya buat yang terbaik.." Ajak Syakir, mata merenung wajah Umai yang basah dengan air mata.

Umai hilang kata-kata, matanya merenung mata Syakir yang menatapnya.
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#

Agak" apa jadi?

Kekasih Yang Hilang Kini Kembali Where stories live. Discover now